Maybank Trade:Cara Buka Akaun CDS & Pelaburan Online Maybank2u
Cara guna Maybank trade adalah perkongsian cara membuat pelaburan melalui platform bank terkemuka Malaysia iaitu Maybank melalui mybank2u onlie. Masyarakat hari ini tidak boleh hanya bergantung kepada pendapatan yang diterima setiap bulan. Ini kerana peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari turut menjejaskan kehidupan seharian. Bagi yang berkemampuan serta memiliki sedikit modal, adalah lebih baik berjinak – jinak dengan dunia pelaburan yang boleh memberi sedikit keuntungan. Malah, keuntungan hasil pelaburan yang dimiliki membolehkan seseorang individu hidup dalam zon selesa.
Maybank trade ialah satu platform pelaburan online yang boleh diceburi oleh pengguna yang ditawarkan oleh pihak Maybank melalui portal perbankan internet mereka iaitu Maybank2u. Ramai lagi yang belum mengetahui tentang Maybank trade ini, di sini keptennews berkongsikan serba sedikit maklumat tentang Maybank trade ini yang mana boleh menjadi income tambahan kepada pengguna dan juga boleh menjadi sumber pendapatan utama jika kena dengan caranya.
Kalau dahulu mungkin agak sukar untuk menceburi bidang pelaburan, namun kini proses untuk melaksanakannya agak mudah dan pantas. Anda juga boleh menggunakan apps tertentu hanya di telefon bimbit sahaja dan boleh mula melabur dengan mudah.Sebelum boleh melakukan pelaburan saham menggunakan aplikasi Maybank Trade, anda perlu membuka akaun CDS terlebih dahulu.
Baca Juga: Cara Guna Google Form: Cara Buat Google Form Kuiz & Kehadiran Online
Cara Buka Akaun CDS Maybank Trade
Cara untuk membuka akaun CDS Maybank trade adalah seperti berikut :
- Datang ke mana – mana cawangan Maybank Investment Bank terdekat
- Isi borang Individual Trading Account Application, CDS Account Form Bursa Malaysia, Common Reporting Standard “CRS” Declaration
- Sertakan 7 salinan kad pengenalan, 3 salinan penyata bank (3 bulan terkini) dan 1 salinan slip gaji terkini
- Isi maklumat di bahagian berkenaan pada borang “Individual Trading Account Application Form” seperti product, Internet (pilih M2U online sekiranya mempunyai Maybank2U), customer infomation, occupation, bank particulars, spouse / next of kin, investment objectives dan additional information
- Tandatangan pada borang di Signature of Applicant, Account Opening Form – Supplementary Form, PDPA Form for Individual Customers, Form W-8BEN, Client Declaration Statement Letter, Addendum to Terms & Conditions for Securities Trading, Standing Instruction
- Hantar borang ke cawangan yang bank yang berkenaan bersama bayaran RM 10.00 untuk yuran pembukaan akaun CDS dan juga RM 10.00 untuk caj duti setem surat tawaran
- Anda akan menerima satu emel bagi pengesahan akaun CDS anda dan boleh layari Maybank2U anda untuk mengaktifkan akaun tersebut
Baca Juga; Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1
Apa Perlu Buat Selepas Berjaya Buka Akaun CDS?
Anda dah berjaya buka akaun saham (CDS) Maybank dan dah pun terima emel pengaktifan akaun dari Maybank Investment Trade?
Maka langkah seterusnya sebelum boleh beli saham adalah dengan memasukkan duit ke dalam akaun trading. Sekarang dah senang, boleh transfer terus menggunakan online banking. Bagi pemegang akaun simpanan Maybank, lagilah senang, boleh guna Maybank2U.
- Login ke Maybank2u
- Pilih Accounts & Banking
- Pilih Bill Payments
- Pilih Make a One-Off Payments
- Pilih Securities, klik Continue
- Pilih Maybank Investment Berhad, klik Continue
- Masukkan jumlah amaun yang ingin dipindahkan. Isi ruang Trading Account No. Isi “TRUST” di ruang Bill Reference No
- Klik Request TAC, Isikan nombor TAC yang diterima melalui SMS, klik Confirm
Cara Aktifkan Akaun Trade Online
Untuk mengaktifkan akaun dagangan Maybank trade anda dalam talian:
- Setelah mendapat kelulusan akaun CDS, layari laman web Maybank2u dan log masuk
- Pilih “Pelaburan”
- Pilih “Stok Dalam Talian”
- Pilih “Maklumat Pasaran Sebenar”
- Klik pada “Aktifkan Akaun”
- Pilih “Pusat Pelaburan Saham Maybank” Maybank trade pada halaman “Selamat Datang” Saham Dalam Talian
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik “Submit”
- Pilih pusat pelaburan anda. Contoh “14057-Jalan Ampang” sebagai Pusat Pelaburan Saham yang ditetapkan
- Anda kemudian akan diarahkan ke halaman Utama Saham Dalam Talian
- Klik pada “Petikan Langsung” untuk melihat stok yang anda mahukan
- Kini anda boleh memulakan dagangan Maybank trade anda.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Cara Membuat Pelaburan Maybank Trade
Cara membuat pelaburan di Maybank Trade melalui Maybank2u adalah seperti berikut
- Log in akaun Maybank2u dengan memasukkan username dan password anda
- Klik butang Investment, Online Stocks dan Real Time Market Info Maybank trade.
- Anda akan dapat melihat snapshot KLCI pada hari tersebut yang terletak di bahagian paling kanan, manakala di bahagian atas navigation melintang pula merupakan access untuk saham.
- Terdapat dua item yang perlu anda tahu iaitu Live Quotes dan Online Enquiries. Live Quotes merupakan access masuk ke real – time Bursa Malaysia manakala Online Enquiries pula akan memaparkan akaun anda secara terperinci iaitu summary, portfolio dan lain – lain.
- Setiap kaunter akan memaparkan simbol yang berkaitan dengan kaunter tersebut. Contohnya, sekiranya terdapat tanda ‘0’ di sebelah, ini bermakna kaunter Maybank trade tersebut adalah patuh Syariah.
- Sekiranya anda memasuki Live Quotes, anda akan dapat melihat maklumat terperinci dagangan kaunter tersebut seperti best buy, volume, best sell dan sebagainya.
- Sebaiknya anda telah membuat kajian terlebih dahulu sekiranya berminat untuk membeli sesuatu saham. Pembelian minima adalah sebanyak 100 unit saham.
- Taip nama saham yang anda kehendaki dan klik butang Search.
- Semak nama dan kod saham.
- Lihat harga semasa saham, sekiranya berminat klik butang Buy.
- Masukkan kuantiti dan harga kemudian klik OK.
- Masukkan password untuk mengesahkan pembelian anda dan klik butang OK.
- Setelah membuat pembelian unit saham, anda akan dapat melihat harga yang perlu dibayar termasuk kos pengurusan sebelum permohonan anda dihantar ke Bursa Malaysia.
- Semak status pembelian di menu Order Status
- Anda perlu mengulangi langkah yang sama jika ingin menjual saham Maybank trade.
Secara umumnya, cara menjual beli saham di Bursa Malaysia secara online adalah sangat mudah dan begitu menjimatkan masa.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Kelebihan Rakuten Trade Berbanding Maybank
Bagi yang berminat boleh juga mencuba Rakuten Trade. Antara kelebihan Rakuten Trade berbanding Maybank trade
- 100% online, pendaftaran, pembukaan akaun CDS, broker semua online. Didaftarkan dalam 2 jam dari laman Rakuten. Tidak payah ke sana sini
- Cuma perlu hantar Dokumen Sokongan secara online , tidak payah ke mana mana cawangan
- Boleh trade dalam 2 jam selepas membuat pendaftaran. Senang dan cepat
- Semua transaksi dibuat secara online, tidak payah kemana-mana untuk update akaun CDS , broker
Daftaf Kelahiran Online JPN di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyan berkaitan cara guna Maybank trade layari maybank2u.com atau hubungi Maybank berhampiran anda.
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara guna Maybank trade ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com