Harga Lesen Memandu Terkini 2022
Seiring dengan inflasi dan kadar kenaikan kos, harga lesen memandu 2022 mungkin juga menyaksikan sedikit perubahan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Secara umumnya, undang-undang di Malaysia menetapkan bahawa seseorang individu yang ingin mengambil lesen motorsikal (B2 atau B full) perlulah mencapai umur 16 tahun.
Sementara itu, bagi lesen memandu motorsikal had umur yang ditetapkan adalah 17 tahun, iaitu ketika anda berada di tingkatan 5 persekolahan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan kadar harga lesen memandu Malaysia terkini untuk rujukan semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Renew Lesen Memandu MyEG Online:Cara Renew Kaedah Bayaran & Harga Lesen
Kadar Harga Lesen Pusat Latihan Memandu
Bagi yang tidak tahu, harga mendapatkan lesen motorsikal atau kereta adalah berbeza mengikut institusi pusat memandu yang anda daftar.
Maka, harga lesen memandu 2022 juga akan berbeza – sesetengah pusat atau institusi memandu mungkin menawarkan harga yang lebih murah atau rendah berbanding pusat atau institusi memandu yang lain.
Semuanya bergantung pada pakej yang ditawarkan di pusat latihan memandu tersebut, ada yang sedikit mahal tapi menawarkan pakej belajar sampai lulus.
Artikel Lain: Cara Renew Lesen Memandu Online
Kadar Julat Harga Lesen Memandu
Bagi mengelakkan manipulasi dan kekeliruan, kerajaan Malaysia telah membantu menetapkan julat harga bagi mendapatkan lesen memandu.
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
Kadar harga yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:
- Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
- Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
- Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
- Lesen Kereta Automatik DA – RM1250 hingga Rm1500
Sesetengah pusat latihan mungkin sedikit mahal kerana turut mengenakan caj-caj tambahan seperti sewa kenderaan, kos pengangkutan (sekiranya diperlukan oleh pelajar) dan sebagainya namun harga yang dikenakan perlulah munasabah.
Sebagai pelanggan anda perlulah bijak membuat perbandingan dengan pusat memandu lain bagi mengetahui harga lesen memandu bagi tahun 2022.
Sekiranya anda ingin mengetahui pecahan harga yang ditetapkan oleh pihak JPJ, boleh lawati laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/kadar-bayaran-kelas-b2-jadual-fi-latihan-ujian-lesen-kelas-b2-sahaja
Baca Juga: Roda Darul Ehsan RiDE 2022 :Permohonan Subsidi Lesen Motosikal RM350
Perubahan Sistem Ujian Praktikal
Kelak kita akan menyaksikan terdapat perubahan dalam ujian praktikal dengan pegawai JPJ.
Selepas itu, kehadiran pegawai JPJ mungkin tidak lagi diperlukan dalam kenderaan sebaliknya sebuah kamera akan dipasang dalam kenderaan dan calon boleh dipantau melalui video secara langsung.
Selain itu, kaedah ini boleh menjamin ketelusan dan mengelakkan pegawai JPJ yang mungkin mengambil kesempatan terhadap calon atau pun mengelakkan calon cuba untuk merasuah pegawai JPJ.
Penggunaan kamera ini juga membolehkan lebih ramai calon mengambil ujian pada satu-satu masa kerana pihak JPJ tidak perlu memperuntukkan sejumlah anggota yang ramai untuk menguji calon ketika ujian praktikal.
Senarai Peraturan Baru Lesen Memandu Terkini 2022
Setiap sekolah memandu wajib kongsikan kadar bayaran harga baru lesen motor dan kereta untuk tahun 2022 samada belajar memandu di institut pusat latihan Selangor Kuala Lumpur Kl Putrajaya Melaka Negeri Sembilan Kedah Sabah Sarawak Perlis Perak Terengganu Kelantan Pulau Pinang Penang Langkawi Pahang Johor
Sekarang, setiap kenderaan akan dipasang kamera, bagi mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah
Selepas ini, tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi. YA. Bermakna selepas ini cara buat baru lesen memandu tanpa test jpj 2022 bermula. NANTIKAN!
Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya sistem video di dalam bilik ujian
Prosedur ini terpakai di semua institut, sekolah, kelas dan pusat belajar untuk ambil lesen memandu baik di Sabah Sarawak Melaka negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl Pulau Pinang Penang Labuan Putrajaya Johor Perak Kedah Pahang Kelantan Terengganu Perlis dan Selangor
Tips Check Harga Lesen Memandu
1. Pastikan kadar harga di tempat buat lesen memandu yang anda pilih dan ambil tidak melebihi julat maksimum yang kami kongsikan pada jadual di atas. Jikalau lebih, kami nasihatkan anda pilih di institut memandu di Malaysia yang lain. Banyak pilihan yang di luar sana.
2) Ada baiknya anda ambil pakej untuk motor dan kereta sekaligus di tempat belajar & institut latihan memandu, supaya dapat pakej harga yang lebih murah
3) Pastikan anda dapatkan sesi ujian dengan anggota JPJ di sebelah petang. Kebarangkalian yang lulus Ujian Praktikal JPJ sangat tinggi. Ini kerana pada ketika itu anggota jabatan pengangkutan jalan jpj sudah mula keletihan
4) Ada banyak jenis lesen, Antaranya lesen motosikal, lesen memandu kereta, E (bas atau lori) iaitu kelas lesen GDL, lesen psv bas
Cara Daftar Lesen Kali Pertama
Jika anda merasakan perkongsian cara mengambil lesen motor dan kereta ini bermanfaat untuk anak-anak, adik beradik dan family anda boleh kongsikan di FACEBOOK & WHATAPPS mereka
Daftar dan Cara Mengambil Lesen Motor
- Buat pendaftaran terus di pusat, institut, tempat ambil lesen motor murah yang anda inginkan
- Mengikuti kelas dan kursus untuk belajar selama 6 jam secara teori di pusat latihan memandu
- Ambil ujian komputer, mesti lulus dengan mata 42 dari 50 melibatkan ujian mata, ujian simbol, undang-undang dan papan serta peraturan jalan raya, soalan kejara
- Lulus ujian komputer, boleh dapat lesen L motor / motosikal anda
- Menjalani latihan belajar memandu / menunggang motosikal
- Ambil ujian JPJ untuk lesen P
- Jika lulus peraturan, anda layak guna lesen P untuk selama 2 tahun. Jika gagal, bayaran ulangan test jpj motor / kereta adalah subjektif tempat anda daftar.
- Selepas 2 tahun boleh tukar ke lesen memandu
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLM B40)
TERKINI, baru sahaja dilancarkan di mana program bantuan daftar lesen motor percuma atau memandu kereta free dari kerajaan Keluarga Malaysia diuruskan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ untuk golongan b40. Berdasar info yang kami terima:
- Syarat kelayakan agak mudah di mana nama anda tersenarai dalam sistem ekasih, nama tiada dalam senarai hitam JPJ dan polis PDRM, rakyat Malaysia dan tidak pernah ada lesen serta sihat tubuh badan. Itu sahaja
- Anda hanya perlu bayar RM20 sahaja dan selebihnya akan ditangung oleh kerajaan Malaysia sehingga anda dapat lesen. FREE & PERCUMA!
- Cara permohonan baca di Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang kadar harga lesen memandu Malaysia terkini ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com