Program RMR Perakku Prihatin:Permohonan Pinjaman Perumahan B40
Kerajaan negeri Perak memperkenalkan satu program iaitu Program RMR Perakku Prihatin bagi membantu rakyat negeri ini dari golongan B40 untuk memiliki rumah. Semua mereka yang berkelayakkkan dipelawa memohon program ini.
Golongan B40 di Negeri Perak yang masih belum mempunyai rumah sendiri, Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program iaitu Program RMR Perakku Prihatin.
Konsep program ini adalah pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik).
Matlamat utama Program RMR Perakku Prihatin ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan oleh Yayasan Perak.
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar
Ansuran Bulanan Rumah Program RMR Perakku Prihatin
Bagi pemohon yang layak, ansuran bulanan yang dikenakan adalah serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi.
Reka bentuk rumah yang ditwarkan pula adalah reka bentuk rumah yang terkini.
Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.
Baca Juga:Semak Check kelajuan Internet Rumah Sekolah Pejabat:Cara Buat Speedtest Guna Web & Apps
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah atau tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
- Pemohon hendaklah anak kelahiran Perak atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.
Baca Juga: Biasiswa IPT Yayasan Pahang:Permohonan Biasiswa Universiti Tempatan 2021/2022
Syarat Tambahan
Selain syarat kelayakan, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat tambahan seperti berikut:
- Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- SPNB atau Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Baca Juga:Kemaskini PTPTN:Cara Kemaskini Email, No Telefon & Maklumat Peribadi
Cara Memohon Program RMR Perakku Prihatin
Untuk membuat permohonan Program RMR Perakku Prihatin, pemohon dikehendaki mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di Yayasan Perak atau muat turun melalui pautan https://tinyurl.com/4znttk2c.
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai tanah sendiri dan memerlukan kebenaran tuan tanah, sila muat turun akuan kebenaran melalui pautan berikut https://tinyurl.com/ze83yn3k.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Syarikat Perumahan Negara Berhad,
No. 9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari,
30200 Ipoh, Perak.
atau
Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No.111 Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Baca Juga: Permohonan TLDM 2021:Pendaftaran Ambilan Lepasan SPM/SVM&Diploma Kejuruteraan
Baca Juga: Permohonan Rayuan UPU Online Sesi Kemasukan 2021/2022
Dokumen Sokongan Permohonan Program RMR Perakku Prihatin
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk Program RMR Perakku Prihatin dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (jika Berkenaan)
- Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
- Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
- Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
- Salinan slip gaji (3 bulan terkini)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan bagi pemohon/pemohon kedua
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
- Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
- Borang Laporan Tapak Bergambar
Baca Juga: MyRELA:Permohonan Baru Serta Semakan Permohoanan Keahlian RELA
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Program RMR Perakku Prihatin, sila hubungi pihak SPNB di talian 05-526 3876/4188 atau Yayasan Perak di talian 05-255 2929.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Program RMR Perakku Prihatin ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com