Download Buku Teks Digital KPM

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Download Buku Teks Digital KPM

Download Buku Teks Digital KPM. Setelah diumumkan bahawa anak-anak akan memulakan semester baharu pada 20 Januari 2021, ibu ayah ada yang risau.

Tambahan pula sesetengah kawasan ditetapkan untuk mengadakan pembelajaran online dari rumah oleh kerana risiko kes Covid19 yang semakin meningkat.

Untuk mengelakkan anak-anak kita ketinggalan, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital dalam tempoh PKP nanti.

Ianya percuma dan semua subjek ada! Jadi, senanglah kalau ibu ayah nak ajar anak di rumah dan rujuk silibus mereka untuk tahun ni walaupun ada yang tak boleh nak ke sekolah untuk ambil buku teks.

Di sini kami kongsikan beberapa cara download buku teks digital oleh KPM secara online:

  • Melalui eTextbookKPM
  • Melalui Laman Web DELIMa KPM
  • Download Melalui Telegram
  • Mobile Apps Buku Teks Digital

Download Buku Teks Digital KPM (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Baca juga

Cara 1 Download Buku Teks Digital KPM: Melalui eTextbookKPM

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’ bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

KPM eTextbook Reader membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui laman web www.textbook.moe.gov.my atau dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader.

Download eTextBook Reader KPM di Google PlayStore klik Di Sini

Download eTextBook Reader KPM Apple App Store klik Di Sini

CARA 2 Download Buku Teks Digital KPM: Melalui Laman Web DELIMa KPM

DELIMa adalah laman web rasmi yang dioperasikan oleh KPM.

Ibu ayah boleh mendapatkan Buku Teks Digital Asas (BTDA) melalui laman web ini.

Apakah DELIMa?

●DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

●DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian.

●Sepertimana MOE Digital Learning (Google Classroom), DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my

Ada beberapa cara untuk ibu ayah dapatkan buku teks digital anak-anak.

Di sini kami kongsikan 4 cara mudah.

Langkahnya adalah seperti berikut:

●Pergi ke laman web www.moe-dl.edu.my

●Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah. (Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my)

●Klik pada Ikon MURID

●Klik Buku Teks Digital

●Pilih Subjek Buku Teks yang kita nak.

●Boleh preview atau download sebagai fail PDF.

Mudah kan?

CARA 3 : Download Melalui Telegram

Kalau ibu ayah dah terlupa atau tak ada password Google anak-anak, boleh cuba Download Buku Teks ini.

Di sini saya sertakan link untuk ibu-ibu Download Buku Teks tersebut.

Cara Download Buku Teks Sekolah Menengah Tingkatan 1-5

Untuk sekolah menengah, lebih mudah, ada link telegram. Ibu atau bapa hanya perlu klik channel telegram dan join untuk muat turun buku teks tersebut.

Berikut adalah link channel buku teks setiap tingkatan.

Cara Download Buku Teks Sekolah Rendah Tahun 1-6

Untuk sekolah rendah, boleh klik link ini. Buku teks sekolah rendah KPM

Ada untuk sekolah menengah juga. Pilih mengikut tahun anak anda.

Kotak diatas ada untuk pilihan Pendidikan Khas, SJK Tamil, SJK Cina dan SK

Boleh download serta save. Nak print lagi mudah.

Selesai!

Jadi, dalam tempoh PKP pun ibu ayah tak ada masalah untuk mengakses buku teks anak-anak.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha kita memastikan anak-anak tetap dapat meneruskan pembelajaran mereka.

CARA 4 : Mobile Apps Buku Teks Digital

Kami juga ada jumpa 2 aplikasi mobile Download Buku Teks (Mobile Apps) buku teks digital KPM yang menarik dan sangat lengkap, ringan (tak beratkan handphone), serta amat mudah diakses oleh pengguna, iaitu:

MyKSSM – Buku Teks Digital untuk Sekolah Menengah

UPSR KSSR – Buku Teks Digital untuk Sekolah Rendah

Boleh download di Google Playstore secara percuma.

buku teks digital kpm

Semoga bermanfaat keptennews.com

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat Lanjut atau pertanyaan berkaitan cara Download Buku Teks Digital KPM anda boleh layari https://www.moe.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara Download Buku Teks Digital KPM ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

1 thought on “Download Buku Teks Digital KPM”

Leave a Comment