TKWBNS:Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2021

TKWBNS:Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2021

Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tahun TKWBNS 2021 Kini Dibuka untuk permohonan secara atas talian. Mereka yang layak dipelawa untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor TKWBNS 2021 ini.

Permohonan adalah secara online sahaja, sila layari laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Ogos 2021.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS.

TKWBNS:Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor 2021

Baca Juga: Cetak Sijil Vaksinasi MySejahtera Covid-19:Print Salinan Untuk Rentas Daerah/Negeri

Apakah Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ?

Program Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah.

Ia merupakan program pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) yang diuruskan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Baca Juga: Daftar SSM Online:Cara Pendaftaran Perniagaan Online

Syarat Am Permohonan TKWBNS

1. Pemohon TKWBNS dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN

2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau

3. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR)

4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.

5. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.

6. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

7. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)

8. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).

9. Sila sertakan SALINAN SIJIL LAHIR PEMOHON, SALINAN MY KAD PEMOHON, BAPA DAN IBU, SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (RENDAH DAN MENENGAH), SALINAN KEPUTUSAN SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA (mana yang berkaitan).

10. SALINAN SLIP GAJI TERKINI (ibu dan bapa/penjaga), PESARA sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika BEKERJA SENDIRI/TIDAK BEKERJA/SURI RUMAH sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)

11. Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok SAHAJA)

12. Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)

13. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.

14. Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online dalam tempoh DUA MINGGU selepas TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

Baca Juga: Cara Daftar Login MyEG:Check Status Roadtax, Semak Saman Renew Lesen Dll

Syarat Akademik Permohonan TKWBNS

i.  Sijil

   – Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).

  – Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).

 ii.  Diploma

   – Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

   – Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

 iii. Ijazah Sarjana Muda

   – Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau

   – Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

   – Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

 iv. Ijazah Perubatan

   – Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.

Kadar Tajaan Yang Diberikan

Kadar tajaan TKWBNS yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian. Kadar adalah sama bagi Universiti Awam dan Swasta. Berikut merupakan jadual kadar pembiayaan:

Peringkat PengajianKadar Setahun (RM)
Sijil4,000.00
Diploma4,900.00
Ijazah Pelbagai6,500.00
Ijazah Perubatan7,000.00

Baca Juga: Renew Lesen Memandu MyEG Online:Cara Renew Kaedah Bayaran & Harga Lesen

Kaedah Pembayaran Pinjaman TKWBNS

Bayaran TKWBNS akan dibuat sebanyak 2 kali setahun secara pengkreditan terus ke akaun Bank Muamalat peminjam.

Adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk membuat semua bayaran yang berkaitan seperti yuran pengajian, asrama dan lain-lain kepada IPT masing-masing.

TKWBNS:PERMOHONAN PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR 2021

Baca Juga: Jadual Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19

Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman TKWBNS

Pengurangan bayaran balik TKWBNS akan diberikan kepada pelajar yang membuat permohonan sahaja.

Pengurangan bayaran balik (dikenali sebagai Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah) ini boleh dimohon oleh peminjam Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor TKWBNS setelah TAMAT PENGAJIAN.

Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada dasar semasa dan pertimbangan Lembaga TKWBNS.

Baca Juga:Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG

Cara Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ini boleh dibuat secara online di https://danapendidikan.selangor.gov.my

Borang permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah TKWBNS boleh dimuat turun daripada portal rasmi TKWBNS (di pautan Muat Turun Borang).

Antara dokumen yang diperlukan TKWBNS adalah

  • Salinan Transkrip Akademik Rasmi yang telah disahkan oleh Universiti
  • Salinan Sijil Senat yang telah disahkan oleh Universiti

Bac Juga: Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Tarikh Permohonan TKWBNS

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah TKWBNS ini dibuka pada 01 Ogos 2021

Tarikh tutup permohonan TKWBNS ialah pada 31 Ogos 2021.

Baca Juga: Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan

Semakan Permohonan TKWBNS

Setelah membuat permohonan anda boleh menyemak status permohonan anda.

Untuk menyemak permohonan yang telah dibuat layari: https://danapendidikan.selangor.gov.my/

Maklumat Lanjut Pinjaman Boleh Ubah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor 2021

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang TKWBNS ini, sila rujuk laman web rasmi https://tkwbns.selangor.gov.my

Rujuk Facebook: https://www.facebook.com/pejabatsukselangor/

Telefon: 03-5544 7000

Email : [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang TKWBNS ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment