Bayaran Tunai BKC:Tarikh Bayaran Tunai BKC Bagi Yang Tiada Akaun Bank
Bayaran BKC secara tunai akan melalui bank BSN yang bertanggungjawab menyelesaikan bayaran tunai BKC 2021. Bagi mereka yang tiada akaun bank tarikh bayaran tunai duit BKC ini amatlah ditunggu oleh mereka.
Berikut dikongsiakn serba sedikit maklumat berkaitan tarikh bayaran tunai duit BKC 2021.
Baca Juga: Semakan Kelulusan BKC 2021(Check Status Lulus/Tidak)
Kenyataan Rasmi YAB PM Berkaitan Bayaran Tunai BKC 2021
Berikut kenyataan rasmi oleh YAB PM berkaitan bayaran tunai duit BKC 2021:
PUTRAJAYA, 6 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan supaya baucar tunai Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima tanpa sebarang kelewatan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata perdana menteri telah meminta supaya Kementerian Kewangan memastikan kelancaran proses pengagihan BKC khususnya bagi penerima yang berada di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank Bayaran Tunai BKC.
Menurut kenyataan itu berdasarkan data Kementerian Kewangan terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC tidak mempunyai akaun bank.
“Justeru Perdana Menteri mahu baucar tunai yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima terlibat tanpa sebarang kelewatan,” menurutnya.
Artikel Lain : BKC Fasa 1: Tarikh dan Jumlah Pembayaran September 2021
Bayaran BKC Fasa 1 Masuk Bank
Kenyataan berkaitan bayaran BKC fasa pertama telah dikreditkan adalah seperti berikut:
Terdahulu Perdana Menteri meninjau sendiri proses pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 secara dalam talian hari ini, dan pembayaran BKC telah dikreditkan kepada 10 juta penerima.
Rabu lepas, Ismail Sabri mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept, dengan dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
Baca Juga: Duit BKC:Semak Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 TERKINI Bermula 6 September
Siapa Yang Layak Terima BKC?
BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).
Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.
Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500). Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).
Artikel lain: Tarikh Terkini Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19
Semak Status Kelulusan BKC
Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri turut berinteraksi dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti Putrajaya, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perlis, dan Johor.
Perdana Menteri turut mendapatkan laporan secara langsung daripada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meninjau sendiri proses pembayaran di BSN Putrajaya, serta menerima maklum balas proses pengagihan BKC daripada Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah yang melakukan tinjauan di BSN Triang, Bera, Pahang.
“Perdana Menteri berharap agar bantuan BKC ini dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.
Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Semakan Kelulusan BKC
Untuk maklumat lanjut tentang Bayaran Tunai BKC, anda boleh layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di pautan https://bkc.hasil.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bayaran Tunai BKC ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan