Contoh Nota Serah Tugas: Format Terkini & Garis Panduan Penyediaan

Contoh Nota Serah Tugas: Format Terkini & Garis Panduan Penyediaan

Contoh nota serah tugas adalah perkara penting bagi kakitangan yang akan bertukar tempat kerja. Bagi kakitangan kerajaan contoh nota serah tugas mesti diketahui kerana akan menggunakannya apabila bertukar tempat kerja. Contoh nota serah tugas

Contoh nota serah tugas ini adalah format yang sesuai sama ada untuk guru atau kakitangan kerajaan lain yang bertukar tempat kerja. Artikel ini akan berkongsi contoh nota serah tugas untuk kegunaan mereka yang akan bertukar tempat kerja. Bagi guru senarai arahan pertukaran baru e-Gtukar 2021 telah dikeluarkan. Jadi artikel tentang contoh nota serah tugas ini diharap dapat membantu. Contoh nota serah tugas

contoh muka depan nota serah tugas

Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA 2021

Garis Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas

1.0 Tujuan Nota Serah Tugas

Garis  panduaan  contoh penyediaan  Nota  Serah  Tugas  ini  disediakan  bagi  memberi  panduan untuk membantu Pihak Pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri dan agensi-agensi dibawah termasuk Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah menyediakan contoh Nota Serah Tugas yang seragam  dan  sesuai  mengikut  format  yang  digunakan  oleh  semua  Kementerian  dan  Jabatan Kerajaan.

 2.0 Latar Belakang Penyediaan Nota Serah Tugas

Pertukaran,  naik  pangkat  dan  penamatan  perkhidmatan  adalah  lumrah  kepada Perkhidmatan Awam. Setiap pegawai dan kakitangan kerajaan akan melalui proses ini dan ianya adalah  selaras  dengan  hasrat  kerajaan  untuk  membentuk  kakitangan  yang  berkebolehan disetiap skim perkhidmatan masing-masing. Contoh nota serah tugas

Setiap tugas yang ditinggalkan akan diteruskan oleh penganti, proses peralihan tugas dan  maklumat  ini  kadangkala  menimbulkan  masalah  kerana  butiran  tugas  dan  kerja  belum selesai dan rujukan yang tidak jelas. Masalah  yang  berlaku  sebelum  ini  adalah  kerana  tiada  Contoh nota serah tugas  atau  format  yang seragam yang boleh digunakan di peringkat Jabatan.

Selain itu, terdapat juga pegawai-pegawai yang  bertukar  tidak  menyediakan  Nota  Serah  Tugas  kerana  garis  panduan  yang  terdapat  di dalam pekeliling tidak dipatuhi. Contoh nota serah tugas

Didalam konteks Jabatan Pelajaran sebagai contoh , perkara ini juga melibatkan pegawai-pegawai diperingkat Jabatan Pelajaran. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), dan juga Guru-guru disekolah-sekolah. Setiap proses pertukaran, naik pangkat, atau penamatan perkhidmatan pegawai perlu disertakan dengan Nota Serah Tugas yang sesuai dan selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Contoh nota serah tugas

 3.0 Punca Kuasa Penyediaan Nota Serah Tugas

3.1 Surat Edaran JPA.193/6/3-4/(20) Bertarikh 19 Julai 1985 Penggunaan Format Nota Serah Tugas Yang Seragam  Bagi Pegawai-pegawai Yang Terlibat Dengan Pertukaran. Contoh nota serah tugas

3.2Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2004  Panduan Pertukaran Pegawai Awam

4.0 Garis Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas

 4.1 Penerangan Am

4.1.1 Hanya pegawai-pegawai kumpulan ‘A’ dan ‘B’ sahaja yang perlu mengemukakan Nota Serah Tugas. Kumpulan ini termasuklah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah (PPPS), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD),  dan  Pegawai-pegawai  Guna  Sama  yang  bertugas  di  setiap  peringkat Jabatan Pelajaran Perak. Contoh nota serah tugas

4.1.2 Tiada had bilangan muka surat yang ditetapkan. Contoh nota serah tugas

4.1.3 Sebanyak 5 Salinan Nota Serah Tugas yang perlu disediakan, dan salinan-salinan tersebut perlulah diserahkan dan disimpan oleh pihak-pihak berikut:

  • Ketua Perkhidmatan
  • Bahagian Pentadbiran  atau  Perkhidmatan  di  Kementerian  /  Jabatan  / PPD / Sekolah Berkenaan
  • Ketua Bahagian / Ketua Jabatan iv.Pegawai yang akan mengambilalih tugas, dan
  • Simpanan peribadi pegawai yang akan bertukar.

4.1.4 Nota Serah Tugas ini perlulah di’binding’ atau dibukukan. Contoh nota serah tugas

4.2 Garis Panduan / Format Penyediaan Nota Serah Tugas

4.2.1 Perkara 1

– Surat Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas (Muka Surat – i)

  1. Pegawai yang bertukar perlu menyediakan surat dengan menulis:

               i.Nama Penuh

                ii.Jawatan Yang Disandang

               iii.Tempoh Menyandang Jawatan

                iv.Menandatangani Surat

  • Nota Serah Tugas yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan / Ketua Sektor / Ketua Unit / Pengetua / Guru Besar untuk disemak. Contoh nota serah tugas
  • Ketua  Jabatan  /  Ketua  Sektor  /  Ketua  Unit  /  Pengetua  /  Guru  Besar kemudian  perlu  memanjangkan  Nota  Serah  Tugas  berkenaan  kepada Bahagian Pentadbiran Kementerian / Jabatan / Sekolah. Contoh nota serah tugas
  • Nota  Serah  Tugas  ini  seterusnya  diserahkan  kepada  Pegawai  yang mengambilalih  jawatan  tersebut  dan  Pegawai  berkenaan  hendaklah menandatangani Surat Akuan Terima Nota Serah Tugas. Contoh nota serah tugas

4.2.2 Perkara 2

– Senarai Tugas Jawatan (Muka Surat – ii) Pegawai  yang  bertukar  perlu  menyenaraikan  tugas-tugas  sepertimana  yang tercatat di dalam senarai tugas rasmi jawatan. Sekiranya pegawai yang dilantik mengisi mana-mana jawatan melalui jawatan yang dipegangnya maka jawatan yang berkenaan perlu juga dicatatkan.

 4.2.3 Perkara 3

– Kedudukan Terakhir Tugas-tugas Belum Selesai (Muka Surat – iii) Terdapat 5 ruangan mengenai tugas-tugas yang belum selesai perlu disediakan:

  1. Tugas-tugas Yang Belum Selesai Pegawai yang bertukar perlu menyenaraikan semua tugas-tugas yang belum selesai semasa pegawai meninggalkan jawatan. Contoh nota serah tugas
  2. Kedudukan Sekarang Pegawai perlu melaporkan kedudukan terkini bagi tugas-tugas yang belum selesai seperti yang dinyatakan. Contoh nota serah tugas
  3. Tindakan Susulan Pegawai  yang  akan  bertukar  perlu  memaklumkan  kepada  Pegawai  yang akan mengambilalih tugas mengenai tindakan lanjut atau tindakan susulan yang diperlukan bagi tugas-tugas yang belum diselesaikan. Contoh nota serah tugas
  4. Rujukan Fail, Pegawai, Jabatan Yang Berkaitan Pegawai  yang  akan  bertukar  perlu  mencatatkan  maklumat-maklumat berkenaan no rujukan fail, nama pegawai dan Kementerian / Jabatan yang berkaitan  dengan  tugas  yang  perlu  dirujuk  oleh  pegawai  yang mengambilalih  tugas  sekiranya  timbul  masalah  berhubung  dengan  tugas-tugas yang belum diselesaikan. Contoh nota serah tugas
  5. Catatan Pegawai  yang  akan  bertukar  boleh  mencatatkan  maklumat-maklumat tambahan  yang  difikirkan  perlu  diketahui  oleh  pegawai  yang  akan mengambilalih  tugas  supaya  perjalanan  kerja  yang  ditinggalkan  tidak terjejas. Contoh nota serah tugas

4.2.4 Perkara 4

– Senarai Harta Benda / Peralatan Pejabat(Muka Surat – iv) Pegawai  yang  akan  bertukar  perlu  menyenaraikan  semua  harta  benda  / peralatan  pejabat  /  asset  hak  milik  kerajaan  yang  diberikan  kepada  pegawai semasa menjawat jawatan terakhir.

