Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data Cara Daftar
Masihkah anda ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?
Melalui pakej Program Jaringan Prihatin B40 ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile.

Tentang Program Jaringan Prihatin
Program Jaringan Prihatin B40 antara agenda yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu mereka yang layak untuk meringankan beban bagi mendapatkan peranti atau akses internet yang lebih baik.
Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.
Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.
Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.
Kelayakan Bantuan Jaringan Prihatin
KELAYAKAN: Program jaringan prihatin ini akan memberi manfaat kepada 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menerima bantuan bagi tahun 2021. Semak tarikh bayaran BPR fasa 2 bagi mengetahui status kelayakan anda.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Nilai Bantuan / Subsidi Program Bantuan Jaringan Prihatin
Manfaat yang didapati oleh B40 dan penerima BPR menerusi Jaringan Prihatin ini adalah bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.
Nilai manfaat berjumlah RM3.5 bilion (RM2b dari Kerajaan dan RM1.5b faedah padanan dari syarikat telekomunikasi)⠀
Kategori Program Jaringan Prihatin
Terdapat 2 kategori yang layak anak menerima bantuan ini seperti berikut:
- ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀⠀
- TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun program jaringan prihatin b40

Tarikh Pendaftaran Program Bantuan Jaringan Prihatin
Tarikh pendaftaran program bantuan jaringan prihatin ini adalah mulai 5 Mei – 31 Julai 2021.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Cara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin
- Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
- Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)
- Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:
- Pembelian peranti baharu
- Pembelian pelan data internet bulanan
- Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan!

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Pendaftaran Dengan Syarikat Telekomunikasi
Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
- Digi: https://digi.my/prihatin⠀
- Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
- Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
- speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
- U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
- unifi Mobile: https://www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
- YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
- Yoodo: https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀⠀
Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online
Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40
Anda boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:
1. Digi

Daftar Digi Jaringan Prihatin
2. U Mobile

Daftar U Mobile Jaringan Prihatin
3. Celcom

Daftar Celcom Jaringan Prihatin
4. Unifi

Daftar Unifi Jaringan Prihatin
Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD 2021 (https://egumis.anm.gov.my/)
Soalan Lazim
- Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?
Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.
2. Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?
Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.
3. Siapakah yang layak memohon?
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.
4. Bilakah saya boleh mendaftar program ini?
Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.
5. Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain?
Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.
6. Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti?
Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.
7. Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya?
Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang program bantuan jaringan prrihatin b40 ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com