GKP 4.0 Bila Masuk:Jadual Bayaran Geran Khas Perihatin

GKP 4.0 Bila Masuk:Jadual Bayaran Geran Khas Perihatin

GKP 4.0 Bila Masuk:Jadual Bayaran Geran Khas Perihatin

GKP 4.0 bila akan masuk akaun? antara persoalan yang bermain difikiran mereka yang telah lulus bantuan Geran Khas Prihatin PKS 4.0. Kebanyakan PKS yang terkesan memang menunggu tarikh bila duit GKP 4.0 ini akan masuk akaun kerana kebayakan mereka memang terjejas teruk kerana tidak boleh meneruskan perniagaan semenjak pendemik melanda negara,

Tarikh tepat GKP 4.0 bila akan masuk akaun masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan namum mengikut jadual pembayaran, GKP 4.0 bila akan masuk adalah pada bulan September 2021 ini.

Berikut dikongsikan serba sedikit maklumat berkaitan jadual asal bila GKP 4.0 akan masuk akaun bank penerima.

Jumlah Serta Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0

Jumlah serta tarikh bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 adalah seperti berikut:

Bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0  ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu pada bulan September (RM500) dan November (RM500).

Tarikh rasmi pembayaran GKP 4.0 masih belum diumumkan kerajaan. Kami akan mengemaskini tarikh bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 ini setelah mendapat maklumat yang sahih.

Jumlah & Tarikh Bayaran GKP 4.0

Permohonan Baharu GKP 4.0 2021

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021. Pendaftaran baru bagi Geran Khas Prihatin GKP 4.0 telah ditutup.

Soalan Lazim GKP 4.0 Bila Masuk

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya status permohonan GKP saya adalah Tidak Layak kerana Gagal Kredit Bayaran GKP?

Permohonan yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP akan diberi peluang untuk mengemaskini maklumat Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi di menu Kemas kini No. Akaun pada Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/).

Akaun bank yang dikemaskini hendaklah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

2. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak mempunyai akaun bank selain dari akaun bank yang telah saya daftarkan pada permohonan GKP sebelum ini?

Pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atasnama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan). Pemohon juga digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP) bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.

3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran semula GKP?

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan / semasa kerana pembayaran semula GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

4. Bilakah tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dilakukan?

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my) mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

5. Bilakah pembayaran semula GKP akan dilakukan bagi status Gagal Kredit?

Tarikh pembayaran semula kepada penerima yang berstatus Gagal Kredit GKP adalah mulai 15 September 2021.

6. Sekiranya saya mengemaskini maklumat Akaun Bank adakah saya akan menerima bayaran semula GKP 1.0 / GKP 2.0 saya yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini?

Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.

7. Sekiranya pembayaran GKP berstatus gagal kredit dan saya baru sahaja mengaktifkan Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi tersebut adakah saya perlu membuat kemas kini akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan?

Ya. Anda perlu membuat kemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan dengan memasukkan maklumat akaun bank yang sama memandangkan pembayaran semula hanya akan dikreditkan kepada pemohon yang mengemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh tersebut.

8. Jika penerima berstatus Gagal Kredit dan telah meninggal dunia adakah pembayaran semula akan dikreditkan ke akaun bank penerima berkenaan?

Bagi penerima yang telah meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021, tidak layak menerima pembayaran semula GKP 2021 jika berstatus Gagal Kredit. GKP 4.0 bila Masuk

9. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP?

Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP atau GKP 4.0 bila Masuk boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat & pertanyaan tentang GKP 4.0 bila Masuk ini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/ atau

Sebarang pertanyaan mengenai GKP 4.0 bila Masuk atau status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang GKP 4.0 bila Masuk ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment