Selangor Freelance:Insentif Tunai RM400 Warga Selangor
Selangor Freelance. Dalam era pandemik COVID-19, ekonomi gig telah muncul sebagai peluang baru pekerjaan yang terbina dari pasaran yang membangun dalam segmen digital. Maka inisiatif Selangor Freelance telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri dengan menawarkan 5,000 sesi latihan dan kemahiran untuk warga Selangor menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital.
Melalui Program ini, individu berusia 18 tahun ke atas berpeluang menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital dan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Permohonan Selangor Freelance program ini untuk makluman bersama.
Selangor Freelance menyediakan peluang pekerjaan secara sambilan dalam-talian. Peluang latihan dan insentif tunai juga disediakan
Mari terokai peluang menjana pendapatan melalui ‘freelancing’ secara digital. Terbuka kepada semua warga Selangor yang berkemahiran. Sesi latihan dua hari mengenai untuk menjadi ‘freelancer’ digital. Insentif bernilai RM400 disediakan buat peserta yang berjaya menamatkan latihan.
Baca Juga: Rumah Idaman Selangor:Permohonan Rumah Mampu Milik B40 & M40
Apakah Permohonan Selangor Freelance?
Program ini merupakan kerjasama antara platform padanan kerja Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.
Dilancarkan pada 28 Oktober lalu, peserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.
Inisiatif ini mampu memberi manfaat kepada warga Selangor serta berpeluang menjana pendapatan menerusi program pengupayaan yang holistik.
Peserta Permohonan Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.
Mereka juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut selain berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.
Selangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC)
Artikel Lain: Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS): Cara Mohon Insentif RM5000 One-Off
Syarat Kelayakan Permohonan Selangor Free lance
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat Permohonan Selangor Freelance
- Berusia 18 tahun ke atas
- Tinggal di Selangor
- Individu yang sudah bekerja atau belum boleh membuat permohonan.
Baca Juga: Bantuan Selangor Asuh Pintar:Cara Mohon RM100 Sebulan Yuran Taska/Nurseri 2021
Cara Daftar Selangor Freelance
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui http://selangor.workana.com.
Anda hanya perlu mengisi butiran maklumat dalam borang online seperti di bawah:
Bagaimana Mendapat Insentif RM400 Selangor Freelance?
Berikut adalah prosedur dan tatacara menyertai Selangor Free lance
- Mendaftar di laman web https://selangor.workana.com/
- Menjalani sesi latihan selama 2 hari (Latihan termasuk pendedahan sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana)
- Selesai proses latihan, peserta berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.
- Peserta juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut.
Baca Juga: Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC
Kenyataan Media Selangor Freelance
KLANG – Inisiatif Selangor Free lance menawarkan 5,000 sesi latihan dan kemahiran kepada warga Selangor untuk menjana pendapatan dalam sektor ekonomi gig digital.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu merupakan kerjasama antara sebuah platform pekerja bebas terkemuka, Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.
Menurutnya, inisiatif itu adalah komitmen kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor yang terjejas dan hilang pendapatan disebabkan Covid-19.
“Malaysia tidak terlepas daripada kesan pandemik, peningkatan kadar pengangguran melonjak sehingga 4.5 peratus pada 2020 berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya.
“Mujurlah pada masa yang sukar ini, ekonomi gig telah muncul dengan peluang baharu untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa,” katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Selangor Free lance di Hotel Wyndham Acmar pada Khamis.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Ketua Pasaran Asia Workana, Diego Alejandro Kikuchi dan Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Jose Balaguer Salas.
Dalam pada itu, Amirudin berharap inisiatif itu dapat memberikan warga Selangor berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan di platform kerja seperti Workana dan memperoleh pendapatan.
“Semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Selangor layak menyertai program ini. Mereka perlu melengkapkan satu siri model latihan, mendaftar dengan Workana dan menjalani proses suai tugas.
“Selepas selesai menjalani program ini, pekerja bebas akan menerima akses segera kepada projek berbayar. Pendaftaran boleh dibuat di https://selangor.workana.com,” katanya.
Sementara itu, Diego Alejandro berkata, platform Workana telah berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun menunjukkan ekonomi gig digital semakin popular dan memainkan peranan penting dalam sektor pekerjaan.
Katanya, Workana teruja dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu memperkasa warga Selangor dengan kemahiran, alatan dan pengetahuan yang diperlukan untuk memanfaatkan peluang pekerjaan di bawah ekonomi gig digital.
Artikel Lain: Baucer Tunai BPR:Cara Dapatkan No Baucer Tunai BPR Fasa 3 Online
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan inisiatif Selangor Freelance ini, sila layari https://selangor.workana.com/ atau www.platselangor.com segera.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang inisiatif Selangor Freelance ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com