TemuJanji Online Klinik Kesihatan:Cara Tempah Temu Janji Online KKM (MyGovernment)

Sistem TemuJanji Online Klinik Kesihatan KKM Di Portal Kerajaan Malaysia (MYGOVERNMENT)
Kerajaan sekarang ini sedang giat membangunkan pelbagai sistem dalam talian. Terbaru kerajaan memperkenalkan sistem TemuJanji Online Klinik Kesihatan KKM.
Penawaran perkhidmatan secara dalam talian oleh Agensi Kerajaan kepada rakyat menerusi pelbagai saluran dalam merapatkan jurang digital dengan kerjasama pelbagai pihak merangkumi pihak swasta dan komuniti.
Tahukah anda, ke arah perkhidmatan digital, KKM telah memulakan sistem TemuJanji Klinik Kesihatan secara dalam talian melalui Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/)
Sistem TemuJanji Klinik Kesihatan dalam talian akan digunakan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terpilih, dan tarikh bagi slot janji temu bermula 22 Februari 2021.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Sistem Temu Janji Online Klinik Kesihatan Malaysia melalui portal MyGovernment.
baca juga:
baca juga: Bonus Tabung Haji: Tarikh Pengumuman & Kadar Dividen 2020

Apakah Sistem TemuJanji Online Klinik Kesihatan KKM?
Ia merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.
Tujuan memperkenalkan sistem TemuJanji Online KKM antaranya termasuklah:
- Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
- Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
- Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
- Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan
Cara Lama Temujanji Klinik Kesihatan
Cara temujanji yang lama adalah seperti berikut:

Anda juga boleh baca Cara dan Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2021
Cara Buat Tempahan TemuJanji Online Klinik Kesihatan KKM

Baca Juga:Tips Ajar Anak Membaca. Cara Santai & ‘Fun’
Untuk membuat tempahan slot temu TemuJanji Klinik Kesihatan, sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/)
- Pergi ke menu Perkhidmatan Digital Baharu
- Klik Sistem Janji Temu Klinik
- Pilih tarikh janji temu selewa-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih
- Peringatan akan dihantar melalui e-mel (reminder)
- Pelanggan perlu hadir sekurang-kurangnya 30 minit awal sebelum waktu janji temu
Baca Juga: Daftar Prasekolah Online 2022
Senarai Klinik
- Klinik Kesihatan Sg Besar, Selangor – 22 Februari 2021
- KK Kuang, Selangor – 22 Februari 2021
- Klinik Kesihatan Batu 13, Puchong Selangor – 22 Februari 2021
- KK Peringgit, Melaka – 22 Februari 2021
- Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Melaka – 22 Februari 2021
Kik di SINI bagi tempahan janji temu.
Bagi senarai klinik di Selangor juga boleh didaftarkan melalui pautan ini: http://www.jknselangor.moh.gov.my/index.php/mutakhir/1304-kkonline
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MyGovernment di https://www.malaysia.gov.my/ atau,
anda boleh hubungi Klinik Kesihatan anda.
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang sistem TemuJanji Klinik Kesihatan memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com