Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1

Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1

Permohonan kemasukan ke sekolah seni Malaysia SSeM kini dibuka untuk permohonan. Kementerian Pendidikan melalui https://essem.moe.gov.my mempelawa mereka yang mempunyai anak yang berminat dan layak untuk membuat permohonan secara atas talian sebelum permohonan ditutup.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 1 (eSSeM) untuk sesi 2022 telah dibuka.

Permohonan dibuka kepada calon yang berminat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Pelajar yang berminat boleh cuba untuk memohon melalui aplikasi permohononan iaitu e-SSeM. Untuk maklumat lebih lanjut, teruskan bacaan anda.

Pengumuman RASMI KPM:

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022 AKAN DI BUKA PADA 15 JULAI 2021 (KHAMIS) SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021.

Sekolah Seni Malaysia SSeM:Syarat & Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1

Bagi pelajar yang ingin melanjutka pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Apa Itu Sekolah Seni Malaysia SSeM

Untuk makluman, SSeM ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada pelajar yang berminat untuk berkarya dalam bidang seni unntuk meluaskan lagi pengalaman dan menambah ilmu dalam bidang seni yang diminati.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, SSeM berkonsepkan Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.

Akaun SSPN kini boleh dibuka secara atas talian klik: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online

Murid-murid yang memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) untuk penilaian bakat-bakat murid.

Syarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia SSeM

Permohonan ke SSeM tertakluk kepada beberapa syarat kemasukan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian sama ada Seni Visual/Tari/Teater/Muzik.
  3. Pemohon sihat tubuh badan
  4. Hanya permohonan secara atas talian atau online akan diproses.

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Syarat Kemasukan Sekolah Seni Malaysia SSeM

Murid-murid yang berminat untuk memasuki SSeM perlu memenuhi beberapa syarat kemasukan iaitu:

  1. Calon perlulah lulus semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Akhir Tahun (semasa di Tahun 5) sekurang-kurangnya 3B (mengikut subjek UPSR).
  2. Calon mestilah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  3. Calon mestilah lulus Uji Bakat yang dilaksanakan secara dalam talian.
  4. Calon juga bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  5. Calon yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  6. Rekod kesihatan calon perlulah dikemukakan.
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon didapati memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021

Cara Permohonan Sekolah Seni Malaysia

Calon-calon yang berminat untuk memohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman web https://essem.moe.gov.my/.
  2. Klik link ‘Daftar Kali Pertama’ untuk mendaftar.
  3. Isikan no kad pengenalan, kata Laluan, soalan keselamatan dan jawapan dengan lengkap.
  4. Klik butang ‘Daftar’ dan maklumat pendaftaran akan dipaparkan dan pengguna boleh mencetak maklumat pendaftaran.
  5. Klik ‘Isi Borang’ untuk meneruskan permohonan.
  6. Isi maklumat yang mengandungi:
    i) Maklumat pemohon
    ii) Maklumat keluarga
    iii) Maklumat kokurikulum dan kepimpinan
  7. Klik butang ‘Simpan’ di akhir setiap paparan.
  8. Setelah selesai mengisi ketiga-tiga maklumat tersebut, klik butang ‘Hantar.’

Baca Juga: Permohonan Bantuan JKM Online

Soalan Lazim

1.Berapakah jumlah SekolahSeni Malaysia dan di manakah lokasinya?

Sehingga kini, terdapat 4 buah SSeM di seluruh Malaysia iaitu:

  1. Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ), Masai Johor
  2. Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS), Kuching Sarawak
  3. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Kuala Lumpur
  4. Program Pendidikan Seni SMK Muhibbah Kampung Baharu, Sungai Siput Perak

Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni :

  1. Program Pendidikan Seni, SMK Elopura, Sandakan Sabah

2.Apakah bidang kesenian yang ditawarkan di SekolahSeni Malaysia dan di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni?

Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  1. Muzik
  2. Tari
  3. Teater
  4. Seni Visual

3.Adakah murid akan mempelajari kesemua bidang kesenian ini semasa tingkatan 1 hingga 5?

