Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024 ePrasekolah

Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024 ePrasekolah

Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024 ePrasekolah

Pendaftaran Prasekolah Online. Perhatian bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2023), anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.

Permohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022. Tandakan siap-siap tarikh ni dalam kalendar ok!

Bagi yang dah buat permohonan tahun lalu, semakan status penempatan prasekolah pula boleh dibuat mulai 5 Ogos di portal rasmi ePrasekolah KPM.

Berikut adalah info lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh permohonan, serta cara pendaftaran prasekolah melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi mereka yang ingin mendaftarkan anak ke sesi kemasukan tahun 1 2023/2024 baca: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online (public.moe.gov.my)

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Fungsi Sistem ePrasekolah

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.

Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM

  • Borang permohonan
  • Semak dan kemas kini permohonan
  • Rayuan permohonan

2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA

  • Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif)

3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH

  • Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM

4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN

  • Semak status pendaftaran murid

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Tarikh Permohonan Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024

  1. Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2023 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2022 Hingga 30 April 2022.
  • Bagi murid tahun 1 juga, permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sekolah KPM boleh dibuat bermula 1 Mac 2022.

Semakan Keputusan Permohonan Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024

  1. Semakan keputusan permohonan ePrasekolah boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022.
  2. Semakan boleh dibuat di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my
  3. Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.

Baca Juga: Cara Guna Google Meet: Cara Login Lengkap

Syarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah 2023/ 2024

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk memohon.

Para Guru Mesti Tahu: Cara Buat Google Form Kuiz & Kehadiran Online

Cara Mendaftar ePrasekolah KPM

Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:

1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

2. Daftar & Login Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024

  • Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
  • Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  • Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

3. Lengkapkan Maklumat Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024

  • Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
  • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
  • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
  • Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
  • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

4. Kemaskini & Cetak

  • Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021 berserta dokumen yang berkaitan.

NOTA:

  • Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
  • Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

5. Semak Status Permohonan Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024

  • Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 Bermula 5 Ogos 2022.
  • Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
  • Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).

NOTA:

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

6. Rayuan Pendaftaran Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024

Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2022 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah

Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.

Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa DI SINI.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ ATAU kemukakan pertanyaan anda melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pendaftaran Prasekolah Online bagi sesi kemasukan 2023/2024 ini memudahkan urusan pendaftaran anda.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu:

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment