Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs:Update Maklumat Diri/ No Telefon DLL
Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs sekiranya anda ingin memasukkan maklumat baru yang telah berubah atau maklumat lain jika perlu. Anda telah mendaftar MyFutureJobs, namun mungkin belum rezeki untuk mendapatkan kerja. Untuk memudahkan kreatiria kerja anda mudah dipadankan, atau ada perubahan akademik yang ingin anda tambah, anda perlu kemaskini MyFUTUREJobs. Berikut adalah cara untuk kemaskini portal maklumat dalam MyFUTUREJobs.
Baca Juga: PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Di MyFutureJobs
Mengemaskini maklumat terkini anda adalah penting kerana ianya membantu untuk memudahkan padanan kerja kepada anda dan membuka lebih peluang bagi pencarian kerja. Untuk itu, kemaskini MyFutureJobs anda mengikut maklumat yang betul.
Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu dikemaskini jika ada perubahan :
- Personal Information
- CV
- Desire Jobs
- Education
- Training
- Skills
- Certificate & Supporting Document
Bagi anda yang belum mendaftar portal MyFutureJobs ketahui maklumat cara daftar di: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)
Cara Kemaskini Maklumat MyFutureJobs
Berikut adalah cara untuk kemaskini MyFUTUREJobs :
- Layari portal rasmi MYFutureJobs atau klik pada pautan MYFUTUREJOBS
- Klik butang Log Masuk Pekerja.
- Masukkan No MyKad anda tanpa (-) contoh 900000000000
- Masukkan kata laluan anda dan tekan sign in.
- Pada menu pilihan profile, anda boleh pilih mana-mana maklumat yang ingin dikemaskini.
- Tekan pada kotak Edit untuk mengemaskini maklumat.
- Masukkan maklumat yang terkini.
- Untuk memuat naik CV anda yang baharu, sila tekan Remove pada CV yang lama. Kemudian tekan Upload untuk muat naik CV yang baharu.
- Pada menu Desire Jobs, anda boleh menambah pengalaman kerja anda yang baru.
- Tekan pada kotak Add another experience dan anda boleh menekan logo sampah jika ingin membuang yang lama.
- Pada bahagian Education, sila kemaskini jika ada perubahan seperti maklumat Pendidikan, Bahasa, dan lesen memandu.
- Sila tekan pada butang pensel untuk kemaskini dan logo sampah untuk memadam maklumat.
- Apabila anda membuat kemaskini maklumat, sila masukkan maklumat berkaitan pada bahagian Certificate and Supporting Document untuk menyokong kemaskini maklumat yang anda buat.
- Setelah selesai klik pada butang Continue to References dan Kembali ke Profile anda. Kemaskini Maklumat MyFutureJobs
Diharapkan anda membuat kemaskini MyFUTUREJobs untuk membolehkan padanan kerja anda lebih cepat dan tepat.
Untuk menyemak senarai bantuan bagi tahun 2022 baca: Bantuan Kerajaan 2022:Senarai Bantuan Disediakan Kerajaan 2022
Fungsi MyFutureJobs
MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan bagi menggantikan portal JobMalaysia yang digunakan sebelum ini.
MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Kemaskini Maklumat MyFutureJobs
Para pencari pekerjaan dan majikan disaran mendaftar dengan Portal MyFutureJobs kerana portal ini adalah tempat carian utama untuk mencari kerja di Malaysia.
Wajib Baca: Makna Bacaan Dalam Solat
Soalan Lazim
1.Perlukah saya kemaskini MyFUTUREJobs jika saya mempunyai kemahiran Bahasa yang baharu?
Perlu, kemahiran bahasa amat penting dan antara kretiria yang dinilai bagi pekerja dan majikan. Kemaskini Maklumat MyFutureJobs
2.Apakah perlu saya lakukan jika terlupa kata laluan MyFUTUREJobs?
Pada paparan sign in, sila tekan butang Forgot your password? Dan anda akan diminta untuk memasukkan nombor IC. Kemudian anda akan diberikan arahan untuk memasukkan kata laluan yang baharu.
3.Saya telah kehilangan kerja. Adakah program yang ditawarkan oleh MyFUTUREJobs untuk membantu saya?
Anda boleh menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula. Syarat kelayakan adalah seseorang itu mestilah boleh dan bersedia untuk bekerja dan mecari pekerjaan secara aktif seperti yang termaktub dibawah Seksyen 44(2)(b) Akta SIP.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang cara kemaskini maklumat MyFutureJobs, sila hubungi MyFUTUREJobs melalui Talian Khidmat Pelanggan di 1 300 22 8000 atau melalui emel ke perkeso@perkeso.gov.my atau melalui pejabat PERKESO terdekat. Kemaskini Maklumat MyFutureJobs
- Layari https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/hubungi-kami/ untuk bantuan mengikut negeri
- Emel : penjanakerjaya@perkeso.gov.my
- Talian : 03-8091 5300 / 1-300-22-8000
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara kemaskini maklumat portal MyFutureJobs ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com