Jadual SPM Sesi Kedua 2021 :Mulai 5 April 2022

Jadual SPM Sesi Kedua 2021 :Mulai 5 April 2022

JADUAL SPM 2021 Sesi Kedua – Mulai 5 April Hingga 19 Mei

Sesi kedua Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan bermula 5 April hingga 19 Mei.

Ia merangkumi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan Jadual SPM Sesi Ke 2 dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki ujian-ujian berkenaan yang dijalankan pada 8 Februari hingga 29 Mac.

Baca Juga: Pasang Kalkulator Sanintifik Di Komputer:Cara Mudah Memasangnya

Sijil Peperiksaan Malaysia Tahun 2021 Sesi Kedua

Lembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh , masa , kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022.

Semua maklumat tersebut boleh didapati melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di htttp://lp.moe.gov.my mulai 1 April 2022.

Artikel Lian: Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT PerantiSiswa 2022 Bermula 15 April

Kenyataan Media JADUAL SPM 2021 Sesi Kedua

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua berserta pautan jadual waktu peperiksaan untuk perhatian dan tindakan calon yang terlibat mulai 1 April 2022.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2021 SESI KEDUA

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 sesi kedua akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei 2022.

Peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua ini dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis yang telah dilaksanakan pada 8 Februari hingga 29 Mac 2022 yang lalu. Calon tersebut adalah yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau keskes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan.

LP ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi  maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022. Semua maklumat tersebut boleh didapati melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my juga pada 1 April 2022.Secara umumnya tarikh peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua adalah seperti di Lampiran.

Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan. Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM. Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19. Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my

Kenyataan Media JADUAL SPM 2021 Sesi Kedua
Kenyataan Media JADUAL SPM 2021 Sesi Kedua

Baca Juga: Bantuan MRSM Pelajar B40:Program Budi MARA

Jadual Peperiksaan SPM 2021 Sesi Kedua

Berikut adalah jadual secara umum berkenaan tarikh peperiksaan Sijil Peperiksaan Tahun 2021 Sesi Kedua

Jadual Peperiksaan SPM 2021 Sesi Kedua

Semak Di sini: Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

Muat Turun Jadual SPM 2021 Sesi Kedua

Sila muat turun jadual SPM_2021 Sesi Kedua di pautan rasmi Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my mulai 1 April 2022.

Baca Juga: Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai Jadual SPM Sesi Kedua tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Untuk info terkini berkaitan tarikh dan Jadual SPM Sesi Ke 2 sila rujuk saluran berikut:

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang Jadual SPM Sesi Kedua ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment