Permohonan BMT RISDA:Cara Permohonan Baru & Kemaskini Maklumat
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh BMT RISDA 2021 telah dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak. Permohonan BMT RISDA ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori pemilik kebun dan juga kategori penoreh bukan pemilik.
Permohonan BMT RISDA bagi 2021 telah ditambah baik dengan menggunakan platform permohonan dalam talian online melalui eBMT RISDA.
Berikut dikongsikan serba sedikit berkaitan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh BMT RISDA 2021 syarat serta cara membuat permohonan BMT RISDA 2021.
Selain Permohonan eBMT anda juga boleh baca: Bantuan Tanam Semula Getah: RISDA
Syarat Umum Permohonan BMT RISDA
Penerima permohonan BMT RISDA yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.
Syarat-syarat kelayakan BMT permohonan BMT RISDA seperti berikut :
i) Warganegara Malaysia.
ii) Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii) Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
iv) Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v) 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
vi) Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii) Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Pecahan syarat mengikut kategori permohonan BMT RISDA pemilik dan juga penoreh seperti di bawah:
Artikel Lain: Permohonan MRSM Sesi 2022:Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4
Syarat Permohonan BMT RISDA Kategori Pemilik
Berikut adalah syarat bagi permohonan BMT pemilik kebun getah RISDA:
Artikel Lain: Shopee eDuit:Cara Tebus Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee
Syarat Permohonan BMT RISDA Kategori Penoreh
Berikut adalah syarat permohonan BMT RISDA 2021 kategori penoreh bukan pemilik.
Baca Juga: SOP Pembukaan Sekolah Mengikut Fasa 1,2,3 & 4 PPN
Cara Mohon BMT RISDA 2021
Untuk membuat permohonan Bantuan Musim tengkujuh RISDA bagi tahun 2021 anda boleh menggunakan 2 kaedah iaitu secara online BMT RISDA atau secara manual melalui Pejabat RISDA melalui Temujanji terlebih dahulu.
Untuk permohonan BMT RISDA online anda boleh mohon di: bmt.risda.gov.my
Untuk permohonan BMT RISDA manual di pejabat RISDA sila hubungi pejabat terdekat terlebih dahulu untuk membut temujanji. Pihak RISDA hanya akan melayan mereka yang ada temujanji permohonan BMT RISDAsahaja bagi mengelakkan kesesakan di semua pejabat RISDA.
Maklumat Lanjut: Tarikh Buka Sekolah 2021: SOP Pembukaan Semula Sekolah 3 Oktober
Tarikh Permohonan BMT RISDA 2021
Tarikh permohonan BMT melalui eBMT RISDA adalah seperti berikut:
- Tarikh permohonan di buka: 15 SEPTEMBER 2021
- Tarikh Permohonan Di Tutup: 15 NOVEMBER 2021
Sila kemukakan permohonan anda pada atau sebelum 15 November 2021 untuk tujuan semakan dan pembayaran.
Cara Kemaskini Maklumat BMT RISDA
Bagi pemohon yang telah berjaya mendapat BMT RISDA pada 2020 kategori pemilik anda boleh mengemaskini maklumat melalui eBMT RISDA 2021 ikuti langkah di bawah:
- Layari: http://bmt.risda.gov.my/bmtsemakan/
- Masukkan no kad pengenalan pemohon eBMT RISDA
- Setelah berjaya masuk semak semua maklumat peribadi dan juaga akaun bank anda
- Sila pastikan semua maklumat adalah betul terutama No Akaun Bank dan No Talefon untu dihubungi
- Klik pada kotak pengesahan yang diminta.
- Selesai dan simpan.
*Nota Penting.
Pengesahan/kemaskini nombor akaun melalui link bmt.risda.gov.my hanya utk penerima BMT2020 kategori pemilik sahaja. Penerima BMT2020 kategori penoreh perlu buat permohonan baru utk BMT2021. Jadi bila semakan dibuat oleh penoreh 2020 melalui link semakan, akan naik sbg tiada rekod
Baca Juga: Duit GKP 4.0:Semakan Jumlah Bayaran GKP 4.0
Soalan Lazim
1. Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT 2021)?
Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di pautan bmt.risda.gov.my.
2. Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?
Permohonan baru bagi pekebun kecil yang layak boleh membuat permohonan secara atas talian melalui eBMT RISDA atau secara manual di semua pejabat RISDA yang berhampiran dengan membawa dokumen sokongan berikut :
i) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.
ii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d) Salinan Kad PAT-G; dan
e) Salinan buku akaun bank yang aktif.
3. Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil getah dikira sebagai layak mendapat BMT?
Setiap permohonan dari pekebun kecil getah yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya.
4. Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, perlukah pemohon membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke Pejabat RISDA untuk berurusan?
Semua pemohon hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu di Pejabat RISDA sebelum dibenarkan berurusan dengan mematuhi GarisPanduan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19 dan akan dibuat pemeriksaan suhu badan, saringan kesihatan, membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer dan diwajibkan pemakaian pelitup muka (face mask). Jumlah kehadiran pemohon bagi satu sesi adalah tertakluk kepada saiz keluasan ruang dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan kehadiran akan direkod.
5. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah di bawah Agensi selain dari RISDA membuat permohonan BMT 2021?
Bagi pekebun kecil di bawah Agensi lain, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang BMT (Agensi) beserta surat pengesahan daripada Agensi dan dihantar ke Pejabat Agensi yang berkenaan untuk diproses seperti :
a) Lembaga Getah Malaysia (LGM)
b) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
c) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
d) FELCRA
e) KESEDAR
f) KETENGAH
g) Dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan
6. Bagaimanakah caranya pekebun kecil di Sarawak membuat permohonan BMT 2021?
i) Pekebun kecil di Sarawak yang mempunyai tanah berstatus NCR dan mengusahakan sendiri tanah perlu mengisi Borang BMT (NCR) serta mendapatkan pengesahan status pekebun kecil daripada Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan pengesahan status tanaman atas lot tanah tersebut daripada Jabatan Tanah dan Saliran (JTS).
ii) Pekebun kecil di Sarawak yang mempunyai tanah berstatus NCR dan tanah diusahakan oleh RISDA perlu mengisi Borang BMT (Pemilik) serta tidak perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Jabatan Tanah dan Saliran (JTS).
Baca Juga: Bantuan Persekolahan Tingkatan 6:Cara Permohonan Bantuan MAIWP
Sambungan Soalan Lazim
7. Bagaimanakah caranya waris bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia dan belum tukar hakmilik tanah membuat permohonan BMT 2021?
Waris pemilik tanah yang sah perlu mengisi Borang BMT (Pemilik) beserta Borang TS20(A) [Borang Pengakuan Kematian dan Waris-Warisnya] dan Borang TS20(B) [Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah] serta menyertakan salinan sijil mati sebagai pengesahan.
8. Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu lot membuat permohonan BMT?
Hanya salah seorang pemilik tanah bagi lot tersebut layak memohon BMT dengan mengisi Borang BMT (Pemilik) dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Borang TS20(B) iaitu Surat Sumpah Oleh Pihak Yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah digalakkan untuk diisi oleh pemohon sebagai bukti telah mendapat persetujuan daripada ahli kongsi yang lain. Wakil penerima (pemohon) bagi lot tersebut akan membahagikan bantuan kepada ahli kongsi secara adil dan melepaskan RISDA daripada sebarang tindakan guaman, perbicaraan, tuntutan, permintaan, kos dan perbelanjaan apa jua yang diambil dan dibuat terhadap RISDA.
9. Adakah pekebun kecil getah yang mempunyai geran tanah berstatus selain getah (bendang, kebun, pertanian dan lain-lain) tetapi bertanam getah layak membuat permohonan BMT?
Layak membuat permohonan BMT dan lawatan kebun ke lot tersebut bagi mengesahkan status tanaman atas lot tersebut akan dibuat oleh Pegawai RISDA sebagai pengesahan sebelum diproses permohonan untuk kelulusan.
10. Sekiranya terdapat penipuan dalam permohonan BMT oleh pekebun kecil, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak RISDA?
Sekiranya pemohon menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu, pemohon boleh didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468) seperti yang telah dinyatakan dalam semua borang permohonan BMT serta ditandatangani oleh pemohon sebagai persetujuan.
11. Berapakah nombor talian hotline yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT?
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan BMT boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau03-42512135 atau 03-42512023.
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Permohonan BMT RISDA 2021 anda boleh layari: www.pekebunkecilmakmur.com.my atau hubungi:
- 03-42512125
- 03-42512135
- 03-42512023.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan BMT RISDA ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- PEMULIH Bantuan Pengusaha Kantin:Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Pengusaha Pusat Sukan:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Bantuan Khas Golongan OKU:PEMULIH Tatacara Permohonan & Tarikh Bayaran
- Program Jaringan Inisiatif Umum JITU:Bantuan Asas Modal & Bimbingan Golongan OKU/Gelandangan
- PEMULIH Elaun Mencari Pekerjaan:Semak Kelayakan Permohonan Daftar MyFutureJobs
- PEMULIH Diskaun Bil TNB:Kelayakan & Kadar Diskaun PKS & Perniagaan Terpilih
- PEMULIH Permohonan Baru GKP4.0:Permohonan Baharu & Bayaran RM1,000 Julai 2021
- i-Citra KWSP:Permohonan Pengeluaran & Semakan Kelayakan