Pinjaman Perniagaan PUNB:Cara Mohon, Syarat & Panduan Permohonan

Pinjaman Perniagaan PUNB:Cara Mohon, Syarat & Panduan Permohonan

Pinjaman Perniagaan PUNB:Cara Mohon, Syarat & Panduan Permohonan

Permohonan pinjaman perniagaan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad PUNB. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh Malaysia, golongan usahawan mengalami kesukaran dan kerugian dalam mengurus perniagan mereka. Pinjaman perniagaan kepada usahawan adalah salah satu usaha oleh pihak PUNB.

Usahawan boleh membuat permohoan pembiayaan perniagaan semasa tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi Pembiayaan Perniagaan PUNB. Kami akan memberi panduan ringkas berkenaan permohonan pembiayaan perniagaan PUNB.

Pinjaman Perniagaan PUNB:Cara Mohon, Syarat & Panduan Permohonan

Baca Juga: Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam:Cara Mohon & Syarat Pinjaman Kenderaan Kerajaan

Jumlah Pinjaman Perniagaan PUNB

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan yang memohon adalah daripada RM100 ribu kepada RM10 juta.

Untuk entiti milikan tunggal atau perkongsian, jumlah pembiayaan terhad kepada maksimum RM300 ribu sahaja kecuali bagi perniagaan stesen minyak, jumlah pembiayaan yang adalah terhadap kepada RM500 ribu.

Baca Juga: Program RMR Perakku Prihatin:Permohonan Pinjaman Perumahan B40

Pembiayaan Perniagaan PUNB

Terdapat beberapa keistimewaan Permohonan Pembiayaan Perniagaan PUNB yang ditawarkan iaitu:

  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan.
  • Cagaran yang minimum.
  • Rebat pembiayaan.
  • Proses penilaian yang telus.
  • Pembiayaan patuh syariah.

Artikel lain : Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS

Tempoh Pembiayaan Perniagaan PUNB  

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun.

Baca Juga: Permohonan Pengurangan Bayaran Pinjaman Pelajaran MARA Melalui eConversion

Kadar Keuntungan Pembiayaan Perniagaan PUNB

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah 5 hingga 8% setahun.

Syarat Permohonan Pinjaman Perniagaan PUNB

Usahawan yang ingin memohon Pembiayaan Perniagaan PUNB perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Syarikat mestilah entiti milikan tunggal/perkongsian/syarikat diperbadankan.
  2. Syarikat dimiliki atau dikuasai oleh Bumiputera.
  3. Jualan tahunan perniagaan tidak kurang RM300 ribu.
  4. Syarikat atau perniagaan telah beroperasi 18 bulan ke atas.
  5. Syarikat memiliki rekod kewangan terkini.

Baca Juga: Semak Baki Pinjaman PTPK:Semakan Penyata Online ptpk.gov.my

Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan PUNB

Untuk membuat permohonan pembiayaan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web PUNB iaitu https://www.punb.com.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Semak Kad Pengenalan Anda.’
  4. Hantar rancangan perniagaan kepada pihak PUNB melalui email iaitu:
  5. – Ibu Pejabat KL: customerservice@punb.com.my/ razlan_bachik@punb.com.my/ roslawati_mat@punb.com.my.
  6. – Pejabat Wilayah Tengah: rafae_rashid@punb.com.my.
  7. – Pejabat Wilayah Utara: rizal_abdullah@punb.com.my.
  8. – Pejabat Wiayah Pantai Timur: damaiyanti_nawi@punb.com.my.
  9. – Pejabat Wilayah Selatan: amir_adnan@punb.com.my.
  10. – Pejabat Wilayah Sarawak: azham_shah@punb.com.my.
  11. – Pejabat Wilayah Sabah: saffiz_esa@punb.com.my.

Baca Juga: Semak Elaun JPA Online:Login MySelf Portal Semakan JPA

Soalan lazim

1.Apakah sebab sesebuah permohonan pembiayaan itu ditolak?

Di antara sebabnya ialah permohonan tidak memenuhi kriteria utama pembiayaan dan rancangan perniagaan yang dikemukakan tidak berdaya maju.

2.Apakah ciri-ciri perniagaan yang memerlukan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan?

PUNB tidak mengenakan cagaran tambahan bagi kebanyakan pembiayaan di bawah RM1 juta. Namun, PUNB boleh mengenakan syarat cagaran tambahan jika pembiayaan tersebut mempunyai risiko yang tinggi berdasarkan Skor Kredit (Credit Score) yang dijalankan.

3.Apakah kelebihan tentang pembiayaan PUNB?

Pembiayaan PUNB adalah patuh syariah dengan proses penilaian yang telus, rebat pembiayaan dan rebat setem duti ke atas dokumen pembiayaan.

4.Bagaimanakah Kaedah pmbayaran pinjaman perniagaan PUNB?

Bagi memudahkan pembayaran, PUNB menyediakan beberapa cara seperti perbankan dalam talian, melalui cek dan JomPAY.

5.Bagaimanakah car jika saya ingin membuat permohonan pinjaman perniagaan PUNB ini?

Anda perlu menyedia dan menghantar rancangan perniagaan yang lengkap bersama dokumen-dokumen sokongan yang perlu semasa memohon. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1 300 13 7862 atau sertai Taklimat Pembiayaan Mingguan di Ibu Pejabat PUNB dan Pejabat-pejabat Wilayah kami.

6.Berapakah jumlah maksimum permohonan pinjaman perniagaan PUNB ini?

Had pendedahan tunggal bagi setiap syarikat atau kelompok syarikat-syarikat yang dikuasai oleh usahawan yang sama adalah sehingga RM10 juta.

7.Apakah sektor perniagaan yang tidak dibiayai PUNB?

Sektor perniagaan yang tidak dibiayai oleh PUNB seperti berikut:

  1. Perniagaan yang bercanggah dengan prinsip syariah
  2. Perladangan & penternakan
  3. Infrastruktur (logistik):
  4. Pembinaan Gudang
  5. Pengangkutan
  6. Perkhidmatan Kewangan (kecuali perniagaan pertukaran/pengurupan mata wang asing)
  7. Pembangunan hartanah
  8. Kontraktor binaan sivil

8.Berapakah Had umur pinjaman perniagaan PUNB ini?

Had umur minimum pinjaman perniagaan PUNB ialah 18 tahun dan maksimum 55 tahun. Walau bagaimanapun, jika pemohon berumur lebih dari 55 tahun, pemohon perlu mempunyai seorang pengarah atau rakan kongsi perniagaan bagi meneruskan kesinambungan sekiranya berlaku sesuatu kepada pemilik utama.

9.Apakah skop pinjaman perniagaan yang ditawarkan PUNB?

Skop pembiayaan yang ditawarkan oleh PUNB merangkumi:

  1. Modal kerja
  • Ubah suai premis perniagaan
  • Peralatan dan mesin
  • Pendaftaran harta intelek*
  • Penambahbaikan produk/proses*
  • Penyelidikan pasaran baharu*
  • Pemasaran & promosi*
  • Pensijilan domestik/antarabangsa (produk/syarikat/kakitangan)*

*untuk pasaran antarabangsa sahaja

Baca Juga: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembiayaan pinjaman perniagaan ini, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1-300-13-7862 atau menghantar email ke customerservice@punb.com.my.

Semoga perkongsian berkenaan permohonan pinjaman perniagaan PUNB ini dapat membantu anda sebagai usahawan dalam mengharungi kemelut pandemik.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan pembiayaan pinjaman perniagaan PUNB ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Leave a Comment