PEMULIH Bantuan Khas Taska:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
PEMULIH bantuan khas taska One-Off RM3000 antara yang terkandung dalam teks ucapan pekej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri pada hari ini 28.06.2021. Kerajaan hari ini telah membuat pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH. PEMULIH Bantuan Khas Taska
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar
Borang Permohonan PEMULIH Bantuan Khas Taska
Untuk membuat permohonan bantuan taska melalui pekej PEMULIH muat turun borang permohonan di pautan di bawah:
https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/penerbitan/PENGUMUMAN/BKT_1%20Borang%20Permohonan.pdf
Nota Penting :
i. Mohon pihak pengusaha untuk melengkapkan dan mengemaskini maklumat berkenaan di dalam sistem National Child Data Center (NCDC). Data tersebut perlu dijana melalui sistem NCDC seterusnya dikemukakan secara hard copy kepada JKMN.
ii. Sila lampirkan borang ini bersama salinan dokumen di senarai semak untuk hantar secara hardcopy ke PKMD/J/B/C masingmasing.
iii.Dokumen permohonan TIDAK PERLU dikemukakan kepada Bahagian Kanak-Kanak, JKMM. Dokumen dikekalkan di JKMN masing-masing bagi tujuan rekod, semakan dan bayaran.
Senarai Semak Penghantaran Borang Permohonan Borang Permohonan PEMULIH Bantuan Khas Taska
Senarai semak permohonan adalah seperti berikut:
1 Salinan Kad Pengenalan Pengusaha TASKA
2 Senarai Kanak-Kanak di TASKA yang dijana dari NCDC
3 Senarai Pengasuh di TASKA yang dijana dari NCDC
4 Maklumat ibu bapa kanak-kanak yang dijana dari NCDC
5 Penyata Bank atas nama TASKA yang aktif dan terkini (TASKA di Rumah sahaja boleh menggunakan akaun bank atas nama Pengusaha TASKA)
6. Salinan Perakuan Pendaftaran TASKA
atau muat turun borang senarai semak Permohonan PEMULIH Bantuan Khas Taska di pautan ini:
https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/penerbitan/PENGUMUMAN/BKT_2%20Senarai%20Semak.pdf
Ucapan Aluan YAB PM Pekej Bantuan PEMULIH 2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
1. Izinkan saya memulakan bicara pada hari ini, dengan mengangkat setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala bahawa Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
2. Mengambil ibrah petikan doa yang sering diungkapkan dalam ayat ke-10, Surah al-Kahfi,
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا
“Sesungguhnya kami memohon rahmat dari sisi-Mu Ya Allah, kami memohon dipermudahkan atas segala urusan dan kami memohon keselamatan atas segalanya”.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian,
3. Pada 15 Jun yang lalu, saya telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara atau PPN sebagai suatu panduan atau roadmap peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa. Pelan ini membolehkan saudara dan saudari membuat perancangan yang sejajar dengan langkah-langkah Kerajaan untuk melawan COVID-19 dan memulihkan negara.
4. Peralihan secara berperingkat ini merangkumi empat fasa dan bersandarkan kepada tiga indikator: pertamanya bilangan kes harian COVID-19, kedua, kadar penggunaan katil di wad ICU, dan ketiga, peratusan rakyat yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
5. Sehingga kini, ketiga-tiga indikator ini masih belum mencapai nilai ambang untuk kita beralih daripada fasa pertama ke fasa kedua. Kes harian COVID-19 masih berada pada paras melebihi 4 ribu kes sehari atau bersamaan dengan 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk.
6. Namun begitu, walaupun secara keseluruhan nilai ambang nasional belum tercapai, pelaksanaan PPN fasa pertama telah menunjukkan beberapa perkembangan positif. Bilangan kes harian COVID-19 telah berada di bawah paras 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk di sembilan negeri dan hampir semua negeri setakat ini lebih 10 peratus penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
7. Mengambil kira situasi semasa terutamanya kemunculan varian baharu yang lebih ganas, Kerajaan sedar bahawa kapasiti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK perlu ditingkatkan supaya lebih ramai lagi boleh divaksin dengan segara. Sementara itu agenda prihatin dan keselamatan rakyat akan diteruskan, dan sektor perniagaan perlu terus disokong.
8. Yang saya boleh janjikan hari ini, biarpun dalam ruang fiskal yang amat terhad, Kerajaan Perikatan Nasional akan terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan saudara dan saudari semua. Saya tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19. Hari ini, saya ingin menyampaikan beberapa pengumuman penting dan insha-Allah akan ada beberapa perkhabaran baik buat semua.
Ringkasan Bantuan Pekej PEMULIH
Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.
PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Perniagaan
- Meningkatkan Vaksinasi
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Teks Ucapan PEMULIH Bantuan Khas Taska
Teks ucapan PEMULIH berkaitan bantuan khas taska RM3000 yang diumumkan hari ini terkandung dalam bilangan ke.45 & 46 agenda ucapan seperti berikut:
45. Di samping itu, Kerajaan telah menerima banyak permintaan supaya bantuan kewangan yang diberikan kepada pusat asuhan anak-anak dan tadika pada tahun lepas dapat diperkenalkan semula. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Taska yang berjumlah 3 ribu ringgit kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.
46. Diharapkan dengan pemberian bantuan ini, ia dapatlah digunakan antaranya untuk keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyahkuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.
Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Taska RM3000 Pekej PEMULIH
Syarat utama permohonan bantuan bayaran khas taska RM3000 melalui pekej PEMULIH ini ialah taska mestilah di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan.
Syarat lain permohonan bantuan PEMULIH Bantuan Khas Taska ini masih belum diumumkan, jika ada syarat tertentu lain yang kerajaan umumkan PEMULIH Bantuan Khas Taska akan dikemaskini jika ada.
Baca Juga:Permohonan TLDM 2021:Pendaftaran Ambilan Lepasan SPM/SVM&Diploma Kejuruteraan
Tarikh Bayaran PEMULIH Bantuan Khas Taska RM3000
KEMASKINI:
Tarikh permohonan PEMULIH bantuan khas taska One-Off RM3000 adalah seperti berikut:
Pengusaha TASKA boleh mula memohon PEMULIH Bantuan Khas Taska mulai 19 Julai 2021 dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati melalui laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.
Tarikh akhir permohonan Bantuan Kewangan Pakej PEMULIH Bantuan Khas Taska ini adalah pada 31 Ogos 2021.
Baca Juga:Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan
Cara Memohon Bantuan Taska RM3000 PEMULIH
KEMASKINI:
Cara memohon PEMULIH bantuan khas taska One-Off RM3000 adalah seperti berikut:
i. Pengusaha TASKA boleh mendapatkan Borang Permohonan dan Senarai Semak permohonan daripada laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan;
ii. Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC);
iii. Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat; dan
iv. Membuat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang terdekat.
Baca Juga: Program RMR Perakku Prihatin:Permohonan Pinjaman Perumahan B40
Soalan Lazim
1. Kategori TASKA apakah yang layak memohon PEMULIH Bantuan Khas Taska?
Kategori TASKA yang layak memohon bantuan khas ini berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] adalah seperti berikut:
i. TASKA Institusi
• Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
• Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
ii. TASKA Di Tempat Kerja
• Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
• Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
iii. TASKA Komuniti
• Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
• Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
• Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
iv. TASKA Rumah
• Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
• Dijalankan di kediaman sendiri
2. Apakah tujuan pemberian Bantuan kewangan Khas Pakej PEMULIH Kepada Pengusaha TASKA?
Tujuan pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankan beban pengurusan TASKA dalam mematuhi Panduan Pencegahan (SOP) Penularan COVID-19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
3. Apakah kos operasi yang akan ditanggung melalui peruntukan ini?
Antara kos operasi yang perlu ditanggung oleh pihak TASKA seperti disinfeksi/nyahkuman TASKA (di luar dan dalam TASKA), peralatan penyukat suhu badan, bahan sanitasi, pelitup muka dan kos pengurusan TASKA yang lain.
4. Apakah kriteria pertimbangan pemberian bantuan kewangan khas Pakej PEMULIH Bantuan Khas Taska ini?
Dipertimbangkan kepada TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984[Akta 308].
5. Bagaimanakah cara untuk pengusaha TASKA memohon bantuan khas ini?
i. Pengusaha TASKA boleh mendapatkan Borang Permohonan dan Senarai Semak permohonan daripada laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan;
ii. Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC);
iii. Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat; dan
iv. Membuat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang terdekat.
6. Berapakah kadar bantuan kewangan khas Pakej PEMULIH Bantuan Khas Taska yang layak diperolehi oleh untuk sesebuah TASKA?
Kadar bayaran bantuan kewangan khas berjumlah:
i. RM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; dan
ii. RM 800 untuk TASKA di Rumah.
7. Bagaimanakah cara penyaluran peruntukan bantuan khas ini?
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khas
yang diluluskan menerusi pindahan wang secara Electronic Funds Transfer (EFT) ke dalam akaun bank atas nama TASKA.
8. Bilakah Pengusaha TASKA boleh memohon bantuan kewangan melalui Pakej PEMULIH Bantuan Khas Taska ini ?
Pengusaha TASKA boleh mula memohon PEMULIH Bantuan Khas Taska mulai 19 Julai 2021 dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati melalui laman sesawang JKM (www.jkm.gov.my) atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.
9. Bilakah tarikh akhir permohonan bantuan kewangan melalui Pakej PEMULIH ini?
Tarikh akhir permohonan Bantuan Kewangan Pakej PEMULIH Bantuan Khas Taska ini adalah pada 31 Ogos 2021.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan bayaran khas taska RM3000 melalui pekej PEMULIH ini anda boleh baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan bayaran khas taska RM3000 melalui pekej PEMULIH ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com