MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun
Cara mohon MyKad Online ini dikongsikan bagi memudahkan ibubapa yang mempunyai anak telah mencapai umur 12 tahun perlu menukar MyKid kepada MyKad. Cara mohon MyKad Online diperkenalkan sepanjang tempoh PKP bagi mengelakkan berlaku kesesakan di kaunter-kaunter JPN. Bagi mereka yang mempunyai anak yang telah mencapai umur 12 tahun boleh ikuti langkah di bawah ini bagi memudahkan anda memohon MyKad secara online.
JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.
Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.
Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM
Baca Juga: Cara Kemaskini Maklumat mySPP 2021
Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun
Permohonan MyKad 12 tahun kini boleh dilakukan secara online dengan langkah berikut:
- Permohonan MyKad Online boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR di atas atau layari https://web12tahun.jpn.gov.my/.
- Pastikan anda telah berdaftar dengan Portal MyGovernment.
- Kemudian, log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Sila tick ‘Saya Setuju’ setelah baca dengan teliti Terma Dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan Kanak Kanak 12 Tahun
- Isikan maklumat pada kad pengenalan 12 tahun.
- Tekan butang HANTAR.
- Sila cetak slip maklumat permohonan kad pengenalan 12 tahun.
Rujuk contoh di bawah.
NOTA PENTING: Pastikan anda telah mematikan fungsi pop-up blocker. Rujuk manual pengguna di SINI.
Jika anda belum mendaftar dengan MyGoverment sila ikut langkah dibawah.
Baca Juga: Jawatan Kosong Guru DG41:Cara Mohon Online/Guna APPS & Semakan Permohonan
Cara Daftar Akaun MyGoverment Online
Daftar akaun MyGovernment adalah seperti berikut:
1. Tekan pada link https://www.malaysia.gov.my/portal/register .
2. Sila pilih WARGANEGARA.
3. Sila isi kan nombor kad pengenalan.
4. Sila isi kan nama penuh yang tertera pada kad pengenalan.
5. Sila isi kan email.
6. Sila pilih kod negara Malaysia +60 MY.
7. Sila isi kan nombor telefon.
8. Sila isi kan kod verifikasi yang tertera.
9. Sila tekan butang Hantar.
Paparan notifikasi akan di pamerkan seperti berikut. Ini bermakna satu email telah dihantar kepada email yang telah didaftarkan.
10. Sila semak inbox email yang telah di daftarkan. Dan tekan butang Click here to activate your account.
11. Sila isi password yang ingin didaftarkan.
12. Sila isi semula password yang sama untuk pengesahan.
13. Sila isi kod verifikasi yang tertera.
14. Sila tekan butang SUBMIT.
15. Anda telah berjaya daftar akaun MyGovernment.
Baca Juga: E-Lembaga Peperiksaan:Permohonan Salinan Sijil Peperiksaan & Semak Semula Status Exam
Bayaran Dikenakan Bagi Kad Pengenalan 12 Tahun
Bayaran membuat kad MyKad Online kanak-kanak 12 tahun adalah percuma.
Caj hanya akan dikenakan bagi:
- Bayaran Kerana Lewat Memohon Kad Pengenalan(MyKad) Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun
- (WARGANEGARA)
- Permohonan Kad Pengenalan(MyKad) bagi kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun akan dikenakan bayaran proses.
Rujuk Jadual Pembayaran 1A
Sumber : Jabatan Pendaftaran Negara
Baca Juga: Contoh Soalan MUET:Soalan & Jawapan MUET Terkini Speaking Reading Listening & Writing
Makluman Permohonan MyKad Online Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun Sepanjang Tempoh PKP
Sepanjang tempoh PKP, permohonan MyKad Online bagi kanak-kanak 12 tahun tidak akan dikenakan bayaran denda bagi pemohon yang mencapai usia 12 tahun 31 hari dan ke atas tetapi tidak melebihi 13 tahun pada hari permohonan.
Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKad Online 12 tahun:
- Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara;
- Pasport (bagi pemohon MyKad Online yang menetap di luar negara);
- Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga);
- Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan bil utiliti atau dokumen sokongan berkaitan.
Baca Juga: Portal UUM:Cara Login Jadual Kelas Daftar Kursus & Check Result
MyTemujanji JPN
Sepanjang tempoh PKP ini Jabatan Pendaftaran Negara hanya menerima pelanggan melalui janjitemu online. Sebelum hadir ke mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara sila buat janjitemu terlebih dahulu. Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.
Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon MyKad Online boleh hantarkan emel kepada:
myjanjitemu@jpn.gov.my.
Baca Juga: Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut tentang MyKad Online atau perkara lain berkaitan boleh dirujuk di Portal Rasmi JPN.
atau
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara permohonan MyKad Online umur 12tahun ini memudahkan lagi urusan anda membuat permohonan. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com