Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon & Semakan Kelayakan BYDPA 2021

Kepada pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D), sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 telah dibuka.
Para pelajar yang layak dipelawa memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini.
Untuk makluman, permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) adalah biasiswa yang dibuka setiap tahun yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam pasca siswazah yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Semua permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong perlu dilakukan secara atas talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA:Permohonan Jawatan Kelayakan SPM&PMR
Calon Yang Diutamakan Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
Pihak JPA memaklumkan bahawa calon-calon yang diutamakan dalam permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2021 adalah seperti berikut:
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.
- Pelajar tersebut telah menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni, teknologi, dan sebagainya.
- Pelajar tersebut mahir lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
Untuk jawatan kelayakan Diploma & Ijazah klik: Jawatan Kosong RISDA Kelulusan Diploma & Ijazah.
Bidang Yang Ditawarkan BYDPA 2021
Pelajar yang menyambung pengajian dalam berikut layak untuk membuat permohonan BYDPA
- Sains dan Teknologi
- Ekonomi
- Undang-Undang
- Kewangan Islam
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Senarai IPT Yang Layak Memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
Pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut layak untuk memohon BYDPA 2021 iaitu:
a) Bidang Sains dan Teknologi/Ekonomi/Undang-Undang
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
b) Bidang Kewangan Islam
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
- Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
- Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021
Syarat Permohonan
Pelajar yg ingin membuat permohonan Biasiswa Yg di-Pertuan Agong perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Pelajar ialah warganegara Malaysia.
- Umur pelajar tersebut tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021.
- Pelajar mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
- Pelajar mestilah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
- Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Baca Juga: Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Mudah Cepat Siap

Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan BYDPA Tahun 2021, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pemohonan BYDPA perlu dibuat melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG
- Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
- Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Muat turun dan turunkan tandatangan borang permohona tersebut.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Ketua Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA,
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan).
Baca Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat

Baca Juga:Permohonan GrEP MARA 2021:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2021
Tarikh Permohonan
Permohonan BYDPA untuk tahun 2021 telah dibuka mulai 15 Mac 2021 iaitu hari Isnin dan akan ditutup pada 9 April 2021 iaitu pada hari Jumaat.

Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan BYDPA yang ditandatangani iaitu:
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan).
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
- Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti atau institusi pengajian.
- Salinan sijil-sijil atau surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
- Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
- Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
- Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan (dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja).
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan BYDPA Tahun 2021, sila hubungi:
tel: 03-8885 3879/3569
atau email pertanyaan anda ke: penawaranldp@jpa.gov.my.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong BYDPA 2022