Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan

Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara iaitu Mesir dan Jordan.

Untuk menyemak jenis bantuan baitulmal yang lain baca: Permohonan Bantuan Baitulmal:Jenis Bantuan & Pautan

Tawaran biasiswa Baitulmal MAIWP ini dibuka kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi tahun Pengajian 2019 & 2020.

Penempatan pusat pengajian mestilah hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon biasiswa ini.

Bagi permohonan biasiswa Baitulmal MAIWP ini, pemohon boleh membuat permohonan mulai 4 Ogos hingga 21 Ogos 2021. biasiswa Baitulmal MAIWP

Biasiswa Baitulmal MAIWP:Permohonan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Program & Institusi Ditaja Biasiswa Baitulmal MAIWP

Pihak MAIWP akan menaja pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam program dan institusi berikut:

NegaraInstitusiProgram
MesirUniversiti Al-AzharIjazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Bahasa Arab
MesirUniversiti Al-AzharIjazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
MesirUniversiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah)Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
MesirUniversiti Al-Azhar (Uni.Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi
JordanUniversiti Of Yarmouk / Universiti Mu’tah / Universiti Al-AlbaytIjazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah/Bahasa Arab/Usuluddin/Muamalat Perbankan Islam/Usul dan Fiqh

Baca Juga: Tarikh Bayaran BKSS 2021:Jadual Penuh Bayaran BKSS 2021

Syarat Umum Biasiswa Baitulmal MAIWP

Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon biasiswa Baitulmal MAIWP adalah seperti berikut:

  • Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah (tiada melakukan salahlaku disiplin dan cemerlang ko-kurikulum.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Baca Juga: Bantuan Pendaftaran IPT YPJ:Cara Permohonan Bantuan & Pinjaman Pelajaran YPJ

Senarai Bantuan Baitulmal MAIWP

Pecahan bantuan Baitulmal yang disediakan oleh MAIWP adalah seperti berikut:

Bantuan Baitulmal MAIWP Pembangunan Asnaf

1) Bantuan Kewangan Bulanan

2) Bantuan Aidilfitri

3) Bantuan Takaful Asnaf

4) Bantuan Perubatan

5) Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)

6) Bantuan Perkahwinan

7) Bantuan Ibnu Sabil

8) Bantuan Kecemasan

9) Bantuan Guaman Syarie

10) Bantuan Musibah

Bantuan Baitulmal MAIWP Tempat Tinggal

11) Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan

12) Bantuan Membina / Membaiki Rumah

13) Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Bantuan Baitulmal MAIWP Pendidikan

14) Bantuan Am Persekolahan

15) Bantuan Am Pelajaran IPT

16) Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan

17) Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara

18) Bantuan Persediaan IPT

19) Bantuan Tuisyen

20) Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)

21) Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal

22) Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Bantuan Baitulmal MAIWP Berdikari

23) Bantuan Perniagaan

24) Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi

25) Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah

26) Bantuan Pertanian

27) Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)

Bantuan Baitulmal MAIWP Pembangunan Ummah

28) Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan 29) Bantuan Ar-Riqab

Baca Juga: Pensijilan Pendidik Google:Cara Permohonan Sijil Pendidik Google

Syarat Khusus Biasiswa Baitulmal MAIWP

Selain syarat umum, syarat khusus yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

i) Biasiswa Baitulmal MAIWP Pengajian di Mesir

1.Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:

– Lulus STAM dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz; dan

– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.

2.Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:

– Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik.

3.Bagi calon biasiswa Baitulmal MAIWP yang memohon Pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir, mereka mestilah:

– Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA); dan

– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.

4.Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi mestilah:

– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah) DAN Lulus Bahasa Arab (sekurang-kurangnya C).

ii) Biasiswa Baitulmal MAIWP Pengajian di Mesir Pengajian di Jordan

1.Bagi calon biasiswa Baitulmal MAIWP yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah (Bahasa Arab/Usuluddin/Usul dan Fiqh) mestilah:

– Memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya Gred (A) dalam 6 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik).

Baca Juga: Semak Elaun JPA Online:Login MySelf Portal Semakan JPA

Calon Tidak Layak Memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP

Calon yang tidak layak memohon bagi Biasiswa Baitulmal MAIWP ini adalah seperti:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan biasiswa Baitulmal MAIWP yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/asasi sains/pra-universiti/foundation/kursus persediaan bahasa.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  6. Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Baca Juga: Tarikh Bayaran Duit BKP 2021:Biasiswa Kecil Persekutuan

Cara Memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP

Untuk membuat permohonan biasiswa Baitulmal MAIWP, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/59-tawaran-biasiswa-pengajian-luar-negara-jordan.
  2. Klik butang ‘Klik Di Sini.’ pada biasiswa Baitulmal MAIWP
  3. Isi maklumat biasiswa Baitulmal MAIWP yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
  4. Sehingga paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan

Baca Juga: Bantuan Pelancongan Negeri Sembilan:Syarat & Cara Permohonan

Borang Permohonan

Muat turun borang permohonan bantuan biasiswa Baitulmal MAIWP untuk permohonan manual klik pautan di bawah:

file:///C:/Users/RISDA/Desktop/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut atau pertanyaan mengenai Biasiswa Baitulmal MAIWP, sila hubungi pihak Unit Pembangunan Akademik MAIWP biasiswa Baitulmal MAIWP di talian:

Kuala lumpur: 019-200 4270/019 -200 4686

Labuan: 013-851 4066

Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP bagi melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Jordan ini memudahkan anda untuk membuat permohonan insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment