Bantuan Selangor Asuh Pintar:Cara Mohon RM100 Sebulan Yuran Taska/Nurseri 2021

Bantuan Selangor Asuh Pintar:Cara Mohon RM100 Sebulan Yuran Taska/Nurseri 2021 by: STAR keptennews.com

Bantuan Selangor Asuh Pintar

Apa Bantuan Selangor Asuh Pintar 2021?

Pengenalah Program seperti dibawah:

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) bagi tahun 2021.

Asuh Pintar adalah bantuan yuran Taska atau Nurseri sebanyak RM 100 sebulan untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah dan bantuan ini dibayar terus ke Taska atau Nurseri tersebut.

Pada tahun 2020, sebanyak 683 permohonan telah diterima di seluruh Negeri Selangor melibatkan peruntukan sebanyak RM645,000.

Untuk mendaftar kelahiran online JPN boleh semak: Daftar Kelahiran Online JPN

Tarikh Buka & Tutup Bantuan Selangor Asuh Pintar 2021

Bantuan Selangor Asuh Pintar

Permohonan Bantuan Selangor Asuh Pintar 2021 telah dibuka dan akan dibuka setiap bulan.Tarikh tutup permohonan Asuh Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Contoh: Jika permohonan untuk manfaat bulan Mac 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2021.

Permohonan yang lambat diterima atau diterima selepas 15 haribulan setiap bulan dianggap tidak lulus.

Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.

Syarat Kelayakan Asuh Pintar

Syarat Asuh Pintar

Ibu bapa yang ingin memohon Asuh Pintar perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia serta dilahirkan dan menetap di Selangor; atau
  • Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 Tahun (pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan tempat di mana pemohon menetap).
  • Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM 5000 ke bawah.
  • Suami dan isteri mestilah berkerja.
  • Mempunyai anak berumur 4 Tahun dan ke bawah.
  • Permohonan terhad kepada 2 orang anak sahaja.
  • Taska tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Ibu dan bapa tersebut adalah pengundi berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Senarai Taska/Nurseri Berdaftar Untuk Permohonan Asuh Pintar 2021

Untuk menerima bantuan ini, pemohon perlu menghantar anak-anak mereka ke Taska atau Nurseri yang telah berdaftar dengan JKM.

Senarai Taska atau Nurseri yang berdaftar boleh dirujuk melalui pautan http://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php.

Jika nama Taska atau Nurseri terbabit wujud di dalam senarai terbabit, pemohon boleh membuat permohonan untuk bantuan Asuh Pintar.

Cara Memohon Bantuan Selangor Asuh Pintar

Cara mohon Asuh Pintar
  • Ibu bapa yang berminat untuk memohon bantuan Asuh Pintar perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
  • Layari laman web http://asuhpintarv2.yawas.my/web/semakan.php?kp=.
  • Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  • Kemudian, klik butang ‘Permohonan Baru.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
  • Semak semua maklumat sebelum mendaftar.
  • Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar permohonan.
  • Cetak borang permohonan tersebut.
  • Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke email asuhpintar@gmail.com atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,

Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Modus Operandi Bantuan Selangor Asuh Pintar

Modus Operandi permohonan Program seperti gambar di bawah:

 Asuh Pintar

Dokumen Sokongan

Selepas menghantar permohonan secara online, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan berikut dalam tempoh 2 minggu selepas membuat permohonan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Lahir/MyKid anak.
  • Salinan MyKad Ibu.
  • Salinan MyKad Bapa.
  • Salinan Perakuan Anak Angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (Jika diperlukan).
  • Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Ibu.
  • Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Gaji Bapa.
  • Cop Pengesahan Taska Tempat Anak Belajar (Perlu dicop pada borang permohonan).
  • Bagi pemohon yang tidak dilahirkan di Selangor, berikut adalah dokumen tambahan yang perlu dilampirkan:
  • Salinan Bil Air/Bil Elektrik/TM/Astro/muka depan Buku Merah Ibu.
  • Cop pengesahan bermastautin (Perlu dicop pada borang permohonan).

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Pertanyaan & Info Lanjut

Untuk pertanyaan tentang asuh pintar atau lain-lain berkenaan bantuan rakyat Selangor, sila hubungi pihak YAWAS di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web http://asuhpintarv2.yawas.my/ untuk info lanjut.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Selangor AsuhPintar ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment