Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021
Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan dua bantuan kepada mahasiswa anak Negeri Perak iaitu Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Negeri Perak.
Permohonan Bantuan Mahasiswa Perak Bantuan Sara Diri & Kecemasan Negeri Perak telah dibuka bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021.
Kerajaan Negeri Perak juga telah memperkenalkan Tabung Pendidikan Anak Perak dibuka untuk permohonan bagi anak kelahiran Negeri Perak & juga Pemastautin negeri Perak. Klik Tabung Pendidikan Anak Perak:Cara Mohon, Syarat & Borang Permohonan untuk maklumat lanjut.
Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Negeri Perak ini diberikan bagi meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membolehkan mereka fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.
Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150
Selain itu, Bantuan Sara Diri & Bantuan Kecemasan Negeri Mahasiswa Perak ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dalam membantu kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.
Bantuan Sara Diri ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Bantuan ini juga diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
Bantuan Kecemasan ialah bantuan yang diberikan sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah.
Antara contoh-contoh bencana atau musibah tersebut ialah:
- Kemalangan
- Kebakaran
- Kematian ibu/bapa/penjaga
- Kecurian
- Bencana alam
- Penyakit Kronik
Bantuan ini disalurkan melalui Yayasan Perak dan permohonan bagi kedua-dua bantuan ini dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh buka atau tutup untuk permohonan bantuan ini.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Waajib Baca: Keistimewaan Ramadhan:Bulan Seribu Bulan
Kadar Bantuan
Kadar pemberian Bantuan Mahasiswa Perak bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan adalah seperti berikut:
- Bantuan Sara Diri – RM700 setahun.
- Bantuan Kecemasan – RM300-RM1000 (mengikut kepada bencana atau musibah).
Baca Juga :Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
Syarat Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak
Bagi Bantuan Mahasiswa Perak Bantuan Sara Diri, pemohon tertakluk kepada beberapa syarat permohonan iaitu:
- Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau;
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau;
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
- Ibu dan bapa keluarga pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
- Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
- Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan biasiswa pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
- Pemberian akan diberikan sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online
Syarat Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak
Syarat Bantuan Mahasiswa Perak Kecemasan adalah seperti berikut:
- Anak kelahiran Negeri Perak iaitu:
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau;
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau;
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Pemohon hendaklah sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Mahasiswa Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Semua permohonan perlulah mendapat sokongan/pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
- Pemohon perlu menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan polis, laporan perubatan atau pengesahan oleh pemimpin tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga/Pengerusi MPKK/Penghulu/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN).
- Pemohon perlu menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.
Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Dokumen Permohonan Bantuan Mahasiswa Perak
Bagi pemohon yang ingin memohon kedua-dua bantuan ini, pemohon perlu menyertakan beberapa dokumen seperti:
- Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
- Salinan kad pelajar pemohon.
- Salinan penyata akaun bank pelajar.
- Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
- Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
- Salinan Laporan Polis/Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
- Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.
- Sokongan/perakuan/pengesahan borang permohoan:
- Pihak yang boleh memberi sokongan ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
- Pihak yang boleh membuat perakuan ialah ADUN/Penyelaras DUN/Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim (kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja).
- Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim/Pegawai Kerajaan Kelas A/Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.
Wajib Baca:Puasa Ramadhan:Panduan Amalan Sunat, Makruh & Harus Ketika Puasa
Cara Membuat Permohonan
Terdapat dua cara membuat permohonan Bantuan Mahasiswa Perak bagi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan iaitu:
- Permohonan secara online:
- Permohonan melalui Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
*Anda boleh memuat turun borang permohonan bantuan mahasiswa perak di SINI.
Contoh borang Bantuan Mahasiswa Perak adalah seperti berikut:
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Semakan Permohonan3
Untuk menyemak permohonan layari:
http://yayasanperak.gov.my/v5/
kemudian klik pada semakan di bahagian tepi laman web tersebut sama ada semakan bantuan sara diri atau semakan bantuan kecemasan ataupun ada juga disana semakan tabung simpanan pendidikan anak Perak.
Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Bagi pemohon yang ingin mendapatkan info dan maklumat lanjut tentang bantuan mahasiswa perak ini, anda boleh terus ke pejabat Yayasan Perak di alamat:
Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111 Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Pemohon juga boleh menghubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-255 2929 atau melayari laman web http://yayasanperak.gov.my/v5/
Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD 2021 (https://egumis.anm.gov.my/)
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Anak Perak 2021 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com