Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir: Bantuan Automotif Keluarga Malaysia
BANTUAN BAIKPULIH MEMBAIKI KENDERAAN TERJEJAS AKIBAT BANJIR atau BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA UNTUK BENGKEL BERDAFTAR & TIDAK BERDAFTAR
Kerajaan telah mengumumkan Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia Untuk Pembaikan & Penggantian Kenderaan Terjejas Akibat Banjir.
Inisiatif yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif itu juga menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.
Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.
Berikut dikongsikan info lanjut dan cara membuat penebusan diskaun bantuan baikpulih kenderaan banjir ini.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3000 TEKUN
Apakah Bantuan Automotif Keluarga Malaysia?
Diskaun bantuan baikpulih kenderaan banjir sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000.⠀
Pengurangan kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah serta bengkel yang tidak berdaftar.
Artikel Lain: Cara Daftar Boost eWallet, Kelebihannya & Promosi Terkini
Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia
TERKINI: BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA (BENGKEL TIDAK BERDAFTAR)
BAKM kepada mangsa banjir diperluaskan kepada bengkel kenderaan tidak berdaftar.
Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.
Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.
Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.
Ketahui Juga: Cara Daftar GrabPay Malaysia, Kelebihan & Promosi Terkini
Syarat Permohonan Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir
Syarat permohonan bantuan membaiki kenderaan terjejas akibat banjir adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
- Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.
- Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam.
Cara Permohonan Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir
Cara permohonan permohonan bantuan membaiki kenderaan terjejas akibat banjir online adalah seperti berikut:
- Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)
- Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atau
- Secara Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia)
- Muat Turun Disini di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan.
Baca Disini: Cara Daftar Lalamove: Hantar Barang,Menjadi Rider/Driver Di Malaysia
Senarai Syarikat & Bengkel Terlibat Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir
Berikut adalah senarai syarikat dan bengkel yang terlibat untuk bantuan membaiki kenderaan terjejas akibat banjir diskaun ini.
Senarai syarikat dan bengkel yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.⠀
Pemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.
Permohonan Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir boleh dibuat secara dalam talian hingga 31 Mac 2022 di portal https://bantuanautomotif.hasil.gov.my
Tarikh Permohonan Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir
Tarikh akhir Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir tuntutan inisiatif membaiki kenderaan terjejas akibat banjir Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022.
Pengguna dinasihat membuat tuntutan Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir membaiki kenderaan terjejas akibat banjir daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.
Borang Permohonan Bantuan Automotif 2022 Di Hasil.Gov.my
Jika anda hantar telah hantar bengkel yang tidak daftar, tiada masalah anda masih boleh claim dan tebus skim program bantuan automotif keluarga malaysia melalui borang permohonan Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir online seperti di bawah ini:
- Anda semak dan isi borang permohonan bantuan automotif online dengan login masuk link pautan ini, https://bantuanautomotif.hasil.gov.my
- Selain permohonan online di baucarautomotif.hasil.gov.my, anda boleh sahaja terus pergi ke mana-mana pejabat cawangan Lembaga hasil Dalam negeri LHDn yang berdekatan dengan anda dengan ambil terus borang permohonan di sana, isi dan hantar semula kepada pegawai dan kakitngan LHDNM yang bertugas
- Hantar borang tersebut yang telah diisikan selengkapnya bersama-sama bukti resit membaiki dan membaikpulih kereta
Baca Juga: Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM:einfo SSM
Syarat Kelayakan Bantuan Automatif BAKM
- Pastikan anda merupakan warganegara Malaysia yang sah
- Hanya kereta anda sebagai ketua isi rumah, isteri anda, ibu bapa, anak anda, adik beradik anda atau cucu anda yang layak untuk claim
- Pastikan anda sebagai ketua isi rumah sudah berdaftar nama untuk bantuan dengan Pusat Kawalan Operasi bencana PKOB samada di Johor Sabah Sarawak Perlis Pulau Pinang Penang Kelantan terengganu Pahang Perak Kedah Selangor KUala Lumpur Kl Melaka dan Negeri Sembilan yang terjejas dengan banjir
- Pastikan kereta tersebut mengalami masalah kerosakan dek kerana banjir yang melanda negara baru-baru ini tidak kira trak, motosikal, van untuk anda hantar bengkel baiki dan repair kereta banjir anda yang telah rosak
- Pastikan kereta anda belum dihantar di bengkel repair kereta banjir dan pusat servis rasmi perodua, Nissan, Proton, UMW Toyota, Honda, Mitsubishi, Volvo, Renault, Mercedes-Benz, BMW Malaysia, Ford, Hyundai, Mazda, Peugeot, KIA, Subaru, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Yamaha Motor, Boon Siew Honda, MODENAS, Mofaz, Suzuki
Artikel Lain: BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Hingga RM10,000
Dokumen Penting Yang Diperlukan BAKM
Anda hanya perlu sertakan bukti yang anda mengalami musibah banjir sebelum ini dengan menyertakan resit yang untuk pembaikan kereta anda termasuk penukaran alat ganti dan lain-lain. Itu sahaja bersama-sama dengan borang permohonan.
Cara Bayaran Bantuan Automotif LHDN Hasil
Untuk pengetahuan untuk jumlah pembayaran RM1000, bayaran bantuan automotive keluarga malaysia akan kredit dengan terus masuk ke dalam akaun bank yang telah daftar dalam pangkalan data kerajaan melalui sistem BKC, BPR sebelum ini.
Walaubagaimanapun, jika anda tiada akaun bank bayaran boleh dilakukan secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional BSN yang berdekatan dengan anda
Soalan Lazim & FAQ
1) Saya ada soalan yang ingin ditanyakan, dengan siapa patut saya hubungi?
Boleh terus call Hotline di nombor 1-800-88-2747 atau 03-8882 4565 / 03-8882 4566
2) Bila tarikh tutup untuk hantar hantar claim bantuan?
31 Mac 2022
3) Berrapa jumlah yang bakal diterima?
Sejumlah Rm1000
4) Adakah ini bermakna jika saya hantart selain bengkel berdaftar termasuk pusat servis seperti perodua, toyota proton, honda dan lain-lain saya masih boleh dapat claim Rm1000?
Ya benar sama sekali
5) Senarai bengkel repair kereta banjir
Seperti di atas
Semakan Bayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia
- Tarikh pembayaran Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir membaiki kenderaan terjejas akibat banjir Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) bagi kelompok pertama yang berstatus lulus adalah mulai 28 Februari 2022 secara berperingkat.
- Penunaian Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir secara tunai di BSN boleh dibuat mulai 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.
- Pemakluman kelulusan akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.
- Anda juga boleh membuat semakan status secara online di pautan berikut: https://bantuanautomotif.hasil.gov.my
- Semakan kelayakan secara berperingkat.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut berkaitan Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir ini, sila rujuk kenyataan oleh Menteri Kewangan di pautan berikut:
https://www.facebook.com/100050687430295/posts/484067429959501/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Baikpulih Kenderaan Banjir ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com