Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.

Sekolah Siraj JAWI:Permohonan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI 2022.

Sekolah Siraj JAWI

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022 BAGI SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Permohonan Sekolah SIRAJ JAWI dibuka bermula 12 April – 23 April 2021 secara atas talian (online).

Pemohon dipelawa untuk memohon kemasukan bagi sesi 2022 bagi memudahkan pihak sekolah membuat tapisan kemasukan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SIRAJ serta cara permohonan kemasukan sesi 2022.

Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM

Apakah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ)?

Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ adalah sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama.

SIRAJ ditubuhkan dengan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sesi pembelajaran murid bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang.

Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang.

Ini memberi kemudahan kepada ibubapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.

Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022

Lokasi Sekolah SIRAJ JAWI

Sekolah Siraj JAWI

Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD 2021 (https://egumis.anm.gov.my/)

Cara Permohonan Sekolah SIRAJ JAWI

Berikut adalah cara membuat permohonan Sekolah SIRAJ JAWI online:

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 boleh mendapatkan QR KOD melalui:

  • Laman Web Jabatan JAWI (FB)
  • FB Sekolah
  • Sekolah Yang dipohon.
  • Banner

Ibubapa/Penjaga mengimbas QR KOD dan isikan data dengan lengkap dan klik hantar

Sekolah Siraj JAWI

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Kadar Yuran Sekolah SIRAJ JAWI

Kadar yuran adalah berbeza setiap tahun, namun dianggarkan secara kasarnya adalah seperti di bawah ini (2017).

Sekolah Siraj JAWI

Anda juga boleh menyemak bantuan eBelia pemerkasa RM150 di sini. Bantuan eBelia PEMERKASA RM150

Tarikh Permohonan

Permohonan / pendaftaran dibuka bermula 12 April.

Tarikh akhir pengisian sebelum atau pada 23 April 2021

Sekolah Siraj JAWI

Nota :

  • Sila baca dengan teliti setiap maklumat yang dipaparkan dalam website.
  • Pastikan borang permohonan diisi dengan maklumat yang lengkap dan tepat.
  • Calon perlu mendaftar terlebih dahulu di Sekolah Kebangsaan (SK) & Sekolah Rendah Agama (SRA)

Baca Juga: Surat Beranak Online JPN: Daftar Kelahiran Online

Carta Alir Kemasukan Murid Bagi Sesi 2022

Carta alir kemasukan murid bagi sesi 2022 adalah seperti berikut:

Sekolah Siraj JAWI

Baca Juga: MyFutureJobs:Cara Daftar Baru & Login Portal Mencari Pekerjaan (MyFutureJobs.gov.my)

Latar Belakang JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.

Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang pegawai sahaja, mereka terdiri daripada:

  • Mufti Wilayah Persekutuan
  • Dua (2) Orang Kadi
  • Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa
  • Kadi Besar Wilayah Persekutuan
  • Pegawai Tadbir Masjid
  • Ketua Penolong Setiausaha
  • 2 Orang Pegawai Zakat & baitulmal

Baca Juga: Soalan & Jawapan Medsi 2021:Contoh soalan & Jawapan MEdSI Terkini

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan.

 Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hanya terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja iaitu :-

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan
  • Unit Zakat & Baitulmal
  • Unit Pengurusan Masjid
  • Unit Pentadbiran Nikah , Cerai dan Ruju`
  • Unit Fatwa

Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001.

Kini, peranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya :

  • Penyelidikan
  • Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan
  • Pengurusan zakat , wakaf dan Baitulmal
  • Pentadbiran Undang-undang Keluarga yang lebih sistematik
  • Penyelidikan fatwa
  • Memberi pendidikan serta keperluan guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan
  • Pengurusan saudara baru yang lebih konsisten
  • Penguatkuasaan & Pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah
  • Menerbit dan mengedarkan majalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti JAWI dan kitab-kitab agama

Walau bagaimanapun pada 1 November 2016, Bahagian Pendakwaan telah ditubuhkan sebagai Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Baca Juga: Biasiswa MyBrain SC 2021:Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke SIRAJ JAWI, sila rujuk Portal JAWI di sini : https://portalfm.jawi.gov.my

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Kompleks Pusat Islam,

Jalan Perdana,

50676 Kuala Lumpur

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Sekolah Siraj JAWI ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment