Dermasiswa Zakat Pulau Pinang:Permohonan Zakat Pengajian MAINPP 2021
Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP (dahulunya E-Minhah) Bagi Tahun 2021 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan.
Dermasiswa pengajian Zakat Pulau Pinang adalah kesinambungan daripada bantuan zakat sebelum ini yang dikenali sebagai E-Minhah.
Dermasiswa pengajian Zakat Pulau Pinang diteruskan lagi tahun ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Berikut adalah info lanjut tentang Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang dan cara memohon bantuan tersebut yang perlu anda tahu.

Baca Juga:Permohonan STAM KISAS 2021:Kolej Islam Sultan Alam Shah KISAS
Apakah Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang?
Sebelum ini, bantuan dermasiswa ini dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa E-Minhah yang diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, namun pada tahun ini ZPP akan menguruskan bantuan dermasiswa ini sepenuhnya dengan dijenamakan semula sebagai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang.
Para pelajar yang berjaya boleh menerima bantuan dalam pelbagai jumlah, minimum RM2,500 hingga kadar maksimum RM20,000 bergantung pada tahap pengajian serta tempoh pengajian yang disertai.

Baca Juga: Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
Tarikh Permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021
Tarikh permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021 adalah seperti berikut:
- Tarikh buka permohonan: 16 Mac (12.00 tengah malam)
- Tarikh tutup permohonan : 15 April 2021, Jam 11.59 malam.

Baca Juga: PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
Syarat Umum Permohonan
Syarat umum permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021 adalah seperti berikut:
- Pemohon Dermasiswa Zakat Pulau Pinang mestilah Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
- Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Cara Permohonan
Cara membuat permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021 adalah seperti berikut:
- Daftar dan mohon di portal zakatpenang2u.com.
- Pilih menu Bantuan Zakat
- Kemudian klik Permohonan Bantuan
- Seterusnya pilih menu Dermasiswa Pengajian
- Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan secara online.
- Semak dan tekan butang Hantar setelah selesai melengkapkan borang permohonan.

Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Tatacara Umum Permohonan
Tatacara umum permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021 adalah seperti berikut:
- Permohonan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
- Permohonan Dermasiswa Zakat Pulau Pinang hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
- Dokumen Utama (wajib disertakan) :
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
- Dokumen Sokongan (jika perlu) :
- Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
- Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
- Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
- Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
- Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
- Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.
Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar
Sejarah Penubuhan Zakat Pulau Pinang
Sejarah penubuhan Zakat Pulau Pinang mengikut tarikh adalah seperti berikut:
23 Oktober 1993
Y.B. Dato’ Dr. Haji Mohd Shahar bin Sidek, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang telah membentangkan satu kertas kerja berkaitan penubuhan syarikat milik penuh (100%) MAINPP bagi urusan pungutan zakat di negeri Pulau Pinang
01 Jun 1994
Syarikat As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (ASUZ) telah didaftarkan oleh MAINPP sebagai syarikat petugas amil bagi pihak MAINPP – nombor syarikat 302434 A dengan pelaburan modal sejumlah RM1,019,658.00 dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh MAINPP.
01 September 1994
ASUZ telah memulakan operasi sepenuhnya dengan menggunakan nama Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang atau ringkasnya PUZ sebagai nama pejabat bagi ASUZ bertujuan untuk mengekalkan ‘public interest’ terhadap institusi zakat.
26 April 2012
Penjenamaan semula nama dan logo Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada nama korporat yang baru iaitu Zakat Pulau Pinang. Penjenamaan ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman Hj Abbas, Yang diPertua Negeri Pulau Pinang.
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Bidang Kuasa Zakat Pulau Pinang
- Di peringkat awal penubuhan, bidang kuasa Zakat Pulau Pinang hanyalah sekadar mengumpulkan zakat harta di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai. MAINPP masih memainkan peranan untuk mengumpulkan zakat fitrah dan mengagihkan dana zakat di negeri Pulau Pinang.
- Namun, kejayaan Zakat Pulau Pinang meningkatkan kutipan zakat harta dari RM 0.19 juta pada tahun 1994 kepada RM 9.36 juta pada tahun 1998 telah meyakinkan MAINPP bahawasanya Zakat Pulau Pinang amat berpotensi untuk menguruskan operasi kutipan dan agihan zakat sekaligus.
- Pada bulan Mac 1999, MAINPP telah memberi kepercayaan penuh kepada Zakat Pulau Pinang untuk mengendalikan sepenuhnya kedua-dua operasi kutipan dan agihan zakat bagi negeri Pulau Pinang dan juga kutipan dan agihan zakat fitrah.
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR 2021
Kutipan Zakat Penubuhan Awal Zakat Pulau Pinang
- Zakat Pulau Pinang memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.
- Kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah enam (6) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.
- Pada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Matlamat Penubuhan Zakat Pulau Pinang
Antara matlamat penubuhan Zakat Pulau Pinang ialah :-
- Meningkatkan kutipan zakat negeri Pulau Pinang
- Memperkenal sistem pungutan zakat yang lebih sistematik melalui operasi berkomputer.
- Sebagai elemen ingat dan sedar kepada umat Islam bahawa zakat dapat memainkan peranan besar dalam mengukuhkan ekonomi umat Islam.
- Menyediakan kemudahan membayar dan mengagihkan wang zakat dengan lebih berkesan dan adil agar pembayar zakat dan umat Islam yakin dan berpuas hati.
- Memperkenal budaya kerja korporat dalam operasi pungutan dan pengagihan kumpulan wang zakat.
- Satu institusi zakat yang unggul dan menjadi salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam berlandaskan :
- Perkhidmatan yang berkualiti
- Pengurusan korporat yang mantap dan berdaya maju
- Penggunaan teknologi terkini
- Pengembelingan dan pembangunan sumber manusia
- Pertalian yang erat dengan semua pihak
Baca Juga:Login PTPTN: Semakan Penyata Baki Pinjaman & Permohonan Baru
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:
Telefon: 04-549 8088 / 125/ 155
E-mel: dermasiswa@zakatpenang.com
Layari: https://www.zakatpenang.com/
ATAU
Zakat Pulau Pinang
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021 memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com