Baucer Tunai BPR:Cara Dapatkan No Baucer Tunai BPR Fasa 3 Online

Baucer Tunai BPR:Cara Dapatkan No Baucer Tunai BPR Fasa 3 Online

Baucer Tunai BPR:Cara Dapatkan No Baucer Tunai BPR Fasa 3 Online

Baucer tunai BPR digunakan untuk menunaikan Bantuan Prihatin Rakyat bagi mereka yang tiada akaun bank. Jika anda telah LULUS BPR  tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BPR tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BPR  anda GAGAL KREDIT.

Bagaimanakah cara nak dapatkan no baucar  BPR?Bagaimana nak buat  semakan nombor baucar BPR  untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)?

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status pembayaran pada selasa 28.09.2021 baca: Bayaran BPR Fasa 3 Bermula Selasa:Semak Permohonan Anda

Apa Itu Nombor Baucer BPR?

NOMBOR BAUCAR TUNAI BPR ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Rakyat  tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut.

Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri baucer tunai BPR untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Jika anda ingin membuat semakan status BPR baca: Semakan Status BPR Fasa 3:Status Bayaran & Baki BPR Fasa 3

Cara Dapatkan Nombor Baucer BPR Fasa 3 Online

Berikut adalah cara untuk dapatkan no baucer tunai BPR Fasa 2/3:

  1. Sila layari https://bpr.hasil.gov.my
  2. Pada bahagian Semakan Status,sila masukan nombor kad pengenalan pemohon
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  4. Klik CARI
  5. Berikut adalah maklumat yang dipaparkan:
  6. Nama
  7. Fasa
  8. Jumlah Bayaran
  9. Status Kredit
  10. Tarikh Tunai
  11. Nama Tunai Bank
  12. Nama Bank
  13. No Akaun Bank
  14. Kod Tidak Berjaya
  15. No Baucar
  16. Sila bagi perhatian bahagian STATUS KREDIT.Akan dipaparkan GAGAL KREDIT
  17. Sila bagi perhatian bahagian No Baucar BPR  Fasa 2/3. Salin no baucar untuk dibawa ke BSN untuk dapatkan duit BPR anda.

Semak tarikh bayaran tunai di: Tarikh Bayaran BPR Fasa 3:Semakan Tarikh & Baki Bayaran Fasa 3 BPR

Contoh Nombor Baucer BPR

Berikut ialah screenshot untuk semakan no baucer Tunai BPR  Fasa 2/3:

Contoh Nombor Baucer Tunai BPR Fasa 3

Cara Tunai Baucer Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 Di BSN

Untuk tunai Baucar BPR fasa 3, penerima BPR hanya  perlu membawa No Baucar Tunai BPR dan Kad Pengenalan ke cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran.

Cara Tunai Baucer BPR Fasa 3 Di BSN

Waktu Operasi Kaunter BSN Seluruh Malaysia

Berikut adalah waktu operasi bagi kaunter BSN di seluruh Malaysia untuk menebus baucer tunai BPR fasa 3 seperti berikut:

Negeri Waktu Operasi

  • Selangor 9 pagi – 1 tengahari
  • Kuala Lumpur 9 pagi – 1 tengahari
  • Johor 9 pagi – 2 petang
  • Melaka 9 pagi – 2 petang
  • Negeri Sembilan 9 pagi – 2 petang
  • Pahang 9 pagi – 2 petang
  • Terengganu 9 pagi – 2 petang
  • Kelantan 9 pagi – 2 petang
  • Perak 9 pagi – 2 petang
  • Pulau Pinang 9 pagi – 2 petang
  • Kedah 9 pagi – 2 petang
  • Perlis 9 pagi – 2 petang
  • Sabah 9 pagi – 2 petang
  • Sarawak 9 pagi – 2 petang

Soalan Lazim BPR Fasa 3 Tunai

1.Bagaimanakah kaedah pembayaran BPR bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak yang tidak mendaftarkan maklumat akaun bank dalam permohonan BPR?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

2.Akaun Bank yang saya laporkan semasa permohonan BPR  salah atau tidak aktif.Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?

Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah Tuntutan Baucer Tunai BPR di Cawangan BSN

3.Semakan mendapati saya telah lulus BPR  tetapi bayaran dibuat kepada bekas pasangan saya. Adakah saya boleh membuat tuntutan BPR berkenaan?

Tuntutan baucer tunai BPR hanya boleh dibuat oleh penerima BPR sahaja.

4.Bilakah tarikh untuk tunai baucer duit BPR Fasa 3 di Bank Simpanan Nasional?

baucer tunai BPR fasa 3 Bermula 28 September 2021

Ketahui Juga: Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan BPR Fasa 3

Untuk maklumat lanjut tentang baucer tunai BPR Fasa 3 atau pertanyaan berkaitan sila hubungi:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang baucer tunai BPR Fasa 3 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

1 thought on “Baucer Tunai BPR:Cara Dapatkan No Baucer Tunai BPR Fasa 3 Online”

Leave a Comment