Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Biasiswa PIDM 2021: Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Biasiswa PIDM

Program Biasiswa PIDM ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi

Biasiswa PIDM ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa My Brain SC untuk tahun 2021 juga telah dibuka untuk permohonan. MOHON DI SINI

Biasiswa PIDM ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Untuk pelajar sekolah menengah anda boleh memohon Biasiswa Kecil Persekutuan.

PIDM ialah agensi kerajaan yang melindungi deposit anda di bank, serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli. Sebahagian daripada mandat PIDM ialah untuk menggalakkan keyakinan orang ramai kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

Baca Juga:EMIS Online:Cara Login EMIS Sistem Pengurusan Sekolah SPS

Tarikh Permohonan

Permohanan untuk Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2021 terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang memohon untuk atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sahaja.

 Anda boleh membuat permohonan Biasiswa PIDM secara dalam talian (‘online’). Tarikh akhir untuk permohonan adalah pada 3 Mei 2021, jam 6.00 petang.

Hanya Biasiswa PIDM pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Bagi pelajar yang layak anda juga boleh memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong.

Anda boleh mengemukakan permohonan Biasiswa PIDM anda sebelum menerima sebarang tawaran daripada universiti yang disenarai dan diluluskan oleh PIDM.

Walau bagaimanapun, sebarang tawaran biasiswa hanya akan di anugerahkan apabila anda memenuhi semua syarat yang diperlukan dan juga setelah anda memperoleh kemasukan ke salah satu program yang layak di salah satu kolej atau universiti yang diluluskan.

Baca Juga: Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021:Cara Mohon, Kadar Bantuan & Semakan Status Kelayakan

Cara Permohonan

Biasiswa PIDM ini hanya terbuka kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dan bukan untuk lepasan SPM.Cara permohonan biasiswa PIDM ini adalah seperti berikut:

1.Layari https://www.pidm.gov.my/bm/pidm/undergraduate-scholarship-programme/ atau terus klik di sini.

2.Lengkapkan maklumat dalam borang pendaftaran online

3.Maklumat pendaftaran diperlukan adalah seperti berikut:

Biasiswa PIDM borang permohonan

4.Selepas pendaftaran berjaya klik masuk ke login page untuk mendaftar Biasiswa PIDM.

Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Tawaran Melalui Biasiswa PIDM

Antara yang ditawarkan melalui program Biasiswa PIDM ini ialah sepeti berikut:

  • Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
  • Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Program Mentor dan Bimbingan

  • Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program.
  • Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.

Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021

Program Latihan Praktikal

  • Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

Biasiswa PIDM

Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan permohonan biasiswa PIDM adalah seperti berikut:

  1. Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 January 2021) dan merupakan penuntut sepenuh masa;
  2. Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;
  3. Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A).
  4. Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas;
  5. Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;
  6. Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;
  7. Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;
  8. Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;
  9. Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.
  10. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021

Prasyarat Permohonan Biasiswa PIDM

Senarai prasyarat Biasiswa PIDM merangkumi:

  • Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;
  • Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;
  • Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021

Bidang Pengajian Layak Memohon  Biasiswa PIDM

Bidang pengajian yang layak memohon  biasiswa PIDM  adalah seperti berikut:

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pentadbiran Perniagaan
  4. Kewangan
  5. Perniagaan Antarabangsa
  6. Perbankan Islam
  7. Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  8. Sains Komputer /Teknologi Maklumat
  9. Ekonomi
  10. Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  11. Statistik
  12. Sains Aktuari
  13. Undang-undang / Undang-undang Syariah
  14. Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia
  15. Matematik (Aktuari)
  16. Pengurusan Risiko dan Insurans
  17. Insurans
  18. Komunikasi

Baca Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Senarai Universiti & Kolej Layak Memohon  Biasiswa PIDM

Senarai Universiti & Kolej layak memohon  biasiswa PIDM mengikut IPT adalah seperti berikut:

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Sains Malaysia (USM)
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  18. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  19. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  3. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  4. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  5. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
  7. University Kuala Lumpur
  8. Monash University Malaysia
  9. Taylor’s university
  10. Sunway University
  11. The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)
  12. UCSI University
  13. Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  14. Management and Science University (MSU)
  15. Curtin University Malaysia
  16. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  17. SEGI university

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Biasiswa PIDM

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hantarkan pertanyaan anda ke alamat e-mel  ss@pidm.gov.my atau hubungi Puan Beatrice Low di talian 03-2173 7475.

 Terima kasih. Semoga perkongsian tentang biasiswa PIDM ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment