Tabung Pendidikan Anak Perak:Cara Mohon, Syarat & Borang Permohonan

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak ialah insentif kerajaan negeri Perak khas untuk anak kelahiran negeri Perak sahaja.
Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah PTPTN.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Borang permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my
Khas untuk warga negeri Perak, anda mempunyai kelayakan untuk mendapat wang percuma sebanyak RM200 melalui Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak.
Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti, mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi dan mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.
Baca Juga:Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
Syarat Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
1. Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.
1.1 Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
1.2 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
1.3 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
1.4 Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
1.5 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
*Nota:
Bagi permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
Bagi permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.
2. Pendapatan (isirumah) di bawah RM 5,000 sebulan (mulai 1 Januari 2019).
Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online
3. Sila sertakan SALINAN SIJIL KELAHIRAN atau SALINAN MYKID, SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU atau BAPA yang lahir di Perak dan SALINAN PENYATA PENDAPATAN (isirumah) yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas. Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.
4. Sila sertakan bersama BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN (SSPN) yang siap diisi.
5. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK.
6. Dokumen yang dihantar tidak akan dikembalikan.
Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Cara Membuat Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
Cara Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak adalah seperti berikut:
Anda wajib membuka akaun SSPNi-i sekurang kurangnya serendah RM 20. Untuk pembukaan akaun secara online sila klik link di bawah:
Buka Akaun SSPN-i : https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/
Sila masukkan id : 000004179
Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau muat turun secara online melalui link dibawah :
Borang Permohonan : http://yayasanperak.gov.my/v5/borang/Borang
Nota : Sokongan/Perakuan – ADUN / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
Borang permohonan Yayasan Perak yang lengkap boleh hantar di Yayasan Perak atau hantar ke cawangan PTPTN UTC PERAK. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.
Wajib Baca:Puasa Ramadhan:Panduan Amalan Sunat, Makruh & Harus Ketika Puasa
Dokumen Yang Diperlukan
1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.
2. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing.
3. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.
4. Borang Permohonan: Borang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
a) Sokongan/Perakuan – ADUN / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
5. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Muat Turun Borang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
Borang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau Klik: Borang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan AnakPerak
Borang Pembukaan Akaun SSPN-i bagi pemohon yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i sila klik: Borang Pembukaan Akaun SSPN-i
Baca juga: Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.
Keistimewaan Ditawarkan PTPTN
Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:
1. Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi;
2. Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun;
3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk sebuah keluarga yang layak;
(Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)
5. Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa;
6. Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
7. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Maklumat lanjut PTPTN klik DI SINI
Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929/253 7779.
atau layari
http://yayasanperak.gov.my/v5/tabung-simpanan-pendidikan-anak-perak/
Alamat
Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
NO.111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak.
Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD 2021 (https://egumis.anm.gov.my/)
Bahagian Pembangunan Sosial
Yayasan Perak,
Tingkat 3, No. 26, Persiaran Greetown 6,
Greentown Business Centre,
30450 Ipoh, Perak
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan kepada rakyat negeri Perak ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com