Portal UUM:Cara Login Jadual Kelas Daftar Kursus & Check Result
Portal UUM makluman kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Tahukah anda mengenai fungsi-fungsi dan cara log masuk ke UUM Portal? Jika tidak, sila rujuk perkongsian di bawah untuk mendapatkan maklumat berkaitan manual penggunaan portal dan cara mendaftar bagi pengguna kali pertama termasuk UUM Student Portal.
Portal ini dibangunkan bagi kemudahan warga universiti samada pelajar mahupun staf-staf pengurusan serta pensyarah UUM. Untuk makluman semua, Universiti Awam (UA) yang terletak di Sintok, Kedah ini ditubuhkan bagi mengembangkan serta memajukan pendidikan pengajian tinggi berkaitan pengurusan sumber manusia dan mendidik pemimpin yang holistik untuk berbakti kepada komuniti global.
Baca Juga:Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

Baca Juga:Permohonan TLDM 2021:Pendaftaran Ambilan Lepasan SPM/SVM&Diploma Kejuruteraan
Login UUM Portal : Cara Daftar Secara Online
Mulai 1 September 2015, UUMIT melancarkan Portal Pelajar baru berdasarkan Single Masuk (SSO), Dengan kemudahan ini, pelajar perlu log masuk sekali menggunakan nama pengguna yang sama dan kata laluan untuk mengakses Portal UUM, Pembelajaran Dalam Talian UUM Online Learning, WiFi UUM dan E-mel.
Berikut adalah fungsi dan cara log masuk ke Portal sebagai rujukan warga UUM. Fungsi-fungsi di bawah dapat dilayari pada halaman utama portal.
Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Fungsi Portal UUM
Portal ini merangkumi lima (5) kategori utama yang berbeza dari segi fungsi seperti berikut:
1.Student (Hal Ehwal Pelajar)
- U-Assist
- Student Affairs
- Academic Affairs
- Centre for International Affairs and Cooperation
- Centre for University-Industry Collaboration
2. Staff (Kakitangan Universiti)
- Chancellery
- Registra
- Bursary
- Research
3. Academic (Hal Ehwal Pengajian dan Kursus)
- Colleges
- Graduate Schools
- Schools
4. Knowledge (Arkib Perpustakaan dan Terbitan UUM)
- Library
- UUM Journal
- UUM Press
5. Info (Informasi lain yang berkaitan)
- UUM Website
- Campus Map
- Service Desk
- IT Helpdesk
- Staff Directory
Sekiranya anda merupakan pelajar atau kakitangan UUM yang ingin log masuk ke Portal, berikut adalah ringkasan panduan untuk anda rujuk.

Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar.
Cara Daftar & Login UUM Student Portal
Kepada pengguna kali pertama, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk log masuk ke Portal UUM:
2. Masukkan ID serta kata laluan anda iaitu No. Kad Pengenalan masing-masing pada ruangan atas halaman utama portal. Pihak UUMIT akan memberikan id pengguna pelajar yang baharu mendaftar.
3. Klik “Login”
4. Pelajar dikehendaki menukar kata laluan pada log masuk kali pertama serta menjawab beberapa soalan berkaitan keselamatan akaun anda.
5. Selesai menjawab soalan tersebut, sila klik “Save Answers” dan kemudian klik “Next” pada mesej yang terpapar.
6. Masukkan kata laluan yang baharu dan klik “Next”
7. Satu e-mel notifikasi akan diterima pelajar pada e-mel masing-masing.
8. Log masuk semula pada halaman utama dan gunakan kata laluan yang baharu.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, sila berhubung dengan UUMIT pada e-mel:
itservices@uum.edu.my
Untuk mengetahui biasiswa lain kerajaan Malaysia baca di:Bantuan Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & Biasiswa Pelajar IPT Terkini 2021/2022 Malaysia.
Paparan Muka
Bahagian Home akan memaparkan profil pelajar, akademik, kewangan, pengajaran, aktiviti dan kemudahan.
1. Profil Pelajar
Ianya memaparkan butiran mengenai pelajar iaitu Maklumat Peribadi, Maklumat pengajian, Latar Belakang Akademik dan Maklumat Penyelidikan
2. Akademik
Skrin berikut akan memaparkan keputusan, Pengijazahan, Praktikum dan Kursus yang Diambil.
3. Financial
Fungsi menu kewangan menyediakan kemampuan untuk melihat notis penting dan penyata akaun pelajar. Menu yang ditandai dengan asterix ***, akan mengarahkan anda ke halaman log masuk yang lain
4. Lecture
Halaman menu Kuliah memaparkan perincian berikut: jadual waktu kuliah, slip, pendaftaran kursus dan jadual waktu individu
5. Activity
Klik pada menu Aktiviti untuk memaparkan perkembangan pelajar
6. Facility
Klik pada menu Kemudahan untuk melihat butiran berikut: perpustakaan, jadual bas dan yang lain. Menu yang ditandai dengan asterix ***, akan mengarahkan anda ke halaman log masuk Portal UUM yang lain
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Bagi mendapatkan info tambahan atau membuat sebarang aduan, sila hubungi pautan di bawah:
- Manual Pengguna Pelajar
- No. Tel : +604-928 6666
- E-mel : itservices@uum.edu.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang login Portal UUM ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com