Permohonan Rayuan UPU Online Sesi Kemasukan 2021/2022

Permohonan Rayuan UPU Online Sesi Kemasukan 2021/2022

Permohonan Rayuan UPU Online ialah antara cara yang boleh digunakan oleh pemohon Universiti Awam yang gagal melalui permohonan UPU. Permohonan Rayuan UPU Online akan dibuka selepas semua keputusan SPM dan STPM diumumkan oleh lembaga peperiksaan Malaysia melalui KPM.

Pihak UPU membuka peluang kepada mereka yang tidak berjaya dalam mendapatkan tempat pada permohonan UPU yang lepas dengan membuat Permohonan Rayuan UPU Online. Permohonan rayuan ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

Penting untuk pelajar yang memohon ke IPT untuk mengetahui: Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan calon yang gagal dalam permohonan.

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.

Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.

permohonan rayuan upu online sesi 2021/2022

Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.

Cara Permohonan Rayuan UPU

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan rayuan UPU sesi ambilan 2021 / 2022 buat rujukan pelajar.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2021 telah diumumkan secara rasmi.

Permohonan rayuan hanya layak dipohon oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.

Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.

Bagi permohonan RAYUAN FASA 1, ianya akan dibuka sebaik sahaja keputusan diumumkan. Siapa yang layak membuat rayuan?. Hanya yang tidak berjaya ditawarkan langsung ke mana-mana institusi awam sahaja layak membuat rayuan. Kepada yang berjaya, tetapi bukan ke universiti atau kursus pilihan pertama, anda tidak layak membuat rayuan. Sekiranya, pemohon berjaya dalam rayuan fasa 1 ini, keputusan akan diumumkan antara tarikh akan dikemaskini dan pemohon akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon ambilan pertama yang berjaya. Manakala bagi pemohon yang masih gagal dalam permohonan rayuan fasa 1, masih diberi peluang dalam rayuan fasa ke-2.

Rayuan fasa 2 ini adalah automatik, pelajar tidak perlu lagi memohon. Mana-mana pelajar yang gagal dalam rayuan FASA 1, secara automatik akan merayu di FASA 2. Keputusan rayuan Fasa 2 dijangka akan diumumkan antara akan dikemskini. Pihak UPU akan mengenal pasti kursus manakah yang masih ada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di UA. Jadi, jumlah kursus dan pelajar yang bakal berjaya bagi rayuan fasa 2 bergantung kepada bilangan kekosongan tempat yang masih ada selepas pendaftaran pelajar baharu. Pemohon tidak lagi dibenarkan memilih kursus pengajian. Ianya akan diawarkan secara automatik mengikut kekosongan.

pekeliling permohonan rayuan upu online. tatacara permohonan

Baca Juga:Bantuan Mahasiswa Perak:Bantuan Sara Diri & Kecemasan 2021

Tarikh Permohonan Rayuan

Tarikh Buka : Akan Dikemaskini

Tarikh Tutup : akan Dikemaskini

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU di :

http://upu.moe.gov.my/

Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

Baca Juga:Tarikh Bayaran PTPTN 2021:Semakan PTPTN Online

tatacara pengiraan merit kemasukan ke upu online

Baca Juga: Permohonan Akademi Laut Malaysia(ALAM) 2021:Cara Mohon,Syarat & Semak Status

Permohonan Rayuan Politeknik

Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.

http://ambilan.mypolycc.edu.my

Baca Juga: Permohonan Kolej Profesional MARA 2021 Online

permohonan rayuan politeknik online

Baca Juga: Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut & pertanyaan tentang permohonan rayuan UPU Online layari http://upu.moe.gov.my/ atau hubungi UPU di:

ALAMAT RASMI:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA

Jabatan Pendidikan Tinggi,

Kementerian Pengajian Tinggi

Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200

FAKS            : 03 8870 6864

ALAMAT EMEL     : [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan rayuan UPU Online memudahkan anda untuk membuat permohonan rayuan kemasukan ke IPTA melalui UPU Online. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

1 thought on “Permohonan Rayuan UPU Online Sesi Kemasukan 2021/2022”

  1. saya pelajar spm 2020 tapi takdapat untuk meneruskan pengajian untuk tahun 2021 ni atas sebab-sebab tertentu..Oleh itu,saya ingin membuat rayuan untuk kemasukan ke ipta untuk tahun 2022,boleh lagi ke untuk memohon? dan bagaimana cara untuk memohon ?

    Reply

Leave a Comment