MyBPR 2021:KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BPR

MyBPR2021:KEMASKINI & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR 2021

MyBPR 2021.

APA ITU MyBPR 2021?

MyBPR 2021 adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BPR 2021 untuk tujuan:

  • Kemas Kini Permohonan; atau
  • Semakan Status Permohonan; atau
  • Cetakan permohonan; atau
  • Peti Mel; atau
  • Maklum Balas

Sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021. Boleh juga rujuk Cara Log In MyBPR 2021.

Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.

Nak daftar MyBPR? Rujuk CARA DAFTAR MyBPR 2021

Baca Juga:

Adakah semua pemohon BPR perlu mendaftar semula MyBPR 2021?

Pendaftaran MyBPR perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BPR 2021.

Sekiranya anda adalah penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBPR.

Sekiranya telah memasukkan Nombor MyKad pada MyBPR, tetapi paparan adalah “Tiada Rekod. Sila buat permohonan / kemas kinipermohonan BPR 2021”, apakah yang perlu di buat?

Mesej berkenaan dipaparkan kerana permohonan anda:

Belum membuat Permohonan Baharu BPR 2021; atau

Permohonan Baharu BPR 2021 yang dikemukakan kepada Cawangan LHDNM tetapi belum diambil tindakan oleh LHDNM

Anda perlu membuat Permohonan Baharu BPR 2021 sekiranya masih belum kemukakan Borang BPR 2021

Kadar Dan Jumlah Bayaran MyBPR 2021.

Kadar dan jumlah bayaran boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

MyBPR 2021.

Soalan Lazim

Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BPR 2021 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BPR 2021?

-Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BPR 2021 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BSH 2020 atau BPN 2.0 dan kelayakan BPR 2021 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

Saya telah diluluskan BSH 2020 dan BPN 2.0 dengan status Ibu/Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan?

-Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BSH 2020 dan BPN 2.0, anda tidak perlu kemas kini permohonan.

-Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem.

-Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

Semasa permohonan BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BPR 2021?

-Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa permohonan BPR 2021

PERMOHONAN BAHARU BPR MULAI 15 JANUARI SEHINGGA 15 FEBRUARI 2021

Kepada yang layak mohon Bantuan Prihatin Rakyat(BPR),anda boleh buat permohonan bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Permohonan BPR hanya dibuka secara online atau atas  talian sahaja.

Siapa yang perlu membuat PERMOHONAN BARU MyBPR 2021?

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

CARA MOHON MyBPR ONLINE MULAI 15 JANUARI SEHINGGA 15 FEBRUARI 2021

Layari portal BPR 2021

  • Klik Permohonan Baru
  • Isikan Maklumat dan klik teruskan
  • Sahkan Dengan Masuk Kod Captcha
  • Hantar Permohonan

Cara mohon BPR 2021 / Kemaskini Secara Manual (Permohonan Melalui Borang)

BORANG PERMOHONAN BPR 2021

Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di pejabat seperti di bawah)

  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:

  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen
  • Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

               Peti Surat BPR,GPO Shah Alam,40800 Selangor

*Nota: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyBPR 2021

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, bpr.hasil.gov.my;
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile BPR: Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps
  3. Store bagi platform iOS
  4. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  6. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747

Hotline BPR MoF: 03-8882 4565/03-8882 4566

E-mel: bpr@treasury.gov.my

Semoga Bermanfaat keptennews.com

1 thought on “MyBPR 2021:KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BPR”

Leave a Comment