Semasa di tingkatan 1 – tingkatan 3, murid akan mempelajari keempat- empat bidang kesenian iaitu :

  • Muzik
  • Tari
  • Teater
  • Seni Visual

Bagi tingkatan 4 – 5, pelajar akan memilih Hanya satu bidang pengkhususan kesenian daripada enam mata pelajaran berikut :

  1. Muzik
  2. tari
  3. Teater
  4. Seni Halus
  5. Komunikasi Visual
  6. Reka Bentuk

4.Bilakah sesi uji bakat pemilihan murid diadakan?

  • Bagi permohonan kemasukan 2022, uji bakat dilaksanakan melalui rakaman video. Calon yang membuat permohonan perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan.
  • Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).
  • Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat.
  • Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan No KP Pemohon (rujuk panduan yang diberikan dalam borang permohonan yang telah dimuat turun).
  • Sila muat naik fail tersebut ke dalam google drive masing-masing. Dapatkan pautan (link) dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan.
  • Calon perlu hantar rakaman video yang disediakan selewat-lewatnya 30 Oktober 2021.

5.Bilakah semakan status permohonan masuk ke Sekolah SeniMalaysia atau Program Pendidikan Seni dapat dibuat?

Status permohonan masuk ke Sekolah SeniMalaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan Disember 2021/Januari 2022 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan).

6.Bagaimanakah pengumuman keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dapat diketahui?

Semakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

7.Saya telah berhubung dengan pihak Sekolah Seni Malaysia Johor dan dimaklumkan ada kekosongan di sana. Bolehkah saya daftarkan anak saya di sekolah tersebut?

Tidak. Penempatan murid di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, dibuat oleh pihak Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian dengan kelulusan Pengarah.

8. Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, berpeluang menerima mana-mana biasiswa atau bantuan kewangan?

Murid SekolahSeni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, yang layak, berpeluang menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM) atau lain-lain bentuk bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).

9. Adakah murid Sekolah SeniMalaysia atau Program Pendidikan Seni boleh pergi ke kelas tambahan kesenian di luar sekolah?

Tidak. Kebenaran ke kelas tambahan kesenian bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Pengetua.

10. Adakah murid SekolahSeni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh melibatkan diri dengan program atau aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar atau Kementerian lain?

Murid boleh melibatkan diri dalam program atau aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar atau Kementerian lain dengan kebenaran Pengetua.

11. Bolehkah murid SekolahSeni Malaysia atau Program Pendidikan Seni memohon berpindah keluar sekolah pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian (tingkatan 1– 5)?

Boleh, namun tidak digalakkan.

12. Bagaimanakah cara permohonan berpindah keluar sekolah dibuat?

Ibu bapa atau penjaga perlu mengemukakan surat permohonan pertukaran sekolah kepada Pengetua.

13. Bolehkah murid-murid SekolahSeni Malaysia atau Program Pendidikan Seni berpindah ke sekolah seni yang lain?

Tidak boleh.

14. Bolehkah murid-murid Sekolah SeniMalaysia atau Program Pendidikan Seni pulang ke rumah setiap minggu?

Tidak boleh. Murid-murid hanya dibenarkan pulang bermalam di rumah hanya sekali dalam sebulan.

15. Siapakah yang dapat dihubungi sekiranya saya perlukan maklumat lanjut berkaitan Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Sistem Aplikasi Dalam Talian di talian 03 8872 1616 / 03 8872 1760 atau emel ke [email protected]

Baca Juga: Inisiatif Cerdik.org: Semak Kelayakan Bantuan Peranti / Laptop Pelajar B40

Permohonan Rayuan Kemasukan Murid Sekolah Seni Malaysia SSeM

1.Bolehkah rayuan kemasukan ke Sekolah SeniMalaysia atau Program Pendidikan Seni dibuat?

Boleh. Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

2. Bagaimanakah cara membuat rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?

Rayuan kemasukan ke SekolahSeni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

3. Bilakah keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni dapat diketahui?

Keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.

4. Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan saya?

Semakan keputusan permohonan rayuan ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan mengenai pendaftaran, calon boleh menghubungi:

  • Pn Zuraini Binti Abu Hassan: 03-88721616
  • En Jamil Hamzah Bin Sazali: 03-88721620

Atau anda boleh emelkan pertanyaan ke [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment