Bantuan BKSS 6.0: Senarai 15 Inisiatif & Bantuan Untuk Rakyat Sarawak

Bantuan BKSS 6.0: Senarai 15 Inisiatif & Bantuan Untuk Rakyat Sarawak

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan 15 langkah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah-langkah itu merangkumi sembilan langkah pembayaran tunai dan enam langkah pemberian diskaun bantuan BKSS.

Berikut dikongsikan 15 inisiatif bantuan BKSS 6.0 sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak pada 28.05.2021

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Bantuan BKSS

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Bantuan Tunai BKSS 6.0

  • Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan bantuan BKSS untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
  • Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 bantuan BKSS secara sekali bayar (one-off).

Senarai penerima bantuan BKSS berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran bantuan BKSS akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

penerima BKSS 6.0 kategiri isi rumah

Baca Juga: DanaNITA MARA:Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita RM50,000

Bantuan BKSS 6.0 Untuk Barisan Hadapan

Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan:

  • Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan (Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.
  • Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
  • Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri  RM200
  • Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)   RM200
penerima elaun khas bulanan BKSS 6.0 petugas barisan hadapan

Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji

Bantuan BKSS Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media

Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 bantuan BKSS secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

Bantuan BKSS Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

Geran Khas Bantuan BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil

Geran khas berjumlah RM1,500 bantuan BKSS akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay.

Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji

Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang

Bantuan BKSS tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.

Baca Juga:Print MySejahtera QR Code:Tampal Di Pintu Kedai / Premis

Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas

Bantuan BKSS kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.

Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas

Baca Juga: Connect Remote Astro Dengan TV:Cara Guna 1 Remote Sahaja

Bantuan RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan e-Panggilan & Pengajar Sekolah Memandu

Bantuan BKSS kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

Baca Juga:Semak Status CTOS Online:Cara Daftar & Login Laporan Kredit

Bantuan Kewangan Untuk Agensi Pelancongan & Operator Homestay

Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan BKSS kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.

Baca Juga: Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps

Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen

RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.

Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen

Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

Diskaun Bil Air BKSS 6.0

Bantuan BKSSDiskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak

Baca Juga:i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kelayakan Bantuan Suri Rumah

Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0

Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

Baca Juga: Biasiswa UniSHAMS: Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK

Pengecualian Sewa Untuk PKS

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.

Baca Juga:Touch n Go eWallet:Pendaftaran & Penebusan Kredit eBelia RM 150

Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC

  • Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.
  • Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

Baca Juga:Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

Baca Juga:Laptop Tablet Percuma CERDIK:Semakan Kelayakan Inisiatif Cerdik Murid B40

Bantuan BKSS Diskaun 25% Cukai Pintu

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

Ketahui Juga:Duit eKasih: Semakan Tarikh Bayaran & Kemaskini Permohonan

Lain-lain Bantuan BKSS 6.0

Sepanjang tempoh pelaksanaan bantuan bantuan BKSS , terdapat 11 langkah dalam pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak iaitu:

  • Diskaun 30% Cukai Tanah;
  • Penangguhan Pembayaran Premium Tanah;
  • Pengecualian Bayaran Permit Dan Lesen Perniagaan;
  • Pengecualian Pembayaran Lesen Hotel Dan Rumah Tumpangan;
  • Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal & Vokasional (USTEV);
  • Skim Kredit Mikro Sarawak untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS);
  • Subsidi Faedah Bagi Targeted Relief And Recovery Facility (TRRF);
  • (Pemansuhan Kadar Faedah 2% kepada 0% selama 3 tahun setengah di bawah Skim Kredit Mikro;
  • Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS);
  • Program Go Digital Sarawak; dan
  • Latihan Pemasaran Digital.

Baca Juga:Permohonan YTP MARA 2021:Pinjaman Boleh Ubah Young Talent Development Programme

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang bantuan BKSS 6.0 atau perkara lain berkaitan anda boleh hubungi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) atau anda boleh layari https://bkss.sarawak.gov.my/

atau

Tel: 082-555 999

anda juga boleh membuat rayuan BKSS 6.0 baca: CARA BUAT RAYUAN BKSS 6.0

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan BKSS 6.0 ini memudahkan anda untuk mendapat bantuan daripada kerajaan negeri Sarawak ini insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

3 thoughts on “Bantuan BKSS 6.0: Senarai 15 Inisiatif & Bantuan Untuk Rakyat Sarawak”

  1. Dari dulu sy sudah memohon tpi sy blom Nerima apa apa dari bkss smpai sy mengisi borang eKasih UTK meminta rumah eKasih sampai sekarang sy blom di beri kn

    Reply

Leave a Comment