PSU 3.0 Subsidi Upah PERMAI PERKESO:Cara Mohon,Syarat &Semakan Status
PSU 3.0 Subsidi Upah PERMAI PERKESO
Kepada majikan yang ingin membuat permohonan Subsidi Upah (PSU) 3.0 di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), permohonan bagi program tersebut telah pun dibuka bermula 19 Januari 2021 seperti yang diumumkan kerajaan.
Untuk makluman, PSU yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Baca Juga:
- Bantuan Telefon Bimbit Program JAringan Prihatin
- Bantuan Tanam Semula Getah RISDA
- Bantuan Takaful Program MySalam 2021.
- Bantuan prihatin Rakyat 2021
- Bantuan Kanak-kanak sehingga RM1000 JKM 2021
APA ITU PSU 3.0 PERMAI PERKESO?
PSU 3.0 telah diumumkan pelaksanaannya menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020 lalu.
PSU 3.0 PERMAI pula untuk menambah baik PSU 3.0 PERMAI bagi membantu majikan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan PKP bermula pada 19 Januari 2021.
Menerusi PSU 3.0 pertama yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, sektor pengkhususan yang terlibat dalam program ini ialah sektor pelancongan dan peruncitan sahaja.
Namun, PSU 3.0 PERMAI pula lebih menyeluruh kepada semua sektor ekonomi yang terlibat dengan pelaksanaan PKP tidak terhad seperti sebelum ini.
TEMPOH PELAKSANAAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Tempoh pelaksanaan PSU 3.0 PERMAI adalah selama 1 bulan sahaja kepada majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 19 Januari 2021.
Manakala tarikh akhir permohonan PSU 3.0 PERMAI adalah pada 30 Jun 2021.
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
SAIZ & BILANGAN PEKERJA YANG BOLEH DITUNTUT PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Berikut adalah saiz perusahaan dan bilangan pekerja yang boleh dituntut menerusi PSU 3.0 PERMAI :
KADAR BAYARAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
Kadar bayaran bagi PSU 3.0 PERMAI adalah sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.
Jumlah ini juga adalah sama bagi PSU 3.0 yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021 yang lalu.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
- Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PERKESO adalah seperti berikut:
- Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
- Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
- Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
- Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah sahaja.
- Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja terbabit.
- Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja.
SENARAI MAJIKAN YANG TIDAK LAYAK MOHON PSU 3.0 SUBSIDI UPAH
Berikut adalah senarai majikan dan pekerja yang tidak layak memohon PSU 3.0 PERMAI PERKESO:
- Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
- Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
- Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
- Majikan yang bukan beroperasi dalam negeri PKP.
- Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
- Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
- Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive).
- Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
- Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
- Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.
CARA PERMOHONAN PSU 3.0 SUBSIDI UPAH
Majikan yang ingin memohon PSU 3.0 PERMAI PERKESO boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/.
- Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
- Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
- Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
- Muat naik dokumen sokongan
- Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’
DOKUMEN SOKONGAN PSU 3.0 SUBSIDI UPAH
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di dalam borang permohonan adalah seperti berikut:
- Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
- Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
- Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN PSU 3.0 PERMAI PERKESO
- Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
- Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
SOALAN LAZIM
1.Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN)?
BRN adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.
2.Apakah maksud borang Akuan Pengisytiharan PSU3.0?
Akuan Pengisytiharan PSU3.0 adalah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis yang menyatakan bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0.
3.Adakah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2021 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon PSU 3.0?
Tidak. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan PSU mestilah berdaftar dengan PERKESO serta SSM, PBT atau lain-lain badan professional sebelum 1 Januari 2021 dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja.
4.Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima bantuan PSU?
Ya. Majikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800.
5.Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU 3.0 telah diterima, diluluskan, atau ditolak?
Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 3.0 PERMAI, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000. Atau layari https://www.perkeso.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian PSU 3.0 Subsidi Upah ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk melayari internet dengan lebih baik. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com