MBSB Online:Cara Daftar Login MBSB Online mbsbjourney.com
MBSB Online melalui mbsbjourney.com perbankan internet MBSB Bank. Pada kemajuan dalam teknologi zaman sekarang telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan, termasuk dalam pelbagai perkhidmatan digunakan setakat ini. Dengan sokongan internet, perkhidmatan perbankan adalah salah satu yang telah mengalami banyak perubahan dan kemajuan.
MBSB Bank telah perkenalkan perkhidmatan online banking untuk kemudahan pengguna. Bagaimana cara daftar MBSB online banking? Disini kami kongsikan caranya untuk daftar dan login MBSB Online, semoga membantu.
Baca Juga: Bayar Bil IndahWater Online:Semak Bil & Bayar Perbankan Internet & JomPay
Apa Itu MBSB Bank
MBSB Bank merupakan salah satu bank yang menjalankan perniagaan perbankan Islam di Malaysia. MBSB Bank telah diberikan lesen oleh BNM (Bank Negara Malaysia) serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah akta perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013.
MBSB Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Deposit Bertempoh, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Hartanah dan lain-lain.
MBSB Bank Berhad telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan Perbankan Islam. MBSB Bank dikawal selia dan diawasi oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013.
MBSB Bank Berhad, sebuah bank yang menjalankan Perbankan Islam sepenuhnya, diperbadankan pada 28 November 2005 dan merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Building Society Berhad.
Pada 6 November 2017, MBSB telah menandatangani Perjanjian Saham & Pembelian dengan pemegang saham Asian Finance Bank Berhad (“AFB / Vendors”) untuk cadangan pengambilalihan oleh MBSB bagi keseluruhan kepentingan ekuiti dalam AFB untuk pertimbangan pembelian agregat sebanyak RM644,952,807.66 dengan cara tunai berjumlah RM396,894,036.26 dan pengeluaran 225,507,974 Saham Pertimbangan pada harga terbitan RM1.10 setiap Saham Pertimbangan (“Perolehan”).
Perolehan ini telah diluluskan oleh pemegang saham MBSB pada 23 Januari 2018. Para pemegang saham juga meluluskan pemindahan Aset dan Liabiliti yang Patuh Syariah MBSB kepada AFB melalui Skim Pengaturan Ahli.
Selaras dengan kelulusan yang disebutkan dan setelah selesai pemindahan saham dan pembayaran baki pertimbangan pembelian kepada Vendor, AFB menjadi anak syarikat milik penuh Malaysia Building Society Berhad pada 7 Februari 2018.
AFB telah membuat penjenaman semula dan pada 2 APRIL 2018 ia menukar namanya kepada MBSB Bank Berhad.
Ketahui Juga: Kelab Nuri Bank Rakyat:Cara Daftar Buka Akaun/Syarat Serta kelebihan Nuri
Dokumen Perlu Ada Untuk Pendaftaran MBSB Online
Untuk pendaftaran kali pertama MBSB online , anda hendaklah sediakan:
- Nombor kad debit/kredit
- PIN kad debit/kredit
- Telefon nombor yang telah didaftarkan
Artikel Lain: Maybank Zest-i:Cara Buka Akaun Online,Semakan Pemenang Cabutan&Syarat Kelayakan Cabutan
Cara Daftar MBSB Online Perbankan Internet MBSB
Terlebih dahulu, sebelum anda daftar MBSB online banking, anda seharusnya mempunyai akaun MBSB Bank yang aktif . Berikut adalah cara daftar MBSB Online Banking:
- Layari laman rasmi MBSB: https://www.mbsbjourney.com/rib/
- Tekan butang NEW USER?REGISTER NOW.
- Terdapat dua pilihan untuk daftar iaitu:
- Debit card
- Financing Account
- Sekiranya anda pilih debit card tekan Register Now
- Masukkan No Debit card anda
- Masukkan 6 Digit Pin anda
- Masukkan Catcha yang tertera,
- Tekan Next
- Sekiranya anda pilih Financing Account tekan Register Now
- Masukkan Financing Account No anda
- Pilih ID Type – Sekiranya pilih new IC
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Masukkan Catcha yang tertera,
- Tekan Next
- Seterusnya masukkan maklumat peribadi Anda pada bahagian Personal Details.
- Kemudian ikuti panduan seterusnya sehingga pendaftaran Anda berjaya.
- Selesai
Baca Juga: Tukar No Telefon CIMB:Kemaskini Untuk Kegunaan Iternet Banking (CIMB Click) MBSB online
Cara Login MBSB Online mbsbjourney.com
Setelah anda selesai proses pendaftaran di atas, anda sudah boleh login akaun MBSB online anda. Berikut adalah cara LOGIN kali pertama:
- Layari laman web MBSB Obline Banking:https://www.mbsbjourney.com/rib/
- Masukkan USERNAME anda, tekan Login.
- Gambar Keselamatan anda akan terpapar. Klik Yes
- Masukkan password anda.
- Tekan Login
- Anda telah berjaya login akaun MBSB Online Banking anda
Baca Juga: Permohonan Moratorium PEMULIH 3.0:Borang Permohonan Online Terkini Semua Bank
Soalan Lazim
1.Apakah perkhidmatan yang disediakan MBSB Online Banking?
Perkhidmatan yang disediakan MBSB online:
- Bayaran Balik Pembiayaan
- Bayaran pukal (Kemudahan Pembayaran Gaji)
- Deposit Bertempoh (Pelaburan dan Pengeluaran)
- DuitNow
- DuitNow Pindahan dana melalui nombor akaun (Instant Transfer)
- JomPAY
- Pengurusan ID DuitNow
- Pindahan dana antara akaun di dalam MBSB Bank
- Pindahan dana antara bank di dalam Malaysia (IBG)
- Pindahan Telegrafik Mata Wang Asing ke bank di luar Malaysia menerusi sistem SWIFT RENTAS
2.Bagaimana jika saya terlupa nombor PIN dan memasukkan PIN yang salah beberapa kali?
Percubaan PIN adalah maksimum 3 kali berturut-turut. Percubaan yang salah pada kali keempat secara berturut, status kad akan disekat secara automatik. Pengiraan pengesahan PIN akan digabungkan antara terminal (CRM) dan Perbankan Internet. Sebagai contoh, 2 percubaan PIN yang salah di terminal (CRM) dan 1 percubaan PIN yang salah di Perbankan Internet akan dikira secara kolektif sebanyak 3 kali. Oleh itu, sila terus ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk permohonan PIN baru.
3.Bolehkah saya menukar PIN Kad Debit-i Visa MBSB Bank? Bagaimanakah caranya untuk menetapkan PIN baru di terminal (CRM) MBSB Bank?
Ya, anda dibenarkan melakukan penukaran PIN di terminal (CRM) kami. Pada skrin menu utama, pilih butang Lain-lain dan seterusnya butang Penukaran PIN. Kemudian, masukkan PIN baru yang diikuti dengan pengesahan PIN baru. Skrin akan mengemas kini PIN baru dan memaparkan sama ada kemas kini PIN baru berjaya.
Baca Juga: Penyata Bank Statement:Print Penyata CIMB,MAYBANK,RHB & BSN Cetak Online
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar MBSB online Banking atau sebarang persoalan, anda boleh:
Layari web rasmi MBSB: www.mbsbbank.com
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan: 03 – 2096 3000
Email: enquiry@mbsbbank.com
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai MBSB online perbankan internet MBSB Bank ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com