PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
PEMULIH bantuan khas Pengusaha Kantin One-Off RM1000 antara yang terkandung dalam teks ucapan pekej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri pada hari ini 28.06.2021. Kerajaan hari ini telah membuat pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.
Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagi pelajar anak Sarawak perlu tahu tentang Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%
Bagi negeri Perak pula kerajaan negeri memperkenalkan tabung pendidikan anak Perak ataupun pemastautin negeri Perak baca Tabung Pendidikan Anak Perak.
Ringkasan Pekej PEMULIH
Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.
PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Perniagaan
- Meningkatkan Vaksinasi
Kerajaan juga telah megumumkan tambahan RM500 kepada mereka yang layak melalui program PEMERKASA yang diumumkan sebelum ini. Semak kelayakan tambahan RM500 klik: BANTUAN TAMBAHAN RM500 PEMERKASA.
Bagi mereka yang layak anda juga boleh menuntut bantuan program bantuan jaringan prihatin dari RM 180 sehingga RM 300 di Program Jaringan Prihatin B40:RM300 Peranti, RM180 Data CAra Daftar
Ucapan Aluan YAB PM Pekej Bantuan PEMULIH 2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
1. Izinkan saya memulakan bicara pada hari ini, dengan mengangkat setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala bahawa Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui atas segala-galanya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
2. Mengambil ibrah petikan doa yang sering diungkapkan dalam ayat ke-10, Surah al-Kahfi,
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا
“Sesungguhnya kami memohon rahmat dari sisi-Mu Ya Allah, kami memohon dipermudahkan atas segala urusan dan kami memohon keselamatan atas segalanya”.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian,
3. Pada 15 Jun yang lalu, saya telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara atau PPN sebagai suatu panduan atau roadmap peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa. Pelan ini membolehkan saudara dan saudari membuat perancangan yang sejajar dengan langkah-langkah Kerajaan untuk melawan COVID-19 dan memulihkan negara.
4. Peralihan secara berperingkat ini merangkumi empat fasa dan bersandarkan kepada tiga indikator: pertamanya bilangan kes harian COVID-19, kedua, kadar penggunaan katil di wad ICU, dan ketiga, peratusan rakyat yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
5. Sehingga kini, ketiga-tiga indikator ini masih belum mencapai nilai ambang untuk kita beralih daripada fasa pertama ke fasa kedua. Kes harian COVID-19 masih berada pada paras melebihi 4 ribu kes sehari atau bersamaan dengan 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk.
6. Namun begitu, walaupun secara keseluruhan nilai ambang nasional belum tercapai, pelaksanaan PPN fasa pertama telah menunjukkan beberapa perkembangan positif. Bilangan kes harian COVID-19 telah berada di bawah paras 12 kes bagi setiap 100 ribu penduduk di sembilan negeri dan hampir semua negeri setakat ini lebih 10 peratus penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
7. Mengambil kira situasi semasa terutamanya kemunculan varian baharu yang lebih ganas, Kerajaan sedar bahawa kapasiti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK perlu ditingkatkan supaya lebih ramai lagi boleh divaksin dengan segara. Sementara itu agenda prihatin dan keselamatan rakyat akan diteruskan, dan sektor perniagaan perlu terus disokong.
8. Yang saya boleh janjikan hari ini, biarpun dalam ruang fiskal yang amat terhad, Kerajaan Perikatan Nasional akan terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan saudara dan saudari semua. Saya tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19. Hari ini, saya ingin menyampaikan beberapa pengumuman penting dan insha-Allah akan ada beberapa perkhabaran baik buat semua.
Baca Juga:Biasiswa PIDM 2021:Cara Permohonan Tarikh & Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM
Teks Ucapan PEMULIH Bantuan Khas Pengusaha Kantin One-Off RM1000
Teks ucapan PEMULIH berkaitan bantuan khas pengusaha kantin RM1000 yang diumumkan hari ini terkandung dalam bilangan ke.47 fokus kedua PEMULIH iaitu Menyokong Perniagaan, agenda ucapan seperti berikut:
47. Kerajaan juga mendengar suara pengusaha kantin di sekolah yang masih ditutup dan menyebabkan mereka hilang mata pencarian. Kerajaan bersetuju bantuan kewangan sebanyak 1 ribu ringgit diberikan kepada semua pengusaha kantin berdaftar.
Baca Juga:Permohonan TLDM 2021:Pendaftaran Ambilan Lepasan SPM/SVM&Diploma Kejuruteraan
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Khas Pengusaha Kantin One-Off RM1000
Semasa pengumuman PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin tiada syarat yang diumumkan berkaitan bantuan khas pengusaha kantin RM1000 ini. Jika ada syarat tertentu lain yang kerajaan umumkan akan dikemaskini jika ada. Mengikut kami tiada syarat yang akan dikenakan untuk PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin ini semua pengusaha kantin yang berdaftar akan menerima bantuan ini. Namun jika ada syarat kami akan kemaskini dari masa ke semasa.
Baca Juga:Daftar Vaksin Untuk Orang Lain Guna MySejahtera:Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan
Tarikh Bayaran PEMULIH Bantuan Khas Pengusaha Kantin One-Off RM1000
Tarikh bayaran khas pengusaha kantin RM1000 melalui pekej PEMULIH masih belum diumumkan. Tarikh tersebut akan dikemaskini setelah kerajaan membuat pengumuman rasmi berkaitan bayaran bantuan khas pengusaha kantin RM1000 melalui pekej PEMULIH ini.
Baca Juga: Program RMR Perakku Prihatin:Permohonan Pinjaman Perumahan B40
Cara Memohon Bantuan Khas Pengusaha Kantin One-Off RM1000
Cara memohon bantuan bayaran khas pengusaha kantin RM1000 melalui pekej PEMULIH masih belum diumumkan. Cara memohon PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin tersebut akan dikemaskini setelah kerajaan membuat pengumuman rasmi berkaitannya.
Baca Juga: Daftar Permohonan JPAM APM:Permohonan Online & Semakan Permohonan
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan khas pengusaha kantin RM1000 melalui pekej PEMULIH ini anda boleh baca teks ucapan penuh YAB Perdana Menteri di: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan bayaran khas pengusaha kantin RM1000 melalui pekej PEMULIH ini dapat memudahkan lagi urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com