eBelia PEMERKASA: Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet

eBelia PEMERKASA: Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet

eBelia PEMERKASA Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Bantuan terbaharu iaitu eBelia PEMERKASA yang mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu.

eBelia PEMERKASA

Antara yang diperuntukkan adalah Program eBelia PEMERKASA yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.

Mereka yang layak disarankan agar mengambil maklum setiap perkembangan mengenai eBelia wallet ini supaya tidak terlepas penebusan wallet sebanyak RM 150.00

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eBelia Wallet di bawah Program PEMERKASA.

Baca Juga: Wang Tidak Dituntut eGumis:Cara Semak WTD (https://egumis.anm.gov.my/)

eBelia PEMERKASA

Baca Juga: Biasiswa MyBrain SC :Permohonan Biasiswa PHD,Master & Ijazah Pertama

Carian Tertinggi Di Google 2024

Program eBelia PEMERKASA?

Melalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.

Menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.

Melalui Program eBelia ini, diharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.

Transaksi tanpa tunai dilihat sebagai satu langkah lebih selamat semasa perbelanjaan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Baca Juga:Pendaftaran Vaksin Covid-19:Cara Datar Penerimaan Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera

eBelia PEMERKASA

Baca Juga: Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah :Cara Mohon, Kadar Bantuan & Semakan Status Kelayakan

Syarat Kelayakan eBelia PEMERKASA

Berikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja
eBelia PEMERKASA

Baca Juga:Biasiswa Yang di-Pertuan Agong:Cara Mohon& Semakan Kelayakan BYDPA

Tarikh Penebusan eBelia

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

eBelia PEMERKASA

Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat

Cara Penebusan / Permohonan eBelia PEMERKASA eWallet

Setakat ini, pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk membuat penebusan kredit menerusi Program eBelia PEMERKASA ini.

Walau bagaimanapun, penebusan eBelia PEMERKASA dijangka boleh dibuat seperti kaedah sebelum ini, iaitu menggunakan aplikasi eWallet seperti:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
eBelia PEMERKASA

Baca Juga:Permohonan PPC :Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam

Teks Ucapan Insentif ke-19 PEMERKASA

Inisiatif Kesembilanbelas: Prihatin Belia

Seterusnya buat anak muda,

  • Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai kepada golongan belia, khususnya mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa. Sukacita diumumkan bahawa program tersebut akan ditambahbaik dengan meningkatkan nilai kredit daripada 100 kepada 150 ringgit yang akan memanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak 300 juta ringgit. Program ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2021.
  • Bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar terlibat dalam projek-projek keusahawanan, program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau PEKB akan diperluas dengan tambahan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit, menjadikan peruntukan keseluruhan tahun 2021 bagi program ini sebanyak 21 juta ringgit. Oleh itu, seramai 1,800 peserta akan mendapat manfaat dengan latihan keusahawanan dan peralatan yang akan dibekalkan secara percuma bagi mengikuti bidang dan kursus yang disertai.
  • Selain itu, program Tunas Usahawan Belia Bumiputera akan ditambah peruntukan bagi melahirkan seramai 250 usahawan belia Bumiputera baharu. Manakala, program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp akan diperkenalkan bagi tujuan latihan penyediaan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian kepada 2,000 orang usahawan belia.
  • BSN juga menawarkan Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA- BELIA dengan kadar serendah 3 peratus untuk membolehkan anak muda menceburi bidang perniagaan mendapatkan pembiayaan sehingga 50,000 ringgit.

Baca juga: ISMP : Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Maklumat lanjut mengenai eBelia PEMERKASA ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.

 Terima kasih. Semoga perkongsian tentang eBelia PEMERKASA bermanfaat insyaAllah.

Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment