CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT MyBPR 2021
Sebelum pemohon log masuk MyBPR,anda perlu daftar MyBPR 2021. Daftar MyBPR 2021 atau boleh juga rujuk Cara Log In MyBPR 2021.
CARA DAFTAR MyBPR 2021 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT.
Untuk log masuk kali pertama MyBPR, anda perlu mendaftar MyBPR terlebih dahulu seperti berikut:
- Klik Menu MyBPR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Maklumat Keselamatan
- Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
Baca Juga:
a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR
Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
*Nota: Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
*Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
*Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
* Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
Peringatan:
* Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
* Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
* Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
e) Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR
*Nota: Anda boleh menyemak syarat kelayakan MyBPR di SINI
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
SOALAN LAZIM
Semasa membuat pendaftaran MyBPR, saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab Soalan Keselamatan lebih dari 3 kali.
Jawapan:
Akaun anda telah disekat. Sila ke Cawangan LHDNM berdekatan untuk tindakan lanjut”. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya akaun BPR anda telah disekat, anda boleh menghubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BPR.
Selepas akaun BPR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBPR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan dengan tepat.
Saya telah berjaya daftar MyBPR, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk MyBPR. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?
Jawapan:
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan
adalah seperti berikut:
a) Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
b) Klik Butang Semak
c) Jawab 3 Soalan Keselamatan yang telah didaftarkan dengan
betul
d) Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan Baru
e) Klik Butang Tukar Kata Laluan; atau
ii. Hadir ke LHDNM; atau
iii. Hubungi talian Hotline BPR 1-800-88-2747
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Layari bpr.hasil.gov.my/
Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566
E-mel: bpr@treasury.gov.my