Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41: Permohonan Guru One-Off 2021

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41: Permohonan Guru One-Off 2021

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi tahun 2021.

Untuk makluman, SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang bertanggungjawab bagi permohonan jawatan PPP Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut SPP, permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off ini akan melibatkan sebanyak 47 opsyen ditawarkan kepada pemohon yang berminat yang akan melibatkan seramai mengambil 18,702 pegawai yang bakal dilantik.

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 telah dibuka secara atas talian bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 iaitu sebelum jam 11.59 malam.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41: Permohonan Guru One-Off 2021

Baca Juga: Permohonan Rayuan IPG Online:Tarikh Rayuan & Semakan Keputusan Rayuan

Senarai Opsyen & Bidang

Senarai opsyen dan bidang yang terlibat dan dibuka kepada pemohon adalah seperti berikut:

BilOpsyenBidang
1.BAHASA CINA (Semenanjung)Klik Di SINI
2.BAHASA IBAN (Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
3.BAHASA INGGERIS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
4.BAHASA KADAZAN / DUSUN (Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
5.BAHASA MELAYU (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
6.BAHASA SEMAI (Semenanjung)Klik Di SINI
7.BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
8.DINI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
9.GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
10.MUZIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
11.PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
12.PENDIDIKAN ISLAM (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
13.PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
14.PENDIDIKAN KHAS (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
15.PENDIDIKAN MORAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
16.PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
17.REKA BENTUK TEKNOLOGI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
18.REKA CIPTA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
19.SEJARAH (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
20.TAHFIZ (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
21.AGROINDUSTRI TANAMAN (Semenanjung dan Sabah)Klik Di SINI
22.AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI (Semenanjung dan Sabah)Klik Di SINI
23.AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN (Semenanjung dan Sabah)Klik Di SINI
24.AKUAKULTUR (Semenanjung dan Sabah)Klik Di SINI
25.BAKERI DAN PASTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
26.BIOTEKNOLOGI (Semenanjung)Klik Di SINI
27.FLORIKULTUR (Semenanjung)Klik Di SINI
28.HORTIKULTUR (Semenanjung)Klik Di SINI
29.INSURANS (Semenanjung)Klik Di SINI
30.KOSMETOLOGI (Semenanjung dan Sarawak)Klik Di SINI
31.PEMPROSESAN HASIL PERTANIAN (Semenanjung)Klik Di SINI
32.PENGURUSAN PERUNCITAN (Semenanjung)Klik Di SINI
33.SENI KULINARI (Semenanjung dan Sarawak)Klik Di SINI
34.SENI REKA FESYEN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
35.SENIBINA LANDSKAP (Semenanjung)Klik Di SINI
36.TEKNOLOGI AUTOMOTIF (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
37.TEKNOLOGI ELEKTRIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
38.TEKNOLOGI ELEKTRONIK (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
39.TEKNOLOGI ENJIN MARIN (Semenanjung)Klik Di SINI
40.TEKNOLOGI KIMPALAN (KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM) (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
41.TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO (Semenanjung)Klik Di SINI
42.TEKNOLOGI PEMBINAAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
43.TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT (Semenanjung)Klik Di SINI
44.TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI
45.TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA (Semenanjung dan Sarawak)Klik Di SINI
46.TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN (Semenanjung, Sabah dan Sarawak)Klik Di SINI

Baca Juga: Semakan Keputusan Permohonan IPG 2021 Online

Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Pemohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat lantikan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  5. Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  6. Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  7. Mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  8. Pemohon perlu memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Baca Juga: Bantuan Khas Covid-19 NADMA:Syarat Kelayakan, Tatacara Permohonan & Semakan Permohonan

Cara Memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Untuk membuat permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web mySPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/
  2. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik pada bahagian ‘Maklumat Pemohon’ dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Klik pada bahagian ‘Maklumat Akademik’ dan isikan maklumat yang diperlukan.
  5. Isikan bahagian maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ jika berkaitan.
  6. Klik pada bahagian ‘Maklumat Tambahan’ dan isi butiran dengan lengkap.
  7. Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’ dan sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/Lain”.
  8. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’. Pemohon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja.
  9. Pilih Pusat Temuduga atau Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  10. Jika pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang Hantar.
  11. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan cetak slip tersebut sebagai rujukan.

Baca Juga: Permohonan Rayuan Tingkatan 6:Permohonan Online & Borang Permohonan

Soalan Lazim

Berikut soalan lazim berkaitan permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 mengikut pecahan kategori soalan:

A. SYARAT KELAYAKAN

1. Siapa yang layak memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41?

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (caloncalon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

B. DASAR PENGAMBILAN

1. Adakah Graduan Pendidikan ini boleh dilantik sebagai guru di Sekolah Rendah?

Boleh, dan perlu mengikuti kursus penyesuaian yang akan diuruskan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG).

C. PENAWARAN OPSYEN

1. Adakah graduan pendidikan dalam bidang-bidang yang tiada keperluan opsyen mata pelajaran boleh memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41?

Boleh. Walau bagaimanapun pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada kekosongan kluster opsyen mata pelajaran.

D. JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. Bilakah guru-guru ini akan dilantik?

Calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 yang berjaya akan dilantik secara berperingkat mulai Oktober 2021 bagi mengisi kekosongan pada tahun 2021.

2. Bagaimanakah mekanisme sesi temuduga yang akan diadakan dalam tempoh PKP?

Semua urusan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 akan dijalankan secara video conferencing.

E. PERMOHONAN

1. Di manakah iklan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 tersebut akan disiarkan?

Iklan akan disiarkan di Portal SPP www.spp.gov.my. dan Portal KPM. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my.

2. Adakah calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 boleh memohon secara manual dengan SPP?

Semua permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 adalah secara dalam talian sepenuhnya dengan melayari Portal SPP.

3. Adakah terdapat syarat umur untuk memohon jawatan guru ini?

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah layak memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.

F. PENEMPATAN

1. Bagaimanakah proses penempatan calon yang berjaya ke sekolah?

Calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 yang berjaya temuduga, urusan penempatan akan dibuat oleh KPM berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen mata pelajaran di sekolah.

2. Apabila telah berjaya dalam pelantikan PPP Gred DG41. Adakah graduan boleh memilih penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah?

Tidak. Penempatan adalah berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen mata pelajaran di sekolah.

G. TEMU DUGA

1. Bagaimanakah calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan mengetahui bahawa mereka layak dipanggil temu duga?

Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.

2. Bolehkah seseorang calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan menukar tarikh/ masa temu duga yang telah ditetapkan oleh SPP?

Tidak boleh.

H. PERMOHONAN CALON TIDAK MEMILIKI IKHTISAS PENDIDIKAN

1. Adakah calon-calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan layak memohon?

Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki ikhtisas pendidikan tertakluk kepada mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam tapisan yang dibuat. Sekiranya bilangan calon yang berjaya dari kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen maka permohonan dari kalangan calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan akan dibuka. Calon yang berminat boleh merujuk portal SPP dan KPM dari masa ke semasa berhubung pengambilan ini.

Baca Juga: Refund Return Barang Shopee Guna PosLaju & J&T:Barang Rosak Atau Lambat Sampai

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off ini, sila hubungi:

Urusan Pengambilan:03-8893 4019/4020

Urusan Teknikal: 03-8893 4021/4022

Melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment