Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Borang Permohonan

Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Offline

Program bakul makanan JKM antara program kerajaan yang dilihat sangat membantu rakyat terutama mereka yang sangat memerlukan bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan.

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan dan diberikan kepada rakyat seperti BPR 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini dijalankan. Tidak ketinggalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jadi, matlamat JKM adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan juga membantu mereka yang terkesan teruk daripada pandemik ini. Oleh itu, pada hari ini kami akan membahaskan kepada anda tentang cara mohon bakul makanan JKM.

Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Offline

Untuk Bantuan PEMULIH Baca Di SINI:

Apa Itu Program Bakul Makanan

Jabatan Kebajikan Malaysia akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi semua barang keperluan harian yang bernilai RM100 kepada setiap isi rumah yang layak. Program ini membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50 juta ringgit seperti yang dibahaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  1. Memenuhi keperluan asas untuk meringankan beban penerima bantuan.
  2. Sebagai salah satu metod sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia.
  3. Sebagai bantuan sementara bagi membantu kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat.

Baca Juga: MyPuspakom:Cara Daftar Login Buat Temujanji Pemeriksaan Online (mypuspakom.com.my)

Cara Memohon Progam Bakul Makanan JKM (jkm.gov.my)

Ketua keluarga atau wakil daripada keluarga perlu memohon sendiri program bakul makanan JKM kepada JKM dengan mengisi borang secara online atau boleh terus menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sekiranya anda memilih untuk memohon program bakul makanan JKM secara online ikuti langkah di bawah.

  1. Layari laman web rasmi JKM di sini: https://www.jkm.gov.my
  2. Setelah itu anda harus mencari borang permohonan Program Bakul Makanan atau anda boleh klik pautan ini untuk terus mendapatkan borang permohonan tersebut.
  3. Setelah anda mendapatkan borang tersebut, anda perlulah mengisi borang tersebut dengan memasukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan.
  4. Kemudian, apabila sudah selesai anda boleh menghantar borang tersebut kepada e-mel ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  5. Permohonan anda akan mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk diproses oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  6. Setelah itu selesai sudah permohonan Program Bakul Makanan JKM anda.

Baca Juga: Temujanji Online Tabung Haji:Muat Turun Borang Transaksi TH Online & Cara Buat Temujanji

Cara Mohon Program Bakul Makanan Di Cawangan JKM

Untuk memeohon program bakul makanan JKM di cawangan JKM boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Ketua keluarga ataupun wakil daripada keluarga anda perlu menghubungi secara terus pihak JKM.
  2. Nombor yang perlu dihubungi adalah berbeza mengikut negeri dan daerah tempat tinggal anda.
  3. Nombor yang anda hubungi adalah nombor Bilik Gerakan JKM negeri anda.
  4. Waktu operasi mereka adalah daripada jam 830 pagi sehingga 530 petang.
  5. Nama penuh anda
  6. Nombor kad pengenalan anda
  7. Alamat rumah
  8. Bilangan ahli keluarga (Jumlah tanggungan)Maklumat dan dokumen yang diperlukan adalah:

Baca Juga: TemuJanji Online Klinik Kesihatan:Cara Tempah Temu Janji Online KKM (MyGovernment)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Cara mohon bakul makanan JKM sudah dikongsikan seperti di atas. Namun, jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan lain berkaitan program bakul makanan JKM, berikut kami senaraikan nombor telefon JKM negeri masing-masing:

Wilayah Tengah

SELANGOR – 03-5545-8570

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR – 03-2612-4060

Wilayah Selatan

NEGERI SEMBILAN – 06-765-9332

MELAKA – 06-232-4670

JOHOR – 07-228-1450

Wilayah Utara

PERLIS – 04-973-1926

KEDAH – 04-700-1700

PULAU PINANG – 04-650-5257

PERAK – 05-254-5505

Wilayah Pantai Timur

KELANTAN – 09-741-6925

TERENGGANU – 09-630-1193

PAHANG – 09-565-0226

Wilayah Malaysia Timur (Borneo)

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN – 087 424 961

SABAH – 099 234 202

SARAWAK – 092 443 194

Baca Juga: MyKad Online:Cara Mohon Mykad Online Umur 12 Tahun

Untuk mengelakkan kekecewaan, sila baca betul-betul dan buat permohonan yang sepatutnya.

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara mohon program bakul makanan JKM ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

8 thoughts on “Program Bakul Makanan JKM:Cara Mohon Melalui Online & Borang Permohonan”

  1. SAYA BETUL2 PERLU BANTUAN BAKUL MAKANAN KAMI SEKELUARGA SANGAT2 TERJEJAS JADI SAYA MOHON ENCIK TUAN PUAN BOLEH BANTU KAMI SUDAH 6 BULAN KAMI BETUL2 HILANG MATA PENCARIAN.
    SEMOGA BANTUAN INI DI PERCEPATKAN (0194818596)TAMPARULI SABAH

    Reply
    • SAYA HARAP ENCIK TUAN PUAN DAPAT MENGHUBUNGI SAYA SEBAB SAYA SUDAH CUBA UNTUK DAFTAR ONLIN TAPI TETAP JUGA TIDAK DAPAT DAFTAR.

      Reply

Leave a Comment