Tarikh bayaran BPN Fasa 2 2021. Semakan

Semakan BPN 2021 Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran Bulan Januari

semakan tarikh bayaran BPN

Bermula Januari, semakan BPN 2021 Fasa 2 boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional di bpn.hasil.gov.my.

Permohonan baru dan rayuan juga boleh dibuat bermula tarikh yang sama.

BPN 2.0 merupakan bantuan tambahan untuk golongan B40 dan M40 termasuk yang bujang.

Sekiranya anda penerima BPN sebelum ini, anda tidak perlu memohon semula memandangkan Perdana Menteri telah pun mengumumkan pemberian BPN 2.0 melibatkan penerima yang telah lulus sebelum ini.

Kadar bantuan tambahan adalah seperti berikut:

kadar bantuan BPN

Seperti anda lihat, pembayaran akan dibuat secara dua ansuran iaitu pada bulan Oktober dan Januari 2021 adalah tarikh bayaran BPN fasa 2.

Untuk maklumat lanjut tentang BPN 2.0, anda boleh rujuk portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Di bawah merupakan artikel lama tentang Bantuan Prihatin Nasional sebagai rujukan anda. Artikel ini adalah artikel tahun lepas selepas pengumuman BPN.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan pinjaman komputer melalui skim pinjaman komputer mara klik https://keptennews.com/skim-pinjaman-komputer-pelajar-skip/pinjaman-komputer-pelajar-skip-mara/

Bagi yang ingin memohon i-Sinar kategori 2 klik: https://keptennews.com/cara-memohon-i-sinar/

Bagi yang telah memohon i-Sinar tetapi tersilap isi amaun klik https://keptennews.com/kemaskini-permohonan-i-sinar-amaun

Artikel BPN 2020

Sebanyak 2.3 juta permohonan baru telah diluluskan.

Sekiranya permohonan anda GAGAL atas alasan memiliki SSM, anda boleh cuba memohon bantuan RM3,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP). Boleh semak disini https://gkp.hasil.gov.my/

Bayaran bagi permohonan baru akan dibuat pada 15 Mei 2020.

Namun capaian ke portal berkenaan agak sukar memandangkan berjuta rakyat Malaysia cuba untuk semak status permohonan masing-masing.

Perlu diingatkan, mana-mana penerima BSH 2020 secara automatik layak menerima BPN.

Tiada permohonan baru perlu dibuat.

Namun bagi golongan M40 / bujang, sebaiknya anda semak status permohonan masing-masing di bpn.hasil.gov.my untuk kepastian.

Mungkin anda juga yang telah menerima SMS / emel tentang status semakan BPN masing-masing.

Terkini, pembayaran BPN diawalkan 6 April. Rujuk jadual pembayaran BPN di sini.

Terkini, bayaran BPN fasa 2 akan dibuat pada 4 Mei nanti.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kewangan sendiri sebentar tadi melalui BERNAMA.

Turut dimaklumkan permohonan baru dan rayuan akan ditutup Khamis ini, 30 April 2020.

Ianya merupakan bantuan terkini kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Terdapat 4 kategori penerima BPN

1-RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2-RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3-RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4-RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Selain BPN, PM turut mengumumkan program i-Lestari bagi memudahkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari Akaun 2 masing-masing.

2 thoughts on “Tarikh bayaran BPN Fasa 2 2021. Semakan”

  1. Mohon bantuan,sy tak dapat bantuan dari mana2 agensi kerajaan sejak 2018 sedangkan sya tiada sumber pendapatan…mohon bantu lah sya yg sangat susah ini…anak isteri dah meninggal,ibu ayah pn dh meninggal,sya mohon kpada yg bijak menilai kemanusiaan bantu lah sya…

    Reply

Leave a Comment