Bantuan Khas Sarawak :Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021

Bantuan Khas Sarawak :Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021 (BKSS 5.0)

Bantuan Khas Sarawak

Pakej Bantuan Khas Sarawak ku Sayang (BKSS 5.0) bernilai RM405 juta telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis, 21 Januari 2021.

Bantuan ini ibarat durian runtuh bagi rakyat sarawak terutama yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Baca Juga:

Senarai Inisiatif Dalam Bantuan Khas Sarawak ku Sayang (BKSS 5.0)

Berikut adalah ringkasan inisiatif yang disalurkan melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 5.0

Bantuan Khas Sarawak
  1. Diskaun bil elektrik lima hingga 25 peratus bil elektrik yang memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
  2. Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus yang memberi manfaat kepada 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
  3. Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
  4. Pengeculian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.
  5. Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan negeri.
  6. Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021.
  7. Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari hingga Jun 2021.
  8. Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tahan melibatkan kediaman, pusat komersial, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.
  9. Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021.
  10. Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman, komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.
  11. Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhanan (SPIKS) mulai Januari hingga Jun 2021.

*Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Kerajaan berharap agar dengan bantuan BKSS 5.0 ini dapat meringankan beban rakyat ekoran pendemik yang melanda sekarang ini.

Semoga bermanfaat keptennews.com

Terima kasih. Semoga perkongsian Bantuan Khas Sarawak ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

9 thoughts on “Bantuan Khas Sarawak :Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2021”

  1. Tahun lepas saya layak terima BKSS,tapi kenapa tahun ini saya tak layak pulak,pada hal semua nya sama.

    Reply

Leave a Comment