GKP 4.0 Fasa 2:Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran (November 2021)
GKP 4.0 Fasa 2. Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 telah diluluskan kepada 1 juta usahawan.
Bantuan ini seiring untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa pandemik.
Terkini, PM Ismail Sabri memaklumkan bahawa bayaran kedua Geran Khas Prihatin 4.0 ini akan dibuat bermula 23 November 2021.
Semakan status dan kelulusan pula boleh disemak bermula Isnin, 22 November 2021.
Perkara ini dimaklumkan melalui sebuah hantaran di media sosial Twitter dan Facebook Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.
Apakah GKP 4.0 ?
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID-19 melanda negara tahun lalu.
GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.
GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.
Pakej PEMULIH ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Kadar & Tarikh Bayaran GKP 4.0 Fasa 1 dan Fasa 2
Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu:
- Fasa 1 : Bayaran bermula pada 21 September 2021 (RM500)
- Fasa 2 : Bayaran pada 23 November 2021 (RM500)
Tarikh Permohonan Baharu GKP 4.0
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran Geran Khas PRIHATIN ini telah ditutup pada 15 Julai hingga 31 Julai 2021 sebelum ini.
Syarat Kelayakan Permohonan GKP 4.0
1.Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 adalah seperti berikut:Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
2.Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
3.Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
4.Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5.Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Cara Permohonan GKP 4.0
Permohonan perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut:
Sila lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan jika perlu.
Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
Semakan status boleh dibuat selepas maklumat dihantar dengan lengkap.
Cara Semakan Status GKP 4.0
Langkah semakan status pembayaran adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
- Log masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan.
- Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.
- Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
Soalan Lazim GKP 4.0 Fasa 2
1.Bila boleh mohon GKP 4.0?
Masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan. Namun, dijangkan permohonan GKP 4.0 akan dibuka sekitar bulan Julai 2021.
2.Siapa yang layak untuk membuat permohonan GKP 4.0?
Sebelum ini, ada beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu memohon GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
3.Untuk GKP 4.0, masih belum ada senarai kelayakan lagi.
Berdasarkan maklumat awal GKP 4.0 hanyalah untuk pemohon yang belum pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
4. Apakah syarat untuk membuat permohonan baharu GKP 4.0?
Syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
5. Bagaimanakah kaedah permohonan GKP 4.0?
Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima. Bila GKP 4.0 Dibayar
6. Bilakah tarikh permohonan baharu GKP 4.0 bermula?
Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.
7. Adakah penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang lulus perlu membuat permohonan semula bagi bantuan GKP 4.0?
Penerima sedia ada yang berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula. Permohonan baharu GKP 4.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
8. Permohonan GKP saya sebelum ini berstatus Tidak Layak, adakah saya boleh membuat permohonan baharu GKP 4.0?
Sekiranya status permohonan GKP adalah Tidak Layak, maka tidak layak untuk membuat permohonan baharu GKP 4.0. Bila GKP 4.0 Dibayar
9. Status permohonan GKP sebelum ini tidak lulus, adakah saya boleh membuat permohonan baharu GKP 4.0?
Boleh. Permohonan baharu GKP 4.0 dibuka kepada PKS Mikro yang tidak lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 serta tidak mempunyai rekod permohonan GKP dan Bantuan Prihatin rakyat (BPR). Bila GKP 4.0 Dibayar
10. Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
Tarikh semakan keputusan permohonan GKP 4.0 akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa. Bila GKP 4.0 Dibayar
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat atau pertanyaan berkaitan bayaran GKP 4.0 fasa 2 terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
Sebarang pertanyaan mengenai bayaran GKP 4.0 fasa 2 Dibayar atau status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bila GKP 4.0 Dibayar ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan
GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2GKP 4.0 Fasa 2 GKP 4.0 Fasa 2