 4.2.5 Perkara 5

– Kedudukan Kewangan / Akaun dan Lain-lain (Muka Surat – v) Ruangan  ini  /  Perkara  ini  hanya  perlu  disediakan  oleh  pegawai-pegawai  yang menguruskan  perkara-perkara  yang  berkaitan  dengan  urusan  kewangan  dan akaun.  Maklumat-maklumat  yang  perlu  dimasukkan  merupakan  laporan kedudukan kewangan semasa pegawai yang akan meninggalkan tugas. Contoh nota serah tugas

 4.2.6 Perkara 6

– Fail Meja (Muka Surat – vi) Fail Meja perlu disertakan sebagai sebahagian daripada Nota Serah Tugas dan dirujuk sebagai Lampiran ‘A’1 Salinan  Fail  Meja  hanya  perlu  diserahkan  kepada  Pegawai  yang  akan mengambilalih  tugas  dan  Bahagian  Pentadbiran  /  Perkhidmatan  Jabatan  / Sekolah berkenaan sekiranya salinan tersebut tidak pernah diserahkan sebelum ini.

4.2.7 Perkara 7

– Manual Prosedur Kerja  (Muka Surat – vii) Manual  Prosedur  Kerja  perlu  disertakan  sebagai  sebahagian  daripada  Nota Serah Tugas dan dirujuk sebagai Lampiran ‘A’2 Salinan  Manual  Prosedur  Kerja  hanya  perlu  diserahkan  kepada  Pegawai  yang akan mengambilalih tugas dan Bahagian Pentadbiran / Perkhidmatan Jabatan / Sekolah Contoh nota serah tugas berkenaan sekiranya salinan tersebut tidak pernah diserahkan sebelum ini.

4.2.8 Perkara 8

– Lain-lain Hal (Muka Surat – viii) Pegawai yang akan bertukar boleh mencatatkan sebarang maklumat tambahan atau  maklumat  am  berhubung  dengan  kerja  dan  jawatan  yang  disandang. Catatan-catatan  ini  hendaklah  berupa  maklumat  yang boleh  membantu  dan dapat dijadikan garis panduan kepada pegawai yang akan mengambilalih tugas. Contoh nota serah tugas

5.0 Penutup Penyediaan Nota Serah Tugas

Garis panduan ini akan menetapkan format dan aliran norma-norma kerja yang perlu disediakan oleh seseorang pegawai yang akan bertukar sesuai dengan konteks Jabatan Pelajaran Perak. Nota Serah Tugas yang disediakan nanti diharap membantu kelinciran peralihan tugas supaya mutu kerja pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Perak sentiasa berkualiti. Contoh nota serah tugas 

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Mukasurat Pertama & Kedua Nota Serah Tugas

contoh muka depan nota serah tugas

Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Nota Serah Tugas GURU

Berikut adalah contoh nota serah tugas bagi Guru atau cikgu yang anda boleh terus salin dan guna. Anda cuma perlu salin dan pastekan di notepad terlebih dahulu kemudian salin balik dan pastekan di microsoft word.

NOTA SERAH TUGAS

NAMA                               : NURUL BINTI ISMAIL

NO. KP                               :

NO. FAIL PERIBADI        :

KANDUNGAN PERKARA                                                              MUKA SURAT

1.         Surat Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas                              3

2.         Senarai Tugas Jawatan                                                                                  4

3.         Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum Selesai                               5

4.         Senarai Hartabenda/Peralatan Pejabat                                                           6

5.         Kedudukan Kewangan/Akaun dan Lain-Lain                                                7

6.         Fail Meja                                                                                                      8-10

7.         Manual Prosedur Kerja                                                                                 11

8.         Lampiran Senarai Serahan Tugas                                                                 12

1.         SURAT PENYERAHAN DAN AKUAN TERIMA NOTA SERAH TUGAS

(a)       Adalah saya Nurul binti Ismail  yang  memegang  jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  di SMK Bawang Assan, Sibu dari tarikh 7 Februari 2017 hingga 15 Oktober 2017 bersama-sama ini menyerahkan Nota Serah Tugas sepertimana diarahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui surat Bil. JPA. 193/6/3-4 (20) bertarikh 19 Julai 1985. Disertakan juga bersama-sama ini Fail Meja/Manual Prosedur Kerja *

Diserahkan oleh:                                            Disemak oleh:

Tandatangan:                                                 Tandatangan:

Nama:                                                            Nama:

         (Pegawai yang akan bertukar)                         (Ketua Bahagian/Unit/)*

(b)       Adalah  saya Hipnee bin Piee yang mengambil alih tugas jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Bawang Assan, Sibu mengaku telah menerima satu (1) salinan Nota Serah Tugas dan Fail Meja/Manual Prosedur Kerja.*

Tandatangan:                                                  Tandatangan:

Nama:                                                             Nama

(Pegawai yang akan mengambil alih tugas)                    (Pengetua)

Potong mana yang tidak berkaitan

2.         Senarai Tugas Jawatan

  1. Guru mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 Sains & 5 Sains
  2. Ketua Panitia Kimia
  3. Guru mata pelajaran Sains Tingkatan 1A, 3B dan 3C
  4. Penyelaras Program Dual Language Programme (DLP)
  5. Penyelaras Program Inovasi & Kajian Tindakan Sekolah
  6. Pentaksir Mata Pelajaran Sains PT3
  7. Penolong guru tingkatan 3C
  8. Guru rumah sukan Hijau
  9. Guru penasihat Kadet Polis
  10. Ketua guru penasihat Kelab Komputer
  11. Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan
  12. Setiausaha Panitia Sains

3.         Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum Selesai

Tugas-Tugas Yang Belum SelesaiKedudukan SekarangTindakan SusulanYang DiperlukanRujukan Fail, Pegawai Jabatan Yang BerkaitanCatatan
Laporan kehadiran kelas DLP bulan NovemberBelum direkodkan. Belum tamat sesi persekolahan bulan November.Merekodkan kehadiran pelajar DLP semasa hari terakhir persekolahan (24 Nov. 2017) & menghantar softcopy kepada PPD melalui emel.Fail DLP, Pen. Kanan PentadbiranSoftcopy laporan ada dalam komputer di bilik PKP
Janaan Sijil LDP 7 hariSijil LDP 7 hari belum dijana kerana menunggu proses kemaskini terakhir dalam e-SPLKPM di peringkat PPDSU LDP yang baharu perlu menjana sijil LDP 7 hari untuk semua guru melalui modul SU LDP dalam laman e-SPL KPM apabila semua kursus telah dikemaskini.Fail SU LDP, Pn. Chiam Ai HauSatu salinan sijil LDP 7 hari perlu dimasukkan dalam fail peribadi & direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan.
Sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan 1ABab 9, subtopik 9.2Menghabiskan sukatan pelajaran Sains tingkatan 1 bagi subtopik 9.3-9.6Buku teks Sains Ting. 1, En. Sembi ak LawenLaporan KSSM & hasil kerja projek pelajar telah dihantar dan dilengkapkan.

4.         Senarai Harta benda / Peralatan Pejabat

BilTugas / JawatanHarta benda / PeralatanCatatan
1Guru mata pelajaran Kimia Ting. 4,5Fail rekod mengajar Buku teks Kimia Ting. 4Buku teks Kimia Ting. 5Buku amali Kimia Ting. 4 Fail PEKA Kimia   
2Ketua Panitia KimiaFail rekod mengajar Fail induk panitia Kimia Fail sokongan panitia Kimia Fail PEKA Panitia Kimia   
3Guru mata pelajaran Sains 1A, 3B, 3CFail rekod mengajarBuku teks Sains Tingkatan 1Buku teks Science Form 1 KSSM Buku teks Sains Ting. 2Buku teks Sains Ting. 3Fail Sains Ting. 1Fail Sains Ting. 3Fail guru PBS    
4Penyelaras DLPFail DLPPKP
5Setiausaha LDPFail LDP 1Fail LDP 2Fail LDP 3  Pn. Chiam Ai Hau
6Penyelaras Inovasi SekolahFail laporan inovasiEn. Daniel Simon
7Ketua Guru Penasihat Kelab KomputerFail Kelab KomputerPn. Alicia Teng Wei Yi

5.         Kedudukan Kewangan/Akaun dan Lain-Lain

            (Hanya perlu disediakan oleh pegawai-pegawai yang berkaitan sahaja)

  • TIDAK BERKENAAN –

6.         Fail Meja

BilTugasSenarai tanggungjawab
1Guru mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 Sains & 5 Sains  Merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran.Menyediakan persediaan mengajarMengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Membimbing pelajar memperolehi ilmu dan menguasai kemahiran serta mengamalkan nilai-nilai murni dan sikap yang positif. Membuat penilaian dan tindaksusul.Menjalankan inovasi Mengendalikan kelas bimbingan & kelas tambahan  
2Ketua Panitia Kimia  Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan. Merancang dan menyelaraskan strategi program peningkatan akademik. Mengurus dan mengemaskini fail panitia.Menyediakan Pelan Operasi, Pelan Taktikal dan Pelan Strategik bagi panitia Kimia. Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan ujian dan skema pemarkahan. Mengemaskini moderator mata pelajaran.  
3Guru mata pelajaran Sains Tingkatan 1A, 3B dan 3C  Merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran.Menyediakan persediaan mengajarMengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Membimbing pelajar memperolehi ilmu dan menguasai kemahiran serta mengamalkan nilai-nilai murni dan sikap yang positif. Membuat penilaian dan tindaksusul.Mengendalikan kelas tambahan, kelas bimbingan & kelas pecutan Melengkapkan pelaporan PBS dan KSSM Membimbing pelajar menjalankan amali & kerja projek serta merekodkannya  
4Penyelaras Program Dual Language Programme (DLP)  Menguruskan dan mengemaskini Fail DLP dari semasa ke semasa Merekodkan program-program DLP yang dijalankan di peringkat sekolah Melaporkan status tagging murid DLP pada setiap hari Jumaat Melaporkan rekod kehadiran murid DLP pada setiap hujung bulan Melaporkan keputusan ujian / peperiksaan murid DLP setiap kali tamat ujian / peperiksaan  
5Penyelaras Program Inovasi & Kajian Tindakan Sekolah  Merancang projek inovasi tahunan sekolah Mengumpulkan laporan projek inovasi guru pada setiap tahun. Membimbing guru-guru lain dalam melaksanakan projek inovasi / kajian tindakan  
6Pentaksir Mata Pelajaran Sains PT3  Menghadiri mesyuarat penyelarasan penskoran di peringkat PPD Menyemak skrip jawapan calon PT3 membuat moderasi penskoran  
7Penolong guru tingkatan 3C  Membantu guru tingkatan untuk: Merekod kedatangan pelajar.Memantau kerja pembersihan & keceriaan kelas pada awal pagi. Menyimpan data pelajar.Memantau perkembangan akademik pelajar dalam semua mata pelajaranMelibatkan pelajar dalam menghiaskan bilik darjah.Memantau rekod kehadiran pelajar semasa P&P serta rekod keberadaan guru dalam kelas (borang MMI)  
8Guru rumah sukan HijauMembantu pemilihan pelajar untuk menyertai pertandingan sukan di peringkat sekolah..Membantu ketua rumah sukan mengurus & memantau pelajar semasa KOARRS
9Guru penasihat Kadet PolisMengadakan sesi perjumpaanMemberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek badan beruniform seperti kawad kaki dan sebagainya. Menyediakan Perancangan Strategik, Taktikal & Operasi Kadet Polis  
10Ketua guru penasihat Kelab KomputerMengadakan sesi perjumpaan Memberikan ilmu pengetahun dan pendedahan mengenai kemahiran asas dalam komputer dan aplikasi perisian komputer.Membuat perancangan tahunan aktiviti Kelab KomputerMenyediakan Perancangan Strategik, Taktikal & Operasi Kelab Komputer  
11Setiausaha Latihan Dalam PerkhidmatanMembuat perancangan tahunan LDP. Menyelaras dan mengemaskini fail pengurusan LDP dari semasa ke semasa. Menyelaras & mengemaskini laman sesawang e-SPL KPM Menghadiri mesyuarat pengurusan LDP di peringkat PPD dan menghantar maklumat yang diperlukan. Memberi taklimat kepada guru-guru berkaitan aplikasi e-SPL KPM dan cara-cara mendaftar kehadiran kursus luar (KKL) dan book review.  
12Setiausaha Panitia SainsMenulis minit mesyuarat Panitia Sains sebanyak 4 kali setahun Menulis rekod perjumpaan kecil Panitia Sains  

7.         Manual Prosedur Kerja

-Rujuk Buku Panduan Staf –

LAMPIRAN SENARAI SERAHAN TUGAS

BilBahan / PeralatanPenerimaTanda tangan
1Buku teks Kimia Ting. 4,5Nur Atiqah 
2Buku teks Sains Ting. 1,2,3Yii Hea Lang 
3Fail rekod mengajarHipnee bin Piee (PKP) 
4Fail Panitia KimiaNur Atiqah 
5Fail Latihan Dalam Perkhidmatan Chiam Ai Hau 
6Fail Dual Language Programme Lau Ie Liing 
7Fail Sains Ting. 1,3Yii Hea Lang 
8Fail PBS SainsHipnee bin Piee (PKP) 
9Fail PEKA KimiaNur Atiqah 
10Laporan Projek Inovasi & Kajian TindakanDaniel Simon 

Baca Juga:Biasiswa Pinjaman Yayasan Terengganu 2021:Semak kelayakan & Cara Memohon

Muat Turun Nota Serah Tugas

Terima kasih. Semoga perkogsian tentang contoh nota serah tugas ini memudahkan anda untuk menyediakan nota serah tugas anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment