Pendahuluan i-Sinar RM1000:Cara Permohonan&Tarikh Bayaran Pendahuluan (Interim i-Sinar)
Pendahuluan i-Sinar RM1000
Pihak KWSP telah maklumkan tentang tarikh bayaran pendahaluan ( Interim i-Sinar RM1000) bagi yang telah memohon i-Sinar Kategori 2 bermula 26 Januari 2021.
Anda sudah memohon BPR? Rujuk Cara Mohon BPR 2021 Secara Online/Borang.
Apa itu Pendahuluan i-Sinar RM1000 Interim i-Sinar?
KWSP memaklumkan bahawa pembayaran pertama tersebut merupakan pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon oleh para pencarum.
Antara tujuan pembayaran interim ini dilakukan adalah untuk membantu meringankan beban para pencarum akibat pandemik COVID-19 dan mereka yang terjejas akibat banjir.
Bayaran ini dilakukan sementara permohonan di proses sepenuhnya oleh KWSP.
Selain itu, pembayaran interim dilakukan bagi memastikan para pencarum dapat menggunakan wang tersebut bagi keperluan asas sementara menunggu wang yang akan diterima pada bulan berikutnya.
Mereka berharap melalui pendahuluan ini dapat meringankan beban terutama mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Bagi rakyat Sarawak mereka juga boleh memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang disediakan khusus untuk rakyat neegeri itu. Klik di SINI untuk menyemak cara memohon (BKSS)
Anda Mungkin Berminat, Carian Tertinggi Di Google
- Cara Memohon STR 2024
- Cara Semakan Permohonan STR 2024
- Contoh Kertas Kerja
- Surat Permohonan Kerja Kosong. Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Syarat Permohonan STR 2024
- RAYUAN STR: Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula
- Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2024
- Contoh Surat Rasmi
- Biasiswa Sekolah Menengah
- Cara Mohon Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
- Biasiswa Kecil Persekutuan 2024: Cara Permohonan BKP Online
Semakan Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar Kategori 2.
Berikut adalah syarat kelayakan bagi pencarum yang ingin memohon kemudahan i-Sinar kategori 2:
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
- Mempunyai baki minima sekurang-kurangnya sebanyak RM100 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon.
Anda juga boleh memohon bantuan telefon bimbit bagi yang layak klik Program Jaringan Prihatin 2021. Untuk maklumat lanjut.
Contoh Pembayaran Program Interim Pendahuluan i-Sinar RM1000
Sila rujuk contoh dibawah tentang pembayaran pendahuluan Interim:
Contoh 1 Pendahuluan i-Sinar RM1000
Danial merupakan seorang pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.
Beliau telah memilih untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dan memilih pembayaran pertama sebanyak RM5,000.
Oleh itu, berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran i-Sinar Danial adalah seperti berikut:
- Amaun Pembayaran Interim RM1,000
- Amaun Pembayaran Pertama RM4,000
- Amaun Pembayaran Kedua RM1,000
- Amaun Pembayaran Ketiga RM1,000
- Amaun Pembayaran Keempat RM1,000
- Amaun Pembayaran Kelima RM1,000
- Amaun Pembayaran Keenam RM1,000
- Jumlah Layak Dimohon RM10,000
Jumlah bayaran interim Danial hanya di tolak daripada bayaran pertama beliau.
Contoh 2 Pendahuluan i-Sinar RM1000
Amar merupakan seorang pekerja dan mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan beliau juga ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.
Jumlah wang Akaun 1 beliau adalah RM800 dan beliau ingin membuat pengeluaran I-Sinar sebanyak RM700.
Berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran Amar adalah:
- Amar akan dibayar Amaun Pembayaran Interim sebanyak RM700
- Amaun Pembayaran Pertama Tiada
- Jumlah Layak Dimohon RM700
Jumlah bayaran interim Amar dibayar penuh seperti bayaran pertama kerana baki akaun KWSP beliau tidak melebihi jumlah minimum Interim.
Cara Permohonan Pengeluaran Pendahuluan i-Sinar RM1000 (Interim i-Sinar)
Berikut adalah cara buat permohonan bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.
- Isikan no. kad pengenalan/no. PR dan telefon bimbit anda.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Isikan no. OTP yang diterima melalui SMS ke telefon bimbit anda dan klik butang ‘Sahkan.’
- Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan (jika ada).
- Tetapkan akaun pilihan anda.
- Tetapkan bayaran bulan pertama dan klik ‘Teruskan.’
- Lengkapkan maklumat permohonan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan butang ‘Teruskan.’
- Muat naik dokumen sokongan.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum menanda tanda ‘betul’ pada kotak yang disediakan dan klik ‘Hantar.’
- Paparan akan menunjukkan permohonan anda diterima dan diproses.
- Proses Verifikasi Permohonan
- Bagi pencarum yang telah memohon dan memuat naik dokumen sokongan, pembayaran interim i-Sinar akan mula dikreditkan pada 26 Januari 2021.
- Pencarum yang belum belum memuat naik dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa 7 hari daripada tarikh permohonan diterima.
- Selepas permohonan pencarum disahkan dan diluluskan, pihak KWSP akan melalukan pembayaran tersebut.
- Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak dimuat naik, KWSP berhak memberhentikan pembayaran seterusnya.
*Nota-Pastikan anda memuat naik semua dokumen dan membuat pengisytiharan kendiri dengan betul.
Cara Menyemak Status Pendahuluan i-Sinar RM1000
Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
Kemudian klik i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan
i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran;
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pendahuluan i-Sinar RM1000 ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com