Ladang Kontrak:Penerangan Lengkap Cara Memohon Serta Syarat Menyertai

Ladang Kontrak:Penerangan Lengkap Cara Memohon Serta Syarat Menyertai

Projek Ladang Kontrak telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan, dengan menumpukan kepada sektor pertanian yang boleh dipergiatkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi.

Program ini selaras dengan Teras Satu Misi Nasional iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi yang memberi penekanan kepada beberapa aspek pembangunan pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah melalui aktiviti seperti penggredan, pembungkusan dan perlabelan.

Ladang Kontrak

Baca Juga: Permohonan Perkahwinan Online:Panduan Permohonan Nikah Kahwin Online SPPIM

Tujuan Program Ladang Kontrak

Tujuan program Ladang Kontrak  dilaksanakan adalah:

  • Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar
  • Mempergiatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran

Program Ladang Kontrak ini dilaksanakan secara bersepadu di antara jabatan & agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan:

  • Jabatan / Agensi Pengeluar:
  • Jabatan pertanian (DOA)
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah
  • Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan UPU 2021:Cara Semak & Rayuan Kemasukan Sesi 2021/2022

Agensi Pemasar Program Ladang Kontrak 

  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Agensi Khidmat Sokongan Program Ladang Kontrak 

  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
  • AGROBANK

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

JPN juga memperkenalkan permohonan pendaftaran surat beranak online: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online boleh daftar kelahiran di pautan tersebut.

Syarat-Syarat Menyertai Program Ladang Kontrak

  • Individu perseorangan / kelompok petani / syarikat
  • Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan / sewaan yang sah di sisi undang-undang
  • Terlibat secara langsung atau sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan
  • Mempunyai modal kerja yang mencukupi

Baca Juga: Permohonan TUDM 2021/2022:Syarat & Borang Pengambilan TUDM

Cara Memohon

Permohonan untuk menyertai Program Ladang Kontrak boleh dibuat melalui semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan yang berdekatan :-

  • Jabatan Pertanian (DOA)
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) / Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (MAFI Sabah)
  • Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak

Faedah Ladang Kontrak

Petani:

  • Petani mendapat jaminan pasaran dan meningkatkan pendapatan ke atas produk yang dikeluarkan.
  • Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada Jabatan dan Agensi berkaitan
  • Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli pertubuhan peladang kawasan.
  • Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

Pembeli:

  • Mendapat bekalan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA semak biasiswa di sini:

Lain-lain biasiswa anda boleh seacrh di keptennews.com

Perlaksanaan Ladang Kontrak

Definasi Program Ladang Kontrak:-

Satu ikatan persetujuan di antara pemasar dengan pengeluar melalui:-

  1. FAMA menjamin pasaran melalui belian terus berasaskan terma dipersetujui, atau
  2. FAMA mengatur pasaran, atau
  3. FAMA menjadi fasilitator kepada jabatan yang membimbing peserta yang berurusan terus dengan pemasar di mana petani perlu membekalkan produk mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam terma perjanjian yang dipersetujui bersama.

Baca Juga: Kemaskini No Telefon KWSP:Cara Kemaskini Untuk Urusan KWSP Online

Tanaman Disyorkan Untuk Program Ladang Kontrak

Komoditi sayur-sayuran dan buah- buahan yang disyorkan di dalam program ini adalah seperti berikut :

12 Jenis Sayur-Sayuran

  • Bendi
  • Cili
  • Halia Tua
  • Kacang Buncis
  • Kacang Panjang
  • Kobis
  • Ketola Segi
  • Terung
  • Timun
  • Tomato
  • Labu
  • Cendawan Shiitake

17 Jenis Buah-Buahan

  • Belimbing
  • Betik
  • Durian
  • Jambu Batu
  • Limau
  • Mangga
  • Nanas
  • Nangka
  • Cempedak
  • Pitaya
  • Pisang
  • Rambutan
  • Tembikai
  • Longan
  • Dokong
  • Manggis
  • Dabai

7 Jenis Tanaman Pelbagai

  • Jagung Manis
  • Keledek
  • Roselle
  • Ubi Kayu
  • Tebu
  • Kelapa
  • Kopi

Penentuan harga belian produk ladang kontrak melalui perjanjian jual beli adalah:

  • Belian pada harga tetap
  • Belian pada harga semasa disokong dengan harga lantai

Baca Juga: Permohonan Rayuan UPU Online:Rayuan Gagal Permohonan / Tukar Kursus Pilihan

Tujuan Perkhidmatan Agensi Dalam Program LadangKontrak

Perkhidmatan Jabatan / Agensi yang terlibat di bawah Program Ladang Kontrak adalah seperti berikut :-

1.FAMA

  • Jaminan pasaran
  • Insentif bimbingan
  • Pengaturan pasaran
  • Khidmat sokongan pemasaran

2.LPP

  • Pembiayaan infratruktur asas
  • Penyaluran input awal
  • Pembiayaan infrastruktur pengeluaran dan pemasaran
  • Pengaturan program latihan

3.DOA

  • Khidmat nasihat pengembangan
  • Bantuan insentif pertanian
  • Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
  • Penyertaan Skim MyGAP

4.LPNM

  • Bantuan input pertanian
  • Bantuan bahan input tambahan
  • Kemudahan infrastruktur

5.MARDI

  • Kajian dan penyelidikan
  • Khidmat bimbingan
  • Program Latihan

6.AGROBANK

  • Menyediakan dan Mempermudahkan Skim Pembiayaan Kemudahan Kredit

Baca Juga: kis.kemas.gov.my:Permohonan Jawatan Guru KEMAS

Borang Permohonan Program Ladang Kontrak Online

Sila klik pautan borang pra pendaftaran peserta untuk menyertai Program Ladang Kontrak

borang permohonan ladang kontrak online

Baca Juga: Semakan i-Citra: Semakan Status Bayaran & Kelulusan

Soalan Lazim

Soalan 1: Bagaimana saya ingin menyertai Program Ladang Kontrak?

Jawapan: Borang Permohonan untuk menyertai Program Ladang Kontrak boleh di dapati melalui Pejabat Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang berhampiran seperti berikut :-

  • Jabatan Pertanian (DOA)
  • Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) / Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Sabah
  • Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak

Borang Permohonan juga boleh dimuat turun di sini. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar kemana-mana pejabat Jabatan dan Agensi yang telah tersenarai diatas.

Soalan 2: Bagaimana Program Ladang Kontrak boleh membantu para petani?

Jawapan: Program Ladang Kontrak dapat membantu petani melalui khidmat nasihat, jaminan pasaran dengan membuat belian terus dan pengaturan pasaran serta luang pasaran di outlet-outlet FAMA.

Soalan 3: Apakah faedah menyertai Projek Ladang Kontrak?

Jawapan:

Petani:

  • Petani mendapat jaminan pasaran dan meningkatkan pendapatan ke atas produk yang dikeluarkan.
  • Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada jabatan dan agensi.
  • Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan.
  • Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian.

​​​​​​​Pembeli:

  • ​​​​​​​Mendapat belakan yang berkualiti dan berterusan pada masa yang diperlukan mengikut spesifikasi pasaran

Baca Juga: Cara Claim Insurans Motosikal:Tuntutan Kemalangan & Tempoh Tuntutan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan hubungi:

Ibu Pejabat FAMA

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)

Bangunan FAMA Point

Lot 17304  Jalan Persiaran 1

Bandar Baru Selayang

68100 Batu Caves

Selangor Darul Ehsan.

TEL:03-6126 2020

FAX:03-6138 5200

Laman Web : www.fama.gov.my              

Leave a Comment