Permohonan Perkahwinan Online:Panduan Permohonan Nikah Kahwin Online SPPIM
Untuk makluman, Sistem Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Pernikahan kini boleh dibuat secara online melalui SPPIM, iaitu laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
Disini dikongsikan maklumat lanjut tentang SPPIM dan cara-cara permohonan untuk mendaftar perkahwinan secara online di laman sesawang tersebut.
Baca Juga: Tukar No Telefon CIMB:Kemaskini Untuk Kegunaan Iternet Banking (CIMB Click)
Apakah SPPIM?
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem permohonan perkahwinan online yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara online yang lebih efisien dan teratur.
Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan runding cara secara online.
Baca Juga: Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online
Perkhidmatan Yang Ditawarkan Secara Online Di SPPIM
Berikut adalah perkhidmatan online yang boleh dilakukan di laman web SPPIM:
i) Permohonan Perkahwinan Online
Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan Permohonan Perkahwinan Online dan mendapatkan kebenaran perkahwinan melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing sama ada online ataupun hadir ke PAID masing-masing.
Permohonan Kebenaran Perkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.
Permohonan Perkahwinan Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di :
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan
- Johor
Walaubagaimanapun, kemudahan Permohonan Perkahwinan Online ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
Pendaftaran Pra Perkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.
ii) Pendaftaran Pra-Perkahwinan Online
Pemohon Permohonan Perkahwinan Online boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran.
Pendaftaran kursus Pra Perkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri berikut:
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
Namun kemudahan permohonan Pra Perkahwinan secara online ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
iii) Permohonan Nikah, Cerai, Rujuk (NCR) Luar Negara
Modul NCR Luar Negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia. Permohonan Perkahwinan Online
Anda boleh memilih perihal urusan yang diperlukan mengikut kategori berikut:
1.PENGESAHAN KEBENARAN & STATUS
- Pengesahan ke atas Dokumen Kebenaran Berkahwin atau pengesahan status diri pemohon sama ada belum atau telah berkahwin dan tiada halangan untuk berkahwin dari pejabat kedutaan.
- Permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri.
2.PENGESAHAN DOKUMEN NIKAH
- Pengesahan Dokumen Pernikahan adalah merupakan satu perakuan daripada Pejabat Perwakilan Malaysia terhadap mana-mana dokumen pernikahan yang telah dikeluarkan oleh Badan, Majlis atau Institusi Agama di luar negara yang menguruskan perkahwinan pasangan berkenaan.
- Pengesahan ini tidak mengesahkan keabsahan perkahwinan dari sudut syarak.
3.KETERANGAN NCR
- Keterangan Nikah, Cerai dan Rujuk adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia berdasarkan maklumat daripada Surat Perakuan Nikah, Surat Perakuan Cerai atau Surat Persekedudukan Semula (Ruju’) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kegunaan semasa tinggal di negara berkenaan.
iv) Runding Cara Online
Rundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.
Pemohon juga boleh mendapatkan temujanji sesi runding cara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah.
Permohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi negeri berikut:
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
Baca Juga: Permohonan Rayuan UPU Online:Rayuan Gagal Permohonan / Tukar Kursus Pilihan
Cara Pendaftaran SPPIM Permohonan Perkahwinan Online
Cara daftar permohonan perkahwinan online Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia adalah seperti berikut:
- Layari laman web http://www.sppim.gov.my
- Pilih menu Benar Nikah Online
- Pilih butang Permohonan Baru
- Tekan butang Seterusnya
- Isi maklumat bertanda (*) di ruangan lelaki pepermpuan, maklumat kebenaran dan wali
- Klik butang Seterusnya dan Hantar
- Klik butang Saya Bersetuju dan tekan Hantar
- Cetak Borang dan Senarai Semak.
- Hantar ke Pejabat Kadi bersama dokumen.
Baca Juga: kis.kemas.gov.my:Permohonan Jawatan Guru KEMAS
Cara Mohon Kursus Kahwin Online
1) Layari laman web http://www.sppim.gov.my
2) Klik pada “Pra-Perkahwinan Online”
3) Klik pada “Daftar Kursus”
4) Pilih Negeri “Selangor”
5) Masukkan tarikh kursus yang dikehendaki
6) Klik “Senarai & Pilih Kursus”
7) Klik pada “Pilih Kursus” √
8) Klik “Seterusnya”
9) Maklumat yang bertanda * wajib diisi
10) Klik “Seterusnya”
11) Klik “saya bersetuju” √
12) Klik “Hantar”
13) Pendaftaran telah berjaya
14) Cetak Slip Pendaftaran Kursus
15) Selesai
Baca Juga: Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan
Cara Buat Temujanji Online Pejabat Agama Islam Daerah Seluruh Negara
Berikut adalah contoh cara membuat temujanji dengan pejabat Agama Islam di seluruh negara
1.Sistem E-Temujanji Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) boleh dicapai melalui url http://www.jais.gov.my. Laman utama seperti di bawah akan terpapar.
2.Tekan butang “Pautan Temujanji Klik Di Sini”. Paparan di bawah akan kelihatan.
3.Tekan butang “PAID GOMBAK” jika ingin membuat temujanji berurusan di PAID Gombak. Jika ingin berurusan dengan PAID Sabak Bernam, tekan butang “PAID SABAK BERNAM”
4. Pada paparan “Tetapan Temujanji” , akan tertera tarikh untuk tempoh sebulan. Butiran lanjut paparan :
- Penuh – Slot temujanji hari tersebut telah penuh dan tidak boleh lagi ditekan
- Hijau – Slot temujanji waktu tersebut masih “available”
- Buka – Slot temujanji hari tersebut masih ada
- Merah – Slot temujanji waktu tersebut tidak “available”
5. Pelanggan tidak perlu log in. Tindakan yang perlu dilaksanakan bagi tempahan temujanji hadir berurusan ke PAID :
- Langkah 1 – Pilih tarikh yang “available” mengikut bulan
- Langkah 2 – Pilih slot masa temujanji yang “available”
- Langkah 3 – pilih jenis urusan temujanji, masukkan no. telefon bimbit, nama penuh, email (jika ada) dan catatan bagi urusan (jika ada). Tekan butang “Daftar” selepas memasukkan semua butiran dengan lengkap.
- Langkah 4 – Sekiranya proses tempahan temujanji berjaya, pelanggan akan menerima email (jika dimasukkan pada langkah 3) dan sms yang mengandungi maklumat berkaitan temujanji
Baca Juga: Cara Claim Insurans Motosikal:Tuntutan Kemalangan & Tempoh Tuntutan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Permohonan Perkahwinan Online
Sebarang pertanyaan laanjut berkaitan Permohonan Perkahwinan Online boleh menghubungi :
- Negeri Sembilan : 06-6771352
- Melaka : 06-333 3333 samb 5630 / 5631 / 5634
- Perlis : 04-979 4401, Kedah : 04-774 5530 / 5423 / 5424, Perak : 05-208 4853
- Wilayah Persekutuan : 03-2274 9333 samb 3312 / 3306
- JAKIM : 03-8870 7527 / 7528
Masa : 09:00 pagi – 04:00 petang | Email : hdsppim@islam.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Permohonan Perkahwinan Online ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com