Kelab Nuri Bank Rakyat:Cara Daftar Buka Akaun/Syarat Serta kelebihan Nuri
Kelab Nuri Bank Rakyat yang telah memasuki tahun ke-14 sejak penubuhannya kini menampilkan ciri terbaharu dengan pelbagai kemudahan serta keistimewaan bagi membolehkan ahlinya menikmati pakej dan tawaran eksklusif.
Antara ciri terbaharu yang diperkenalkan termasuk pengurangan yuran keahlian sebanyak RM25 berbanding RM50 sebelum ini dan juga tiada yuran pembaharuan bagi tahun berikutnya. Dengan yuran serendah RM25 sahaja, ahli Kelab Nuri layak untuk mendapatkan pelbagai manfaat keahlian serta peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.
Selain itu, pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan merupakan ahli Kelab Nuri berpeluang untuk mendapatkan insentif pendidikan melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM160,000 di bawah program “Nuri High Achiever”. Di samping itu, ahli kelab turut layak untuk mendapatkan perlindungan takaful sehingga RM2,000.
Ahli Kelab Nuri juga dapat menikmati diskaun eksklusif daripada 16 rakan dagang sedia ada kelab berkenaan antaranya Petrosains, Aquaria, Melaka Wonderland, Taman Mini Malaysia dan Kedai Canggih. Menerusi kemudahan ini, ahli kelab dapat menikmati potongan harga bagi setiap bayaran tiket masuk dan harga istimewa untuk barangan terpilih. Menjelang bulan Jun tahun ini, Kelab Nuri menyasarkan untuk bekerjasama dengan 50 rakan dagang aktif bagi menawarkan lebih manfaat kepada ahli kelab.
Berikut dikongsikan cara menjadi ahli kelab syarat menjadi ahli dan juga kelebihan menjadi ahli kelab nuri ini.
Baca Juga: Aktifkan Akaun Tabung Haji Tidak Aktif / Dorman
Kelab Nuri Bank Rakyat
Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar berkata, Kelab Nuri yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan salah satu inisiatif Bank Rakyat untuk mendidik generasi menabung dengan menggalakkan dan memupuk amalan menabung dalam kalangan anak muda termasuk kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun dan ke bawah.
Beliau menjelaskan bahawa kelab ini juga merupakan salah satu saluran untuk ibu bapa membuat tabungan secara berterusan menerusi Akaun Simpanan-i Nuri untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah demi masa depan yang lebih terjamin lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan menyeru ibu bapa dan pelajar untuk mengambil peluang ini dengan memanfaatkan insentif pendidikan yang ditawarkan untuk ahli Kelab Nuri.
Tambah Dato’ Syed Abdul Aziz, Bank Rakyat juga giat dalam menganjurkan inisiatif terhadap pembangunan modal insan negara serta melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi menerusi bantuan pendidikan dan aktiviti berunsurkan pembelajaran.
“Bazar Ramadan Nuri Teenpreneurship” di MRSM Arau, Perlis
Pada 30 April dan 5 Mei lalu, Bank berkenaan mengadakan program “Bazar Ramadan Nuri Teenpreneurship” di tiga buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) iaitu MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka, MRSM Arau, Perlis dan MRSM Kuantan, Pahang.
“Bazar Ramadan Nuri Teenpreneurship” ini yang disertai oleh lebih 2,200 orang pelajar, berkonsepkan hari kantin sekolah yang mana mereka diberikan modal untuk berniaga dan membuka gerai masing-masing dalam kawasan sekolah.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, pendedahan pada usia muda dalam program keusahawanan sebegini perlu diperbanyakkan lagi kerana ia merupakan inisiatif penting dalam menjana generasi muda yang kreatif dan berinovasi dan seterusnya membantu mencapai aspirasi untuk menjadi negara keusahawanan (entrepreneurial nation).
“Bank juga dalam perancangan untuk mengadakan aktiviti berunsur keusahawanan dari semasa ke semasa menerusi platform baharu dan sedia ada dengan kerjasama sekolah serta institusi pengajian tinggi untuk memberi lebih manfaat dan kebaikan kepada komuniti,” ujar Nizam Sani.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Nuri boleh mendaftar di cawangan Bank Rakyat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat 1300 80 5454, laman sesawang rasmi Bank Rakyat www.bankrakyat.com.my dan kunjungi laman media sosial rasmi myBANKRAKYAT
Baca Juga; Sijil Digital Vaksinasi:Semakan, Download Sijil MySejahtera & Juga Bukti Manual Vaksin
Terma & Syarat-syarat Keahlian
Syarat keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja.
Baca Juga: Doa Mudah Jodoh Lelaki:Doa & Amalan Mudah Bertemu Jodoh InsyaAllah
Cara Pendaftaran Kelab Nuri Bank Rakyat
1. Yuran keahlian RM25 setahun bagi tahun pertama dan RM10 setahun bagi tahun berikutnya
2. Pendaftaran boleh dibuat melalui:-
- Mana-mana Cawangan Bank Rakyat;
- Mikrosite Kelab Nuri (www.kelabnuri.com.my); atau
- Bas Nuri.
Baca Juga; Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
Keistimewaan Kelab Nuri Bank Rakyat
1. Pemberian hadiah wang tunai dalam bentuk Akaun Simpanan-i Nuri / Akaun Simpanan-i Bank Rakyat
2. Kad keahlian Kelab Nuri yang dilengkapi dengan;-
- Diskaun eksklusif dari pedagang-pedagang terpilih
- Perlindungan Takaful berkelompok
- Tawaran potongan harga pembelian barangan Kelab Nuri
- Keutamaan untuk menyertai program-program anjuran Kelab Nuri seperti: –
– Menyertai Kem Cuti Sekolah
– Turut serta dalam pertandingan anjuran Kelab Nuri
– Kenali rakan baru menerusi aktviti berkumpulan dan banyak lagi
Baca juga : Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4
Kad Keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat
1. Kad ini tidak boleh dipindah milik
2. Kad ini adalah kepunyaan Kelab Nuri Bank Rakyat
3. Kad ini bukan kad caj atau kad kredit
4. Bank Rakyat mempunyai hak untuk mengubahsuai terma dan syarat serta keistimewaan kad tanpa sebarang notis, sekiranya terdapat sebarang pertikaian, keputusan Bank Rakyat adalah muktamad
5. Penggunaan kad ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat Kelab Nuri Bank Rakyat
Baca Juga: Renew Roadtax Insurans MyEG:Cara Renew Online Mudah Guna MyEG
Pembatalan Keahlian Kelab Nuri Bank Rakyat
1. Pembatalan keahlian serta-merta apabila ahli melebihi umur 18 tahun
Baca Juga: Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan
Lain-lain Maklumat Berkaitan i-Nuri Bank Rakyat
1. Keahlian Kelab Nuri ini adalah tertakluk kepada kelulusan Bank Rakyat Sepenuhnya
2. Bank Rakyat mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau menyiarkan nama dan gambar ahli untuk tujuan promosi di dalam akhbar, majalah, lama sesawang korporat Bank Rakyat, atau mana-mana saluran media yang bersesuaian.
3. Melainkan diperuntukkan secara khusus atau sebaliknya, Bank Rakyat mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan atau menambah mana-mana terma dan syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu di laman web bank atau sebarang medium komunikasi yang bersesuaian. Pelanggan adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan, pemotongan atau penambahan tersebut.
Baca Juga: SIMPENI KAFA:Cara Login Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)
Soalan Lazim
1.Apakah syarat keahlian kelab nuri bank rakyat?
Kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun ke bawah.
2.Apakah keistimewaan kelab nuri bank rakyat?
Ahli Kelab Nuri Bank Rakyat dapat menikmati keistimewaan berikut:
- Diskaun eksklusif daripada rakan dagang terpilih.
- Perlindungan takaful berkelompok.
- Tawaran diskaun bagi pembelian barangan Kelab Nuri.
- Diberi keutamaan untuk menyertai program anjuran Kelab Nuri seperti Kem Cuti Sekolah, penyertaan untuk pertandingan anjuran Kelab Nuri dan aktiviti berkumpulan.
3.Dimanakah untuk mendaftar keahlian?
- Cawangan Bank Rakyat
- Laman sesawang Kelab Nuri (www.kelabnuri.com.my)
- Bas Nuri (maklumat lokasi boleh didapati di laman sesawang Kelab Nuri)
4.Sekiranya ahli kelabnuri bank rakyat mencapai umur 19 tahun dan ke atas, adakah keahliannya akan terbatal serta-merta?
Ya dan kad keahlian tidak boleh digunakan lagi.
5.Bagaimanakah status ahli kelabnuri bank rakyat yang pernah mendaftar sebelum ini?
Bank Rakyat telah menambah baik serta membuat pembaharuan untuk Kelab Nuri Bank Rakyat. Sehubungan dengan itu, ahli yang pernah mendaftar sebelum ini perlu membuat pendafataran sebagai ahli baharu dengan yuran keahlian.
6.Bagaimanakah ahli kelab nuri boleh mengetahui maklumat lebih lanjut?
Maklumat lanjut menerusi saluran komunikasi rasmi berikut:
Pusat Panggilan: 1300 80 5454
- www.bankrakyat.com.my
- www.kelabnuri.com.my
- Media sosial Bank Rakyat (Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda):
- Facebook: www.facebook.com/myBANKRAKYAT
- Twitter: www.twitter.com/myBANKRAKYAT
- Instagram: www.instagram.com/myBANKRAKYAT
Baca Juga: e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1 300 80 5454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari www.kelabnuri.com.my atau lama sesawang bank www.bankrakyat.com.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara daftar akaun Kelab Nuri Bank Rakyat ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan