Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

PROGRAM BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)

Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.

Turut hadir bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Zailani bin Haji Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).

Melalui inisiatif BLKM ini, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.

BLKM membantu mempermudahkan mereka dalam urusan harian dan juga dapat meningkatkan ekonomi mereka.

Namun yang membimbangkan kerajaan adalah golongan muda yang mempunyai risiko lebih tinggi dalam kemalangan jalan raya.

Melalui inisiatif BLKM, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin untuk mematuhi undang-undang di jalan raya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Baca Juga: Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir: Bantuan Automotif Keluarga Malaysia RM1000

Apakah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)?

Program BLKM amat signifikan dalam membantu dan memudahkan golongan sasar termasuklah masyarakat Orang Asli mendapatkan lesen memandu yang sah.

Program itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mewujudkan satu program bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhususkan kepada golongan B40 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2 (Motorsikal).

Untuk makluman anda, BLKM adalah sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Program CSR ini pertama kali dilaksanakan sejak tahun 1990an lagi menerusi Program ‘JPJ Bersama Rakyat‘ sebelum ditukar nama kepada ‘Program Satu Komuniti Satu JPJ‘ dan ‘Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin‘.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan BLKM ditujukan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Ketahui Juga: SULUNG:Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia

Syarat Kelayakan Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)

Calon yang terpilih diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu :

  • warganegara Malaysia
  • tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
  • sihat tubuh badan dan mental
  • tiada kecacatan fizikal
  • tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.

Kadar Bayaran Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)

Melalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar sebanyak RM20 dan bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.

Ketahui Lanjut: Permohonan Rayuan BKM: Cara Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

Cara Permohonan Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)

Setakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam e-Kasih.

Cara permohonan untuk menyertai program ini belum dimaklumkan oleh pihak JPJ.

Baca Juga: Peraturan Cermin Gelap JPJ TERKINI

Kenyataan Media (BLKM)

[BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA (BLKM)]

BERA, 13 Mac 2022 – Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah hadir merasmikan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM), di Kompleks Rakan Muda, Bera, hari ini.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu turut menyaksikan seramai 404 orang asli di Daerah Bera, Pahang, telah terpilih untuk diberikan Lesen Motosikal Kelas B2.

BLKM ini dikhususkan kepada masyarakat yang memerlukan, terutamanya yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu yang dikendalikan oleh Institut Memandu (IM).

Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyeru supaya penerima BLKM ini dapat menjadi contoh pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah dengan mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya, serta menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Hal ini bertepatan dengan Aspirasi Kerajaan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50%, menjelang tahun 2030.

Baca Di Sini: JPJeBID:Cara Daftar Daftar Login laman Bidaan No Pendaftaran Kenderaan JPJ jpjebid.jpj.gov.my

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Orang ramai boleh menghubungi JPJ terdekat atau saluran berikut untuk pertanyaan lanjut:

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Telefon : 03-8000 8000

E-mel: [email protected]

Laman web rasmi JPJ: jpj.gov.my

*Sumber : Berita RTM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BERNAMA

Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia ini dapat membantu anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

2 thoughts on “Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022”

Leave a Comment