BKC Fasa 1: Tarikh dan Jumlah Pembayaran September 2021

BKC Fasa 1: Tarikh dan Jumlah Pembayaran September 2021

BKC Fasa 1: Tarikh dan Jumlah Pembayaran September 2021

Menteri Kewangan telah mengumumkan pembayaran BKC fasa 1 akan dibayar mulai 6 September sehingga 9 September 2021.

Pembayaran BKC Fasa 1 ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

  • B40 BKC Fasa 1 – 6 September 2021
  • M40 BKC Fasa 1 – 9 September 2021.
BKC Fasa 1: Tarikh dan Jumlah Pembayaran September 2021

Baca Juga: Duit BKC:Semak Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 TERKINI Bermula 6 September

Kenyataan Rasmi Tarikh Bayaran BKC Terkini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok 06 September 2021, sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion sudah disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan untuk pembayaran BKC Fasa 1.

“BKC ini akan memanfaatkan 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar merangkumi kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya.

Rabu lalu, Ismail Sabri menyatakan mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan bulan lalu dan mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.

Beliau berkata, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Artikel lain: Tarikh Terkini Bayaran BKC:Bantuan Khas Covid-19

Kenyataan Rasmi Tarikh Bayaran BKC Terkini

Baca Juga: Permohonan BKC PEMULIH & Bantuan Khas Covid-19 Kerajaan Negeri

Jumlah Bayaran BKC Fasa 1

Jumlah Pembayaran bagi fasa-1 BKC ini pula adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar – RM500
  • Warga emas sebatang kara – RM200
  • Bujang miskin tegar / B40 – RM200
  • B40 isi rumah- RM500
  • M40 isi rumah – RM250
  • Warga emas M40 – RM100
  • Bujang M40 – RM100

Untuk lebih terperinci, lihat jadual di bawah ini:

Jumlah Bayaran BKC Fasa 1

Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 BKC:Cara Mohon, Syarat & Semakan Status Permohonan

Cara Pembayaran

Kaedah pembayaran duit BKC fasa 1 adalah seperti berikut:

  • Pembayaran akan dibuat terus dengan pemindahakn wang ke dalam akaun yang didaftarkan di bawah BPR/ BPN.
  • Manakala bagi M40 pula pembayaran mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam urusan percukaian LHDN.
  • Manakala bagi yang tiada no akaun, pembayaran melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Baca Juga: Pendaftaran MUET Online 2021:Tarikh Peperiksaan MUET Terkini

Kenyataan Media YAB PM Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 BKC Secara Berperingkat

1. Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

2. Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. (Rujuk Jadual 1)

3. BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

4. Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

5. Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 2)

6. Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

7. Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.

Baca Juga: Cara Screenshot Telefon Huawei Samsung Iphone & IPad(Print Screen)

Soalan Lazim

1.Bilakah tarikh pembayaran BKC 2021?

Bermula 6 September 2021.

2.Siapakah yang layak menerima BKC?

Golongan miskin tegar, B40, M40, Bujang dan warga emas.

Artikel Lain: MyUPSI:Login Kemaskini Pendaftaran Kursus & Semakan Keputusan Peperiksaan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran BKC Fasa 1 dan cara permohonan, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Makluman terkini mengenai jadual bayaran duit BKC Fasa 1 2021 akan dikemaskini lalui portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau anda boleh tekan pada pautan BKC 2021

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang duit BKC Fasa1 2021 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment