Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan

Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan

Bantuan khas covid-19 Nadma merupakan inisiatif bantuan daripada Kerajaan Malaysia Dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu rakyat yang terkesan daripada pandemic ini. Dalam pada masa yang sama jugak, kerajaan juga baru mengumumkan mengenai bantuan i-Citra bagi mereka yang mempunyai akaun KWSP.

Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan

Baca Juga: Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan

Kadar Bantuan Nadma

Bantuan khas covid-19 Nadma RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas covid-19 Nadma ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan

Baca Di SINI:

Siapa Yang Layak Bantuan Nadma RM100?

Syarat-syarat kelayakan untuk bantuan khas covid19 Nadma ini adalah seperti berikut :

1.Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima arahan kuarantin dari kkm (annex14) bagi sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Baca Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai

Carta Aliran Bantuan Khas Covid-19 NADMA

Carta aliran permohonan Bantuan khas covid-19 Nadma RM100 sehari adalah seperti berikut:

Carta Aliran Bantuan Khas Covid-19 NADMA

Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan

Pemohon Yang Tidak Layak Memohon Bantuan Nadma

Mereka yang tidak layak memohon Bantuan Khas Covid19 NADMA adalah:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum pelaksanaan Perintah Pengawasan & Pemerhatian

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan IPG 2021 Online

Cara Permohonan Bantuan khas covid-19 Nadma

1. Jika anda menepati syarat kelayakan, sila muat turun dokumen berikut :

2. Permohonan yang lengkap perlu hantar melalui pos ke :

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

3. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  • Borang-borang lampiran A & B,  Borang C (jika perlu)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Dokumen asal KKM (Discharge note/ sijil cuti sakit etc..)
  • Salinan penyata bank

Baca Juga: Tambah Kelajuan Internet Telefon:Cara Lajukan Internet Telefon Semua Telco

Cara Semak Status Kelayakan Permohonan Nadma

Cara semak status kelayakan permohonan anda adalah seperti berikut:

  1. Layari https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
  2. Pilih kategori permohonan anda thick pada ruang bulatan
  3. Masukkan no kad pengenalan anda
  4. Klik pada kota i’m not a robot
  5. Kemudian klik hantar
  6. Status permohonan anda akan dipaparkan
  7. Selesai.

Portal ini adalah khusus bagi menyemak status permohonan yang telah lulus bagi Bantuan Khas COVID-19 NADMA. Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data KKM Putrajaya bagi data kuarantin/wad/kematian sebelum diluluskan. Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.

Cara Semak Status Kelayakan Permohonan Nadma

Baca Juga; Refinance Rumah:Cara Membuat Pembiayaan Semula Rumah Terkini

Kaedah Pembayaran Bantuan Nadma

Jika anda lulus permohonan bantuan ini, bayaran akan dibaut secara EFT (Electronic Fund Transfer)  dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Baca Juga: Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Borang Permohonan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang Bantuan khas covid19 Nadma ini anda boleh layari: http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-covid-19 atau hubungi

Tel: 03-88704800 alamat:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Bantuan khas covid-19 Nadma ